Skip to main content

Bini tak pandai masak

Che' ada seorang sahabat.. Memang perangai dia ni boleh kiranya semua dalam poket che' je.. Nampak betapa angkuhnya che' dalam menegaskan betapa che' mengenali beliau.. Hehe.. Dipendekkan cerita, mamat ni memang seorang yang sangat cerewet nak2 bab makan2 ni... Kalau tak sedap sekali kali melepak kat mampley tuh, memang dia tak habiskan lah makanan tu..



Nak dijadikan cerita, jodoh mamat ni sampai awal, menikah la mamat tu.. Kira memang tak percayalah mamat yang memang tak reti nak berkapel bagai ni boleh pulak menikah dulu... Ni kira buktilah yang jodoh ini memang dijanjikan.. Sampai awal, menikah jelah.. Kalau lambat sampai jodohnya tu, sabaq jela....



Mamat sahabat che' ni bila diajak melepak, dia berkongsilah kisah rumahtangga dia... Nak tau apa dia cakap pasal bini dia?



Kata mamat tanpa nama identiti dirahsiakan ni, * aku kalau bini ak masak macam mana tak sedap sekalipun, ak rasa lidah ak ni boleh terima je.. Sedap je rasa bila dia masak, ak kata sedap kat dia, senyum sampai ke telinga.. .. Kui3... Tak sangka cerewet2 gini pun, dengan masakan bini kalah jugak.. Kui3..


 kat sini che' nak nasihatkan lah pada bini2 yang tak pandai masak tu.. tak reti masak takpe.. cuma jangan malas nak belajar dan putus asa pikat selera suami.. selalunya lelaki memang cari mampley je time bujang2 ni nak penuhkan selera.. tapi bila dah berkeluarga, masakan bini jugakla yang dicari =)

Comments

  1. mmg btl isteri kene tambat hati suami dgn masakan..so yg xpandai sgt masak cm sy ni kene la blajar masak...:)

    ReplyDelete
  2. Betul tak pandai masak xpe..
    Yang penting kena rajin mencuba..
    Sekali sekala awal2 masak rasa pelik2 tu biasala.. Hehe

    ReplyDelete
  3. He he hehh... nak beri pandangan ye... lelaki pun kena pandai masak juga tau, mana tahu satu2 masa suami kena masuk dapur time isteri sakit ke, bersalin ke...salam kenal, follower 833.

    ReplyDelete
  4. Masak runcit2 tu time emergency,anytime je..
    Nak masak special2 tu payah sikit.. Hehe
    Setakat ni setakat dadih tu,
    Pejam mata je.. Cewah.. Haha

    ReplyDelete
  5. haish. Saya dah mula risau ni.. gulai pun tak reti masak macam mana nak kahwin ni.

    ReplyDelete
  6. Yela tuh fatin..
    Macam susah nak percaya je..
    Bukan ke awk selalu masak ntuk adik2 kat rumah tuh?

    ReplyDelete
  7. ni yg nk blaja memasak dgn lebih gigih. biar da kawen nnt suami btambah syg hahah

    ReplyDelete
  8. Betul3.. Masak banyak2.. Pikat suami ni senang...
    Pikat perut dia, selera dia je.. Buat kejutan sekali sekala balik keja, masak special2..
    Aisey, cakap macam dah kawen pulak.. Hehe

    ReplyDelete
  9. mmg btol tuh...istri kne pndi pkat hati suami..tp suami pn, jgn la cerewet yg tramat...kalo bini msk xsdp, jgn la kutuk kaw2...kne la bg dorongan n moral support...lgi la istri tmbh syg dan brtmbh2 nk buat yg trbaek utk suami :))

    ReplyDelete
  10. Haha adik-adik boleh lah saya nak paksa sedap tak sedap makan jugak bagi habis.. Huhu masak yang simple2 ja tahu la.

    Gulai tak pernah masak lagi.

    Prinsip hidup saya, selagi tak reti masak gulai selagi tu tak layak untuk berkahwin.

    Huhu. Macam mana ni?

    ReplyDelete
  11. Sha>>

    betul2.. Tambah skap wanita yang suka dipuji...
    Lagi kita puji masaka dia, lagilah dia cuba yang terbaik dalam masakan..

    Mungkin nak krtitik tu boleh cuma kenal kena caranya... Kan?

    ReplyDelete
  12. Fatin>

    biasalah tu.. Kita laki2 ni pahamlah ..
    Apa yang boleh dimasak tu bedal jelah...
    Yang tak reti masak tu boleh belajar..
    Dah hari2 masak, mesti terer punya nanti.. :)

    ReplyDelete
  13. jenis suami yg tahu hargai isteri xpe..ni kalau dr bujang samapi dh jd laki org cerewet gak mmg susah la isteri..ikhlas nk masak pon jd x ikhlas nnti..eh asal aku lak sebok2 cm isteri saja ni..hehe

    ReplyDelete
  14. Tula.. Ak pun keliru gak ni... Haha
    Ang backup sape nih?
    Tapi nak cakap apa pon x boleh jugak.. Dah peel org ni macam2..
    Nasihat jela boleh...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

lelaki pendiam, baran?

lelaki pendiam ni selalu kita beranggapan sebagai seorang yang susah marah, cool, pastu suka pendamkan perasaan.. serupa ada emas dalam mulut, takut betul nak buka mulut bersembang dengan orang sekeliling. takut emas tu terkeluar. itulah persepsi orang terhadap orang yang pendiam ni.. biasa2.. tapi pernah tak korang terfikir yang sebenaqnya ada kemungkinan orang yang pendiam ni sebenaqnya seorang yang skali dia marah, marah dia lebih daripada orang yang tak berapa nak pendiam.. bagi che', ada kemungkinan nya.. orang yang diam2 ni kadang2 tak tahu cara nak melepaskan kemarahan yang terpendam dalam hati.. biasanya, marah2 ini dikumpul macam bom jangka, dannnnnn boMMmm!! meletup.. bahaya dak? bahaya kan... jadi jangan disangka orang yang pendiam ni takde yang panas baran... kena mood nak meletup marahnya tu, abisla... beza dengan orang yang marahnya, sikit2 marah... marah yang macam ni, dia terlepas waktu dia marah je, lepastu, selang masa tak berapa lama, dia okay balik... macam xde

cara untuk kenal orang suka tikam belakang orang lain

cara untuk mengetahui orang yang bakal tikam belakang kita dalam mana2 institusi ni senang bangat.. berdasarkan pengalaman che' ada beberapa ciri2 yang boleh kita kenalpasti sekadar untuk berjaga-jaga dan kalau boleh elakkan dari berjumpa dan berurusan dengan orang gini.. suka mengumpat dan memburukkan orang lain depan kita.. memang syok layan bergosip dan mengumpat ini.. tapi kita kena sedaq yang dia boleh buat gitu kat orang lain, dekat kita sendiri dia nak buat perkara yang sama, celah kuku je.. so, bersedialah untuk ditikam dari belakang ya? sediakan handiplast siap2.. sakit woo kena tikam belakang, nak2 orang tu rapat sgt dengan kita ni haaa.. puas hati kalau dia dapat singkirkan orang yang dia tak suka pergi.. macam kepuasan yang amat sangat walhal mungkin lepas orang tu pegi, akan menyusahkan diri dia balik.. adakah ini yang dinamakan busuk hati? tuhan aje yang tau.. yang kita kalau duk melayan orang yang macam ni, tunggu turn la. mungkin perkara yang sama akan berlaku pada

suka menganiaya?

syukur alhamdulillah, masih bernafas, masih bahagia dan boleh dikatakan bertambah bahagia sejak dua tiga menjak ni. hee.  alhamdulillah. anda teraniaya? normal. dikelilingi manusia yang sentiasa dengan hati yang berbolak balik, contoh misalan nya sikap hasad dengki pastinya akan memberi kesan pada orang sekeliling. jadinya biar orang nak buat kita, kita jangan sekali kali buat ke orang kerana apa yang kita lakukan pasti ada pembalasan nya.  apa sahaja yang kita lakukan pasti dibalas. utk mereka yang teraniaya, bersyukurlah. letak kan pengharapan pada yang sepatutnya diletakkan pengharapan. bergantung pada diri, jika kita rasa ada sesuatu yang mampu melindungi kita lebih dariNya, berhati-hatilah.  doa orang yang teraniaya ni insyaallah makbul. muhasabah diri jika apa2 menimpa diri tu, bila menganiaya orang. senyum puas puas, gelak puas puas. "what goes around comes around". seronok puas2 harini, tapi beringat masa depan nasib kita belum tentu.  insyallah redha aje dengan ujian