Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2014

Melawat ke ladang unta

dalam tentatif program, memang ada punylah ke ladang unta ni.. mula2 kan terbayang gakla macam manala agaknya rupa ladang unta ni... duk ada dalam fikiran, macam ladang kuda tu la kot.. siap ada slot unta kuda2 tu berlari bagai, ada ruang untuk bg makan... sesampainya ke ladang unta tu, aiseyhman.. jauhnya dari bayangan tadi... ladang2 unta kat sini rupanya tepi2 jalan aje... pastu jenis berkelompok.. adala macam pagar2 kecik, dengan dalam pagar adalah dalam 10~20 ekor... fuhhh... guaner diorg jaga yer.. keliling bukan ada pun.. betul2 padang luas mata memandang.. dengan cuaca gitu, penjaga2 unta ni bukan ada tempat berteduh pong... memang cekal la diorang yang jaga unta2 ni... dah sampai ladang unta ni, tak minum susu unta tak sah la yer tak? kui3... bila lagi nak merasa peluang minum susu unta fresh2 macam ni... perah terus minum... terasa panas2 dia lagi... susu kambing, terus terang saya tak boleh nak minum gitu aje.. sebab ada rasa yang tak berapa sesuai dengan tekak kot... kalau

kenderaan yang dipakai

sepanjang berada disini, kami menggunakan kenderaan GMC sebagai pengangkutan harian... massyaallah, selesanya kereta ni... mana taknya, tengokkan pada fizikal kereta yang besaq ni, nampak gagah je... eh sat, GMC ni maksudnya general motor company ke car, gitulaa... dalam dia agak selesa, sesuai mungkin untuk perjalanan jauh.. ada sekali tu,dalam perjalanan nak ke Mekah, highway dia 4 lane dan memang besaq dan luas la highwaynya... straight je jalan nya.. kiri kanan betul2 bukit2 berbatu dan padang tandus.. jadi sambil duk tengok tepi tingkap, tengok jugakla kat cermin depan driver tu, terdetik la dalam hati, awatla pelan sangat si driver ni bawak keta, pelan sangat rasa dalam perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 4 jam ni.. jeling2 jugakla mata ke meter keta... sekali gulp!! tertelan air liur ko.. meter dah sampai 190 km/h... fuhh.. terus sambung tengok tingkap pandang bukit berbatu dan pandang tandus sambil berzikir dan meneruskan talbiyah... fuhhh,seram pulak rasanya... memang

Penginapan di Madinah

sepanjang beberapa hari di Madinah, kami duk di hotel yang memang berdekatan dengan masjid nabawi.. turun je hotel, terus pintu pagar masjid nabawi.. alhamdulillah, sonang... tapi memang sekeliling masjid nabawi ni, hotel aje.... memang dibuat dekat2.. nama hotelnya, hotel oberoi... bilik boleh kata besaq jugakla.. cantik , selesa aje.. lagi satu servis dengan layanan diorang ni boleh kata terbaiklah... nak2 kalau time makan, breakfast lunch dengan makan malamnya memang superb... menu macam2, pastu nasi arab, macam2 ado.. kambing memang haruslah... ayam, daging,.. daging ni tak pasti daging apa.. entah2 daging unta... kih3.. ada sekali itu siap nasi arab bersama burung... burung kecik2 tu.. memang sodapp.. macam kat madinah ke mekah ke, salah satu special dia, kalau jus buah dia.. pekat maksimum... memang puas ler kalau minum... pekena jus campur2, sedap je tekak melayan... yela... sejuk kan... yang paling best just dia, jus pisang campur guava kot.. teringat-ingat rasanya... mana la n

Dugaan di Madinah

dekat mana2 pun tempat yang kita pergi, pastinya akan datang dugaan yang dari pelbagai sudut.. tak lari daripada madinah ini sendiri.. masyaallah, dugaan ini datang dengan banyak kedai2 yang menjual produk2 seperti jubah2, yang sangat2 la cantik dan menawan la kata orang... time ni rasa nafsu tu betu dicabar... kedai2 yang menayangkan jubah2 yang memang cantikla solah-olah memanggil manggil untuk kita membelinya.. itu baru dari sudut pandangan mata lelaki.. bayangkan ajela dari sudut pandangan mata wanita.. guaner pulak la kesnya... kih3... dapat bayangkan suasana nya? haaa baguih... tapi alhamdulillah, dapat control lagi untuk tidak berlebih-lebih dalam membeli.. fuhhh.. tapi sempat jugakla beli 3 helai jubah dan 1 kopiah aje... dengan selipar(*harus bagitau jugak ke?kih3)... kan, nampak.. taklah boros sangat kan.. haha... tapi memang, banyak nya la kedai2 yang menjual macam2 produk di sekitar masjid nabawi ni... kurma lagilaaa.. dijual kat tepi2 jalan je kat pekan madinah... jadi kal

Makam Rasullah s.a.w

ya, dari luar kita boleh nampak kubah hijau yang terletak di sebelah kubah berwarna putih, di bawah kubah hijau itulah terletak nya makam Rasulullah s.a.w yang dicintai kita semua selaku umatnya ini... dalam keadaan berdebar-debar nak melalui makam Rasulullah s.a.w sekali kena sekat dengan guard kat pintu sebab bawak beg... subhanallah, perasaan ni, sampai bila2 pun takkan dilupakan.. mungkin salah satu dugaan la, jadi biaq mutawwif masuk dulu tunggu dia solat sunat dulu pastu baru saya punya turn pulak masuk untuk mengunjugi makam Rasulullah s.a.w sambil dia tolong pegang beg saya ni...ramainya berbaris untuk melalui tempat terletaknya makam insan yang mulia yang dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan islam ke seluruh pelusuk alam.. lepas aje tunaikan solat sunat di taman raudhah, terus bergerak ikut serta berbaris untuk melalui makam Rasulullah s.a.w, sambil berselawat dan memberikan salam pada baginda, masyaallah, teringat pesan seorang ustaz, sesungguhnya antara sebab kita dapat

dengan emirates airline, aku menjelajah

hihi.. tajuk berilham kan program dengan basikal ak menjelajah... saja nak bagi kebaboom sikit tajuknya... alhamdulillah dah selamat pulang dari perjalanan ke madinah dan mekah untuk mengerjakan umrah... salah satu tempoh dimana saya betul2 berada di dalam tempoh masa yang takkan dapat dilupakan seumur hidup.. benarlah kata2 mereka2 yang pernah sampai di madinah dan mekah, samada untuk mengerjakan umrah maupun untuk mengerjakan haji, selama berada di 2 tempat ini, ia merupakan satu pengalaman yang amat berbeza dan sangat meninggalkan kesan pada diri.. saat pertama kali menatap depan mata, masjid2 utama seperti masjid nabawi, masjidil haram, masjid quba'a dll, ia ibaratnya seperti mimpi di alam nyata.. kita berada begitu hampir dengan sirah nabi, seolah2 kita berada begitu hampir dengan Rasulullah s.a.w. nak2 apabila berada di taman raudhah berhampiran dengan makam Rasulullah, sebelah aje, sambil menyampaikan salam, bersolat disitu, membuatkan kita terasa hampir nya dengan Rasululla

Bomoh

bomoh dengan masyarakat melayu dah memang sinonim sangat dah.. bila kita sebut bomoh aje, yang terlintas kat kita adalah cara perubatan mistik untuk masalah melayu, tak kiralah apa jua penyakit nya.. santau lah, saka la, dengki dalam meniaga la.. jadi tak heranlah, jika apa2 jua perkara yang berlaku, bomoh no 1 kita panggil.. jadi disebalik apa yang berlaku, maksud saya peristiwa bomoh menggunakan perkara2 aneh untuk dijadikan method perubatan, jangan duk pelik sangat lah.. kes ini menonjol kerana mendapat liputan media dalam dan luar negara.. akibatnya? terbentuklah satu imej kuno pada masyarakat malaysia umum nya di seluruh dunia... hai lah bomoh, engkau ada dalam market sebab demand yang terlalu tinggi.. masyarakat kita masih mengharapkan servis2 mu.. ya, memang patutla di zaman moden ni, sifat hasad dengki masih menebal kot antara kita.. berdamping dengan jin dan syaitan, maka makin banyakla sakit2 halus yang perlu diubati dengan perubatan cara gini... moga kita terhindar daripada