Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

2013? come to papa~

arini adalah hari isnin.. apa yang lain nya dengan isnin 31st december 2012 ni? xde beza apapun sebenaqnya cuma besok cutiiii!!! yahoooo... jadi busy monday jadi lazy monday.. mood bekerja ke laut.. hehe.. bukan apa, memikirkan detik2 5 sengah adalah suatu perasaan yang tak terungkapkan, chewaahhhhh... mood hupdate blog yang melimpah ruah.. kui3... tahun baru kembali lagi, namun apa pengisian tahun baru budak2 remaja arini? jalan ke syurga ke jalan ke neraka? amacam, straight forward tak... tapi che' cuba bersikap positif, dengan beranggapan bebudak remaja harini lebih cintakan majlis2 ilmu daripada berkumpul memenuhkan ruang2 kemaksiatan kat dataran merdeka tu.. kat shah alam, kan ke majlis ilmu bersama UAI... alhamdulillah satu perubahan yang baik berada dalam majlis ilmu, penuh dengan rahmat dan barakah... adik2, sedaqlah.. bukan masa untuk enjoy tanpa batasan, penuhkan diri dengan perkara yang memanfaatkan diri bukan dengan merosakkan diri.. masa remaja datang sekali je.. pakai

kosong... kosong~~lalala

pernah terdengar kat mana ntah yang iman kita ni adakalanya naik, adakalanya turun.. terdapat masa2 tertentu kita sendiri dapat rasakan iman kita waktu tu takat mana je..memang naik nya skali, turun nya berkali-kali.. biasalah tu kan.. nak wat guane.. akui kelemahan diri sendiri, susah kita nak kekalkan iman itu tahap yang sama je.. selalunya terbabas jugak.. bila iman kita itu kalau dalam graf tu tengah menaik , banyakkan buat amalan sunat, wajib jangan ditinggalkan.. bila iman tengah menurun dalam graf, jangan sekali-kali tinggalkan yang wajib walaupun sunat2 tu dikurangkan.. namun harus kita sedaq yang amalan2 sunat inilah yang sebenaqnya menjadi punca, terasa nikmatnya dalam ibadah2 wajib2 yang lain.. che' akui, dalam kesibukan urusan kerja kita sehari hari, memang itu juga adalah alasan kita dari melakukan amalan2 sunah.. tapi ingatlah.. alasan2 ini sekali-kali bukanlah sesuatu yang boleh kita harapkan andai tiba ajal yang pastinya akan tiba untuk setiap yang hidup.. itukan su

nikah muda, bermasalah?

nak taknak che' perlu ubah mind set ini untuk lebih serius dalam mencari calon untuk dijadikan pasangan hidup .. mind set berkahwin hanya bila umur dah 25 dan keatas adalah mind set yang aneh sebenaqnya... usia 20 an ke atas ni sebenaqnya adalah satu tempoh usia yang sangat banyak cabaran nya.. 20~30 ini tempoh usia kritikal.. masa inilah darah muda itu membuak-buak, rasional akal di uji bertalu-talu..iman senipis bawang yang langsung jika tidak disemai akan menguji kewarasan akal.. bak kata bijak pandai, hanya pernikahan yang boleh melengkapkan akal seorang lelaki.. itu bak kata bijak pandai.. bak kata kawan che' pulak yang dah bernikah, nikah muda itu SWEET =).. bayangkan satu suasana yang dimana pasangan muda ibarat couple berjalan bersama dalam satu majlis keramaian dengan lesen akad nikah.. nak pegang tangan tanpa rasa bersalah dan berdosa, berjalan dengan iringan pahala akibat memegang tangan isteri dengan penuh rasa sayang.. masyaallah, nikmat pernikahan itu tersangatlah

hari pertama di tempat baru dan hantu di bangunan marinara

hari ke 5 lepas pindah opis baru... suasana? masih kekok tapi dengan team kpj wellness, sume nya ok sangat.. takde masalah, happy2 aje...  selesa? memang sangat selesa... sejuk, meja pun besar... ada view2 kl ni sikit... pastu parking sume senang... cuma nak menghadap jem nak ke tempat keja jela yang berat nanang sikit.. (*sebenarnya berat nanang ni apo sebenarnya?, kui3) duduk dengan marketing ni memang agak kekok sebenarnya.. tak berapa nak ngam.. mungkin awal2 je kot... tapi xpe... kita tengokla lama2 nanti camne.. boleh punyalah.. masing2 duk segan2, duk senyum2 je... kenal nama pun tak lagi... Pn Rafeah? pun setakat ni xde masalah.. siap blanje makan durian dengan manggis lagi hari pertama... nak segan2 makan durian kat opis? takde der.. hilangkan keseganan, tingkatkan prestasi makan durian... kui3 susunan meja che'? ya rabbi.. kena ada penasihat sikitla.. awat rasa kosong sangat nih? kalau ada lampu2 sikit ke, lampu belajar sepam dua ke... molekla sikit.. ingat hujung minggu

macam gadis la cite2 perasaan dlm blog !

bila lelaki berbicara mengenai perasaan dia dalam blog, adakah dia seorang yang lemah? ada dapat soalan dalam private mesej dalam fb... errr...... nak jwab gimana sihhh.. che' pun terdiri dari golongan yang sama... dalam blog ni, kita kena tau yang pada setiap blog, pasti ada pembacanya... nak taknak, sifat keterbukaan dalam menulis di blog itu pasti ada batasan nya.. norma asas bagi setiap yang adalah kan? pasti ada batasan nya..jadi bila nak menulis dalam blog itu, beringatlah.. jangan sampai sedap ngat menulis, terlupa batas2, cerita ikut sedap tangan je, abisla terbuka aib diri sendiri malah mungkin aib orang lain juga dalam tak sedaq tu.. bagi che' , memang che' ada juga malah banyak jugak bercerita tentang perasaan sendiri, namun masih che berfikir dua tiga kali gak bila nak publishnya tu... baca dulu, agak2 dah ditapis mana yang patut, barulah publish.. menceritakan perihal perasaan sendiri bukanlah lemah, nak2 pada lelaki, namun ego yang kuat membuatkan diri terasa

ya, sy seorang pengecut!

agak berani untuk buat entry mcm nih... tapi nak tak nak che' tak boleh simpan perasaan pelik ni sorang2... dan che' pasti yang orang perempuan takkan faham dengan perasaan lelaki yang satu nih.. kira macam orang2 lelaki je kot boleh faham menda yang che' cuba nak tulis.. rasanya laa... che' sekarang betul2 berada dalam misteri perasaan yang che' sendiri memang tak boleh nak uraikan.. terlalu serabut, terlalu kusut.. che' akui, memang che' punyai kenangan pahit dengan kisah2 cintan sebelum nih.. semua nya hanya macam sesuatu yang pahit, susah nak dikenang.. sampai satu tahap sekarang ni yang che betul2 menutup pintu hati che' untuk menerima sesiapa pun... che' tak tau apa sebenarnya punca dia, tapi che' xde perasaan nak mulakan hubungan istimewa dengan sesiapa.. che' riso yang che' akan melukakan hati seseorang yang che' cuba bagi harapan tu... che' tau dan sedaq yang menutup hati untuk terima sesiapa ini bukanlah satu perbuatan y

Buat mirul dan ila fazila =)

assalam dan salam sejahtera... entry che' kali ni mungkin panjang lebih sikit dari yang biasa... amacam? awal2 dah warning... kui3... sebab apa panjang? sebab banyak sangat nak diceritakan... pasal segalanya.. pasal sahabat yang bukan senang nak dicari... dalam dunia ini, salah satu anugerah yang terbesar boleh kita dapat ialah sahabat yang baik... kawan ni memang ramai... dengan sape boleh berkawan yer tak? tapi sahabat yang setia dengan kita mungkin hingga ke zaman2 tua sat g, berapa kerat je... kat tempat keja ini, dua orang ni memang rapat dengan che' namun hujung minggu ni, memasing nak tinggal kan che'.. huhu... baguih la diorang nak berhijrah untuk kembangkan karier masing2... tapi dalam masa yang sama, che' terasa kehilangan yang amat sangat... nak melalui rasa kehilangan ni bukanlah senang.. pasti lepas ni suasana keja dah tak sama.. harap lebih baik je lepas ni.. kalau orang kata, rakan ni boleh pengaruh sifat kita, che' boleh kata depa ni pengaruh yang ba

my dream wedding, uweeekkkkk !

jam menunjukkan pukul 3 pagi.. dan sama sekali tak menampakkan tanda2 mengantuk... alangkah susah nya nak lelapkan mata.. tak peliklah sekiranya tidur itu sendiri sebenarnya nikmat yang sangat besar.. kan? dah tak dapat tidur barulah nak menghargai nikmat tidur.. biasalah tu..manusia2.. hihi well, mencari tajuk untuk dihupdate pagi2 buta malam isnin ni.. tajuk yang tiba2 je terlintas iaitu dream wedding.. amacam? class ko jah.. kah3.. apa, ingat lelaki tak boleh wedding dream ke hape... nak merepek sat lah kat blog satu ni haa... dalam seronok tengok memember melangkah ke alam perkahwinan, mulalah fikiran ni nak ke arah itu.. antara impian untuk wedding ni nanti? sat, buat list.. aicehhh.. kemain kan..haha uniform takmo yang mainstream sangat lah.. ingat nak pakai jubah and berserban dalam majlis perkahwinan tu.. err, jubah warna hijo, sepasang dengan isteri lah.. takkan lelaki nak kaler hijo, bini jubah warna ungu pulak.. aneh sangat tu. pelamin kalu boleh simple je, tu pun tak mo lah

lelaki dan kecantikan?

lelaki juga perlukan ruang untuk mencantikkan diri.. opsss, bukan mencantikkan tapi mengemaskan diri aka  tampil lebih yakin dan bergaya.. sila jangan salah anggap bahawa ini adalah satu bentuk entry iklan untuk produk penjagaan lelaki.. no3.. hehe lelaki ni nak jaga apa sebenarnya? nak putihkan kulitkah.. nak kaler2 kuku kah(harom!), nak fesyen2 bajukah.. tak semestinya nak bergaya itu hanya dengan pakaian dan luaran je.. itu yang kita boleh nampak.. yang tak berapa nak nampak tu.. dari segi kekemasan fizikal, macam rupa fizikal ni.. cer kita sekarang pegi mana2 cermin dan buka baju, pastu tengok perut masing2.. amacam? senyum sorang2 la gamaknya.. fitrah kot, lelaki2 melayu ni tak berapa berat sangat dalam aspek penjagaan badan nih.. tak terasa nak menjaga berat badan , bmi yang ideal? main belasah je makan, tup2, tak sedaq yang perut sudah mula ke depan.. berat badan ni senang je naik, tapi nak turun nya masyaallah.. bukan main payah lagi * berdasarkan pengalaman.. ayuhla(*kemain, h

lelaki lembut?

lelaki yang berjiwa lembut adalah seseorang yang bukanlah lembut pada hakikatnya.. lelaki yang berjiwa lembut biasanya seseorang yang ada kalanya sensitif, adakalanya seseorang yang tegas.. jiwa mereka sukar untuk dijangka, sikap yang terkadang suka berubah-ubah.. susah nak jangka apa perbuatan yang akan dilakukan oleh lelaki berjiwa lembut nih.. namun masih boleh diterima, malah jauh lah hendaknya dari sikap baran dan biarlah nampak tenang je, kita yang tengok pun boleh tenang yer dak? =) lelaki berperwatakan lembut pula mesti ramai yang tau kan? lelaki yang menyerupai wanita.. lembut gaya jalan  nya, lembut cara percakapan nya lembut segalanya lah.. kadang tu, kita yang memerhati tengok diorang ni lebih lembut daripada wanita2 sekarang.. x caye? cer tengok keliling kita.. wanita lebih keras dan tegas kengkadang.. kadang sampai takut nak tegur..hihi lelaki , tolonglah... berjiwa lembut tak salah.. jangan jadi lembut, tolong? bukan nak double standard mereka lelaki yang lembut tapi mel

Watpe mu nak nak tegur aku?

apabila kita menegur seseorang itu bukanlah bermakna kita itu adalah lebih baik dari seseorang itu.. inilah salah faham terbesaq yang selalu orang salah faham.. apabila menegur itu dengan niat yang betul, itu adalah kerana kita masih ada rasa hubungan dengan seseorang.. itu bermakna kita masih mengambil berat dan bukanlah untuk merendah-rendahkan ataupun mengcalarkan ego si yang kena tegur (*bahasa apakah ini?hihi..) geng, kalau ditegur itu, belajarlah untuk menerimanya dengan hati yang terbuka.. no hard feeling.. biasalah.. siapa yang suka ditegur yer dak? tanya diri sendiri sudaaa... tapi itulah yang dipanggil ego.. belajar rendahkan ego, belajar menerima kekurangan diri adalah salah satu perkara terpayah dan perkara terbesar yang boleh dilakukan terhadap diri dalam kehidupan nih.. bila sampai satu tahap kita tengok orang yang selalu duk tegur kita mula ambik sikap tak-kisah- la-der, apa- lu-nak-buat, lu-buat-jela.. gua-apa-peduli (sorry, panjang sikit nama sikap nih)., haa, waktu tu

facebook attention seeker

sangatlah sadis dan kelakar apabila seseorang itu cuba untuk menghebahkan kebahagiaan nya bersama dengan kerja nya kah, insan tersayang nya kah atau apa2 yang berkaitan dengan menyebarkan nya di facebook.. amacam? sedas tak kena kat wajah masing2.. hihi.. sebenarnya, dah menjadi trend kalau angpa sedaq budaya gini.. segala bentuk kebahagiaan yang ada (atau diada-adakan) untuk dipromote ke dalam facebook..nak tau apa fakta disebalik attention seeker facebook edition.. hidup terlalu terikat dengan facebook hingga aktiviti lain terabaikan.. macam addicted jugakla.. tak tengok tak boleh (smash ke diri sendiri sejak berbb).. hihi.. tapi masih sedang cuba mengurangkan. kebanyakan mereka yang update status2 ala2 bahagia ni sebenarnya seorang yang bosan dengan aktiviti harian dia... boleh kata belum tentu 10 la katakan status dia, ada satu pun yang betul. online sosial lebih, tapi sebenarnya hanyalah terperap je dalam bilik ataupun kalau hang out dengan memember, menyendiri dan dan tak reti na

tak cantik tak kacak, apa rasanya?

apa rasanya menjadi seorang yang kacak ataupun menjadi seorang yang cantik, pernah tak angpa fikirkan.. mungkin bagi pembaca yang memang tersedia cantik dan kacak, bolehlah mengabaikan entry ini... namun ianya masih lagi satu perasaan yang misteri dan aneh bagi kami2 yang wajahnya biasa2 dan penampilan juga yang biasa2.. rasa diperhatikan, rasa menjadi contoh ikutan orang keliling, seronok apabila setiap tingkah laku dan perbuatan diri itu akan menyerlahkan lagi kelebihan yang ada dalam diri.. seronoknya korang kan? yup.. syukur alhamdulillah, kecantikan dan kekacakan dalam diri itu kurnia dari Allah s.w.t.. jom che' nak ajak kita berfikir luar kotak... apa rasanya bila segala kelebihan kita itu apabila tiba masanya perlu untuk kita lepaskan nya.. samada dalam keredhaan atau dalam keterpaksaan. mampu atau tak untuk kita menerimanya... nak2 kepada wanita lah yer dak.. yang terbiasa dengan kecantikan..ada yang sampai ke maqam obses dengan kecantikan diri.. kemain kan? contoh paling m

tak jejak surau weh!

setelah ditegur haritu, barulah che' sedaq yang che banyak kali menduakan si dia... banyak kali che' mengabaikan dia, untuk dia2 yang lain.. elokkah perangai gini? teruk, ya memang teruk.. tupun sedaq lepas che' kena tegur dengan ibu che' sendiri..  kadang bukan apa, tak perasan perkara2 gini boleh jadi.. selagi tak kena tegur, selagi tu lah duk wat donno je.. well, gini critenya.. pada satu pagi, mak che' sound setepek kat muka che' yang bunyinya lebih kurang gini.. ' lu ni din, wa tengok asyik lebihkan majlis2 ilmu kat masjid2 luar sana je.. lu tak teringin ke nak jenguk2 surau sini ke? ' che' pon terkejut la bila ditegur gitu.. x sangka pulak boleh kena sound... memang, tak perasan tapi itulah haikkatnya... terlalu sibukkan diri dengan majlis luar, majlis dalam surau sendiri terabaikan.. kita ni bukan apa, kadang2 bila terpaksa pilih antara dua, kita macam nak yang best je kan.. bukan nak kata aktiviti surau kurang best, tapi majlis kat luar adaka

jom melepak di KLCC =)

pepagi jumaat ni biasalah, waktu yang sangat sesuai untuk menghupdate blog picisan nih... err, terasa begitu segar lepas sarapan dan mencuba cuka arab mak beli dari ustaz mana ntah, dari arab katanya.. entahlah tapi yang pastinya rasanya seakan-akan air gamat plus cuka kot? hampehnya rasa.. seb baiklah ubat.. kalau tak memang tak telan punyalah.. oh, welll.. actually i nak ceritakan pasal majlis ilmu yang bakal diadakan di klcc, tapi bukanlah dalam klcc tu.. dalam klcc tu bukan majlis ilmu, tapi majlis menghapuskan ilmu secara besar-besaran kalau masuk, yer tak? sabo jela.. nak jaga mata guanenya kalu pemandangan yang begtu menjolok mata dalam klcc tu.. memang hampeh la kalau masuk dalam klcc.. panas je duk lama2 dalam tu, kan? ok, proceed.. majlis ilmu aka majlis selawat nabi akan diadakan di masjid as-syakirin di taman klcc tu.. yang masjidnya, ya rabbi.. cantik mata memandang, berat lagi bahu yang memikul tu.. sound sytem dalam tu, perghhhh.. memang mantop maksima.. mungkin sebab tu

penasihat yang hampeh =)

teringat dulu waktu seseorang yang memang che' kenali meminta nasihat dari che'.. buat makluman, che' akui yang che' bukanlah seorang penasihat yang baik... jadi bagi sape2 yang memang perlukan nasihat, che' lah orang terakhir yang boleh diharapkan... minah ni seorang perempuan(*xkan lelaki pulok).. maka, berceritalah maslah dia kepada che' dan che pun mendengarnya dengan penuh khusyuk dan 100% fokus.. biasalah tu.. skil mendengar tu memang dah tersemat rapi dalam diri... bab2 mendengar insyaallah.. boleh diharap.. sambil angguk2 kepala tanda faham masalah yang dia luahkan tu.. banyak masalah minah ni.. masalah dengan keluarga dialah, masalah dengan keyakinan dirilah. masalah dengan rakan sekerja, masalah duit.. naik pening kepala mendengarnya.. sabo jela.. tapi takpe.. hati kental maulah setia dengar sampai abis.. time ni memang malas nak menyampuk la yer dak.. nanti menggganggu pulak mood dia nak bercerita... so, layankan jela.. adalah dalam sejam sesi luahan

hobi aneh

memasing mesti ada hobi nya kan? biasala tuh.. time boring2 ke , time ada kelapangan ke... apa lagi yang nak dibuat yer dak? rugi betul kalau pada sape2 yang hidup tanpa hobi nih... hehe che' tetibe je terkenangkan hobi che' time bebudak sekolah rendah dulu.. waktu darjah 4... wktu ni dapat duit belanja sehari 1.50 tu kira besaq dah.. tak tau la angpa nya duit belanja time tu banyak mana... yang penting, bagi che, jarang la gunakan duit tu untuk beli menda yang faedah... semua menda yang dibeli takde pekdah belaka.... kui3,.. sabo jela.. dulu kalau time dalam bas sekolah, bas cik kiah tu, biasanya drebar bas akan buat jualan sampingan cam keropok ke, aiskrim ke.. part time diorang la tuh sambil bawak bas, sambil meniaga secara terancang... bebudak dalam bas suka lah yer dak.. kengkadang tu, tak sampai sekolah lagi duit belanja dah habis.. pastu time rehat, termenung main bola kat padang ke... makan pun tak.. time ni lah hobi che' tu terbit... che' ni memang ditakdirkan

genre muzik paling KEBABOOM!

gua dah pernah dengar macam2 genre muzik dalam hidup gua... dari yang sentimetal nya, jiwang karat, jiwang tak berapa nak karat, nasyid, heavy metal, slow metal and etc2. sume nya kira boleh dikatakan masuklah sebab gua bukan nya memilih sangat dengan genre2 muzik ni.. yang mana ada bunyi2 best, gua layan.. samalah macam selera makan gua.. apa yang sedap gua bedal.. dari pajeri ke tempoyak ke cencaluk sampailah ke sushi ke bolognaise ke carbonara... memang gua sebat.. (*tetiba melalut ke bab makan pulok) ..nampak betapa tak cerewetnya gua dalam hal2 macam ni.. baru2 ni yang tak berapa baru, gua ada la join geng2 kapak gua kat mesjid dekat2 hulu keramat ni haa... sejak diperkenal oleh geng2 kapak yang gua dok join nih, gua minat satu lagi genre muzik yang bagi gua memang sebat abisla genre2 muzik yang gua minati selama ni.. serius, gua rasa genre muzik nilah yang gua rasa betul2 menusuk kalbu dan menenangkan jiwa kacau gua selama ni.. genre muzik yang gua tak tau apa kenamanya nih, gua

gua jahat maksima, yeehaa!!!

begitu hebatnya rasa taubat dan hidayah itu.. ianya bagai datang tanpa memilih latar belakang seseorang.. percaya tak sekiranya che' mengatakan yang bahwasanya seburuk-buruk manusia sekiranya ditiup dengan hembusan hidayah oleh allah s.w.t maka hidupnya akan berubah sekiranya dia menghargai hidayah tersebut, memahaminya dan istiqamah dalam perubahan nya.. jangan sekali-kali kita berprasangka buruk pada seseorang itu walau macam mana sekali pun huduh buruknya akhlak dia.. dari seorang penzina, ataupun kaki tonggang botol arak, sejahat-jahat manusia la kiranya.. jika dialah insan yang dipilih allah untuk ditwistkan hatinya untuk kembali ke jalan yang diredhai allah s.w.t, insyaallah dia takkan kekal dengan buruknya cara hidup yang dia pilih sebelum itu.. indahnya hidup bersyariat.. indahnya hidup dipandu sesuatu yakni agama yang mulia.. maka bagaimana lagi kita nak menyangkal nya yer dak? kita pernah hidup dalam hidup yang dirasakan tiada makna.. hidup ikutkan hawa nafsu.. ni nak tan

dugaan paling hebat buat anak yang soleh..

bagaimana sekira nya ibu yang menjaga kita selama ni pergi meninggalkan kita buat selamanya? tak pernah terbayangkan langsung kan apa rasanya.. baru2 ni baru je ibu kepada sahabat che' meninggal dunia.. tu che' dengan officemate pergi melawat keluarga mereka di melaka, pengkalan balak sana tu.. dalam che' duk memerhatikan sahabat che' ni, terdetik  di hati che' yang bolehkah che' menjadi setabah dia dalam mengharungi keadaan gini suatu hari nanti.. pastinya bukanlah mudah, namun nak tak nak, pasti kita semua akan merasa perkara yang sama kan? tambah2 sekiranya kita memang rapat sangat dengan ibu tu.. sahabat, untuk menasihati itu mudah tapi untuk melaksanakan itu bukanlah semudah itu.. percayalah, che' sendiri belum pasti kekuatan che' dalam mengharungi suasana susah gini.. cuba letakkan diri kita di tempat dia? dalam mengahadapi perasaan kehilangan ini sahabat, che' percaya terlalu banyak dugaan yang perlu kita hadapi.. dengan rasa kekok dalam mener

entry seminit, twitter

dah lama dah ada akaun twitter ni tapi nak gunakan nya tuh, x berapa reti sangat.. cuma guna untuk follow tweet orang berkenaan, baca status2 orang.. hehe.. tapi tak tau pulak ada widget twitter yang boleh disumbat masuk dalam blog ni.. so, boleh la berinteraksi direct dengan reader kot2 yang tersangkut masuk terbaca entry2 dalam blog cintailmu89 ni, ada nak tanya pape ke..yang boleh jawab kita jawabkan.. yang tak boleh tu, maafla yer. hai, canggih benar teknologi arini.. che' pulak noob sangat2 pasal sume2 ni.. budak baru nak up lah katakan..kui3.. apa jua ruangan sosial ni biaqlah bermanfaat untuk kita dan orang lain.. jangan sampai melekakan dan menjadi sesuatu yang kembali menjadi keburukan untuk diri sendiri.. oklah.. entry seminit siap.. tq sudi baca =)

jom, majlis ilmu =)

apa yang dihadapi oleh pencari ilmu dalam kembaranya? kalau angpa nak tau, si pecinta ilmu menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam mendidik diri untuk mencintai majlis ilmu.. percayalah yang dugaan ni pasti akan dihadapi oleh setiap diri sebab apa? sebab nafsu dan rasa masih muda dan leka dengan urusan duniawi.. sahabat, mencari ilmu itu penting, dan menerapkan ilmu itu kedalam diri dan kehidupan seharian double penting nya.. maka sikap bermalasan, beralasan dalam mendekati majlis ilmu itu, sikap yang pasti menjangkiti sesiapa.. malah untuk membiasakan diri untuk mendekati majlis ilmu banyak la pulak tahapnya.. tahap yang pasti dan tahap awalan nya adalah memaksa diri dalam menghadiri majlis ilmu.. tanpa paksaan, kompem, kecintaan terhadap majlis ilmu itu takkan datang begitu je.. mungkin ada sebilangan yang didalam hatinya disinari dengan limpah hidayah dan kecintaan itu datang dengan majlis ilmu.. tapi bagi yang tahap2 kita ni, mesti memaksa diri untuk mencari ruang dan peluang

Ceramah habib Soleh al Jufri

Tajuk berkaitan dengan sikap al muraqabah.. Hendaklah setiap dari kita hendaklah ada sikap muraqabah, di setiap detik waktu, di setiap pandangan mata, dan di setiap keinginan yang wujud dalam batin kita malah keseluruh nya.. Ketahuilah allah itu dekat dengan kita setiap masa dan waktu... Tiada apa satu pun yang tersembunyi dalam apa setiap perbuatan kita... Allah sentiasa bersama kita dimana saja kita berada... Tidak terlepas apa satu sekalipun walaupun sebesar zarah.. Maka beringatla tiada apa yang tersembunyi antara kita denga allah s.w.t. Hendaklah kita malu pada allah dengan sebenr-benar malu..   Muraqabbah adalah sikap merasakan diri sentiasa dilihat allah s.w.t. Sejauh mana istiqamah kita dalam merasakan diri dipehatikan allah s.w.t? Ia boleh melahirkan rasa perasaan takut kepada allah dan merasakan sangat perlu mengikut perintah allah dan meninggalkan larangan nya..  Jika merasakan diri lebih kearah dosa, ingatkanlah nafsu itu bahawa allah s.w.t mengetahui setiap segala apa perb

degree?

ok, lately terasa agak kejiwangan dan rasa macam melebih-lebih sudaaaa.. jadi bila dah tau perkara itu sudah berlebihan, maka, haruslah dibendung dan ditamatkan... kan? hehe.. jadi kita proceed dengan tajuk seterusnya dalam silibus iaitu tentang upgrade hidup kepada yang lebih baik... ok, gooooo!! ramai mereka2 kat luar sana yang tak tau betapa penting nya untuk upgrade paper yang kita ada sekarang.. nak2 terutamanya kepada lelaki yang kita kena tahu taraf hidup sekarang yang sangat menjerut leher.. bagi yang masih berada dalam angan2 dan mengelamun, sedaqla.. dunia hari ni bukan seperti dulukala.. taraf miskin bandar sekarang ialah rm 3000.. kaji diri kita balik, berapa income kita bersih setiap bulan? yup, memang betul yang rezeki tu sudah ditentukan oleh Allah s.w.t namun kita juga harus ingat yang Allah s.w.t juga berpesan untuk kita untuk sentiasa memperbaiki taraf hidup, kan? pernah dengar pepatah yang mengatakan berusahalah seolah2 nak hidup seribu tahun dan beribadah lah seolah

kenangan mengusik jiwa, aiceh =)

sambil play lagu nih =) Entah kenapa tengah hari gini , satu masa yang memang sangat tidak sesuai untuk terkenangkan kenangan2 manis lalu..  Tapi sejujurnya che' tak pasti betul ke kenangan ni manis ke pahit sebenaqnya.. Namun biaq p lah.. Perkara dah lepas... Kan? Sabaq jelah...sekali- teringat macam ni, nak senyum pun ada, nak sebak pun ada.. Tapi betapa tak gangster kiranya jika lelaki nak sebak2 ni.. Lemah je rasanya.. Kan? Dalam zaman muda remaja dulu2, biasalah.. Hati che' pernahlah disentuh oleh seorang wanita ni.. Che' asalnya betul2 tak faham dengan perasaan ni.. Seorang yang che' rasakan seorang teman biasa, rupanya adalah seorang yang boleh mengakibatkan rasa2 suka tu ada.. Sebab tu lah seringkali che' jadikan kenangan ni satu pengajaran untuk che' jangan cuba2 untuk cuba permainkan perasaan orang lain sebab che' pernah rasa betapa sakitnya rasa ditinggalkan, rasa dikhianati ni.. Sakit dia makan tahun jugaklah.. Rasa murung, rasa kecewa yang meman

tanda lelaki itu lemah

dari kecik kita dibesarkan dengan imej wanita yang lemah.. kan? betul la tu.. nak buat camne.. sape yang mulakan teori wanita lemah, che' pun tak pasti.. dalam entry ni, che' nak cuba menterbalikkan perkara ni dan menunjukkan pula dari segi lemahnya lelaki dimana.. seperti ramai yang tahu, tangisan wanita itu adalah satu kelemahan kepada lelaki.. tapi banyak lagi menda yang lain yang sebenaqnya menunjukkan yang lelaki itu lemah.. untuk orang lain, che' tak pasti.. tapi bagi diri che' sendiri, salah satu kelemahan lelaki apabila ingin melakukan sesuatu perubahan besaq dalam hidup (perubahan besaq yer, kecik2 tu tak kira) .. yup, semangat berkobar-kobar yang pada diri lelaki jika tidak disertai dengan api semangat daripada seseorang yang dia percayai, lama2 semangat tu pudar macam tu je.. nampak betapa penting nya lelaki ini untuk disokong dan diberikan kata2 peransang.. mungkin perkara ini nampak kecil pada wanita kat luaq sana.. tapi inilah sebenaqnya yang dperlukan ole

gua kena paksa kawen, camne?

aneh rasanya perasaan bilamana kita merasakan yang masa itu sangat pantas berlalu hingga tak sedar mana masa kita berada sekarang.. cukup dengan masa kita dilahirkan, melalui proses pembelajaran di sekolah rendah, dimana semua nya hendak dicuba dengan akal yang tak berapa nak cukup, masuk era remaja, nakal2 dengan akal yang waras tapi agak belum matang, dan alam pekerjaan yang dalam diam tak diam mendidik akal menjadi lebih waras dan mematangkan diri dari segi pemikiran dan perbuatan serta tingkah laku.. sebenaqnya, apa yang lebih aneh, bilamana kita sedar usia kita sekarang sudah cukup untuk mengintai-intai pasangan untuk dijadikan pasangan hidup di dunia (* hingga akhirat harapnya).. hehe.. ini adalah fitrah dan jangan dipertikaikan fitrah manusia yang satu ini.. kewarasan dan kematangan lelaki tidak akan sempurna selagi dia tidak berkahwin.. fakta ni!.. hehe.. yang melengkapkan fikiran seorang lelaki hanyalah kehadiran wanita dalam hidup dia sebagai seorang isteri wokay... bukan seb

Bini tak pandai masak

Che' ada seorang sahabat.. Memang perangai dia ni boleh kiranya semua dalam poket che' je.. Nampak betapa angkuhnya che' dalam menegaskan betapa che' mengenali beliau.. Hehe.. Dipendekkan cerita, mamat ni memang seorang yang sangat cerewet nak2 bab makan2 ni... Kalau tak sedap sekali kali melepak kat mampley tuh, memang dia tak habiskan lah makanan tu.. Nak dijadikan cerita, jodoh mamat ni sampai awal, menikah la mamat tu.. Kira memang tak percayalah mamat yang memang tak reti nak berkapel bagai ni boleh pulak menikah dulu... Ni kira buktilah yang jodoh ini memang dijanjikan.. Sampai awal, menikah jelah.. Kalau lambat sampai jodohnya tu, sabaq jela.... Mamat sahabat che' ni bila diajak melepak, dia berkongsilah kisah rumahtangga dia... Nak tau apa dia cakap pasal bini dia? Kata mamat tanpa nama identiti dirahsiakan ni, * aku kalau bini ak masak macam mana tak sedap sekalipun, ak rasa lidah ak ni boleh terima je.. Sedap je rasa bila dia masak, ak kata sedap kat dia,

ustaz itu jahat =(

alhamdulillah, sampai sudah ke penghujung ramadhan.. syukur jika ada yang mula rasa berubah (*kearah lebih baik) dan istiqamah nya dia dalam perubahan itu dapat kekal untuk tahun2 mendatang.. dalam bulan ramadhan ini , kalau per 10, berapa gaknya markah yang kita dapat? cer korang cuba memarkahkan diri sendiri.. markah plus bintang2 tak?hehe berprasangka baik terhadap sesuatu itu sangatlah dituntut.. erk, tetiba je masuk cerita berprasangka baik.. gilo ke apo.. haha.. dak aih, che' nak kaitkan dengan tajuk kat atas tu.. ada la member2 yang anti dengan ustaz itu, ustaz ini.. untuk membenci perbuatan dan tingkah laku seseorang itu che' tak nafikan, terkadang susah untuk kita elakkan terutamanya bab pendirian.. namun, jangan sesekali kita meletakkan hukum pada sang ustaz tersebut.. sedangkan rahmat allah itu luas, apa hak kita untuk menghukum seseorang.. biaq p lah sejahat mana sekali pun ustaz, teman atau sesiapa sekali pun, jangan sekali-kali kita berputus asa untuk dia, dan sen

Kalau anda sayangkan mak anda, jangan baca entry ni..

Bukan niat che' untuk keluarkan entry macam ni.. Cuma tadi ada lah sedikit salah faham dengan mak che'.. Tak marah pun.. Naik kan suara patah lagi.. Cuma che' wat diam je.. Bukan apa, biasala.. Bila tengah marah, che' biasanya hanyalah mendiamkan diri sementara nak surutkan marah nya tu.. Pagi ni, che' tertengok satu video yang, subhanallah.. Bagi mereka yang tengah bertengkar dengan mak ayah korang tu, sila2 kanlah tengok video ni.. Kalau tak terasa apa2, istighfar lah.. Sesungguhnya syurga itu terletak di telapak kaki ibu.. width="320" height="266" bgcolor="#FFFFFF" flashvars="flvurl=https://redirector.googlevideo.com/videoplayback?requiressl%3Dyes%26id%3Dbe973e3d5f9ba994%26itag%3D5%26source%3Dblogger%26app%3Dblogger%26cmo%3Dsecure_transport%253Dyes%26cmo%3Dsensitive_content%253Dyes%26ip%3D0.0.0.0%26ipbits%3D0%26expire%3D1491110098%26sparams%3Drequiressl,id,itag,source,ip,ipbits,expire%26signature%3D199442DD9953137F6A81B27E9DAA81

video panas hot meletup

dalam zaman sekarang ni, kebanyakan pendakwah2 menggunakan sepenuhnya teknologi maklumat aka internet ni.. sebab itulah kita ni sepatutnya membuka ruang untuk diri sendiri mencari perkara2 yang baik untuk diri dan bermanfaat dan bukanlah mencari perkara yang sia2 dan memudaratkan... ada faham? kat entry kali ni che' nak perkenalkan seorang lagi pendakwah selebriti yang menjalankan kerja2 dakwah dengan menggunakan kemahiran nya meng'edit' video ceramah2 yang ada agar lebih segar dan menarik untuk ditonton terutama nya kepada spesis manusia macam che' yang pemalas ni..hehe antara video hasil editing Tuan Hell >> width="320" height="266" bgcolor="#FFFFFF" flashvars="flvurl=https://redirector.googlevideo.com/videoplayback?requiressl%3Dyes%26id%3D617e571eb9c489f5%26itag%3D5%26source%3Dblogger%26app%3Dblogger%26cmo%3Dsecure_transport%253Dyes%26cmo%3Dsensitive_content%253Dyes%26ip%3D0.0.0.0%26ipbits%3D0%26expire%3D1491110098%26sparams%3

Arghhh, asyik2 aku je yang diuji..

Sesi muhasabah diri muncul balik.. Hehe.. Kali ni che' nak ceritakan perihal mengsyukuri nikmat allah s.w.t. Pernah tak dalam hidup kita secara tidak sengaja menyalahkan takdir dan mempersoalkan mengapala ak tak dapat itu, mengapakah ak tak dapat ini... Mungkin perkara ini dah sebati dengan kita hingga kita tak sedar yang perbuatan keluh kesah ini sebenaqnya adalab sesuatu perbuatan yang salah dan tak elok.. Sahabat, takdir itu adalah suatu ketentuan.. Kita kena yakin bahawa setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya.. Setiap apa yang terjadi dalam hidup kita ini adalah satu ketentuan.. Ada dua pilihan untuk menghadapi masalah dalam hidup.. Menerima nya dengan hati yang sabar dan akal yang waras, ataupon menerimanya denga keluh kesah dan menyalahkan diri serta meletakkan kesalahan itu kepada orang lain.. Berulang kali che' ingatkan diri agar apabila ingin menyalahkan takdir, istighfar namun adakalanya terbabas juga.. Biasalah, manusia, terlalai, yer dak? Hehe.. Perbuatan k

lelaki pendiam itu adalah...

che' ni takdelah pendiam sangat.. cuma bagi yang baru nak mengenali che' , pastinya akan melabel che' sebagai seorang yang pendiam, susah nak didekati dan macam pelik2 sikit.. namun segalanya berubah(*cewahhhh) selepas mengenali che' buat sekian2 waktu.. kui3.. che' juga bukan seorang yang ada belajar bab2 personaliti manusia ni.. cuma satu sifat che' yang paling che' sedaq ialah sifat che' yang suka memerhati peel orang.. bukan memerhati untuk mengkritik pun cuma sekadar memerhati untuk mengenali sikap manusia ni.. jadi, che' tengoklah perangai orang ni contohnya mereka yang pendiam, malah kadang2 sangat pendiam.. kat sini che' senaraikan apa ciri2 yang che' nampak kat mamat2 yang pendiam nih.. kalau gadis2 yang pendiam che' tak berapa pasti sama ataupun tidak ciri2 nya..hehehe mereka yang pendiam sebenaqnya seorang yang sangat peramah hanya pada mereka yang rapat dengan nya.. sebab mungkin bagi orang pendiam ni, segalanya dipendamkan da

Semangat ramadhan 2012

Alhamdulillah , masih lagi kita bernafas dan merasai nikmat hidup pada ramadhan yang ketiga ini,.. Syukur, masih dikurniakan waktu untuk beribadah di bulan ramadhaN yang didalamnya terletak 1001 kebaikan dan rahmat allah s.w.t. Amacam sahabat? Semangat keramadhanan (ayat baru,kui3) anda.. Apakah masih sama dengan hari pertama, adakah sudah mula menurun ataupun masih meningkat dari hari ke hari... Jika jawapan nya yang pertama, baik ler juga tu.. Kita tau semangat pada hari pertama ni semangat dia lain macam sikit... Semangat tengah berkobar-kobar la katakan... Hehe.. Jika pilihan kedua? Adusss... Awal lagi bro.. Takkan lemah semangat sudaaaa... Yang ketiga ni lah hendaknya, sepatutnya.. Biaq graf semangat dalam bulan ramadhan ini semakin meningkat sehingga titisan sujud yang terakhir di bulan ramadhan... Biaq amal kita itu walaupun sedikit tapi istiqamah daripada amal yang masyaallah banyaknya, tapi cuma pada minggu2 yang pertama..alahai ruginya jika kita tidak mengambil kesempatan unt

Kuliah subuh ramadhan 2012

Bersyukur masih diberi peluang untuk berada di muka bumi ni..  Roh itu urusan allah s.w.t.  Setiap roh itu akan kembali ke allah s.w.t. Semua urusan kita dalam hidup ini hendaklah berpandukan al-quran..  Kehidupan kita hari ini banyak masalah sosial, kerana tidak menurut apa yang disuruh dalam agama. Kita sebagai org islam lah sepatutnya ke depan untuk menyelesaikan masalah sosial ni.. Kita hendaklah yakin dengan islam kerana islam sahajalah agama yang sebenar. Agama lain hanyalah diasaskan khayalan oleh manusia2.. Agama lain mana ada kitab.. Kalau ada pun kitabnya, bukan yang asal dan hanya direkacipta oleh mereka yang berkepentingan..  Kita hendaklah hidup dan mati dalam agama islam.. Hanya islam yang boleh menyatupadukan manusia.. Bukan dengan berbangsa-bangsa.. Penyelesaian bukan dengan kitab melayu.. Haha.. Quran itu bersikap global.. Ia menyelesaikan secara menyeluruh, masalah semua manusia.. Quran itu tidak fokus pada sesuatu bangsa sahaja.. Allah jadikan quran sebagai pemi