Skip to main content

Dugaan di Madinah

dekat mana2 pun tempat yang kita pergi, pastinya akan datang dugaan yang dari pelbagai sudut.. tak lari daripada madinah ini sendiri.. masyaallah, dugaan ini datang dengan banyak kedai2 yang menjual produk2 seperti jubah2, yang sangat2 la cantik dan menawan la kata orang... time ni rasa nafsu tu betu dicabar... kedai2 yang menayangkan jubah2 yang memang cantikla solah-olah memanggil manggil untuk kita membelinya..









itu baru dari sudut pandangan mata lelaki.. bayangkan ajela dari sudut pandangan mata wanita.. guaner pulak la kesnya... kih3... dapat bayangkan suasana nya? haaa baguih... tapi alhamdulillah, dapat control lagi untuk tidak berlebih-lebih dalam membeli.. fuhhh..







tapi sempat jugakla beli 3 helai jubah dan 1 kopiah aje... dengan selipar(*harus bagitau jugak ke?kih3)... kan, nampak.. taklah boros sangat kan.. haha... tapi memang, banyak nya la kedai2 yang menjual macam2 produk di sekitar masjid nabawi ni... kurma lagilaaa.. dijual kat tepi2 jalan je kat pekan madinah...



jadi kalau mai ke pekan madinah ni, beringatlah sama ya untuk bersedia dari segi mental dan fizikal untuk tidak mengikutkan hawa nafsu sangat bila nak bershopping itu... inat tujuan utama kita nak mai ke madinah ini... ok, peace yaw!!

Comments

  1. ptut la iz cuti lamaaaaa
    dah lepas ke sana rupanya..
    alhamdulillah...
    bestnya iz da sampai sana dlu...
    moga selamat semuanya ye inshaaAllah

    ReplyDelete
  2. syukur, sampai jugak... lama teringin.. ada rezeki, alhamdulillah...
    ni rasa macam rindu dah nak p sana lagi.. =)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...
    entah bila lah kami pulak nk ke sana..
    itulah ramai yg dah pernah pegi ckp benda sama...RINDU nk pergi lg..
    mcmna la agaknya perasaan kt sana kan sampai rindu2..Subhanallah :) moga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki...ad peluang nk ke sana juga nt..one fine day inshaaAllah

    ReplyDelete
  4. rasa dia, nak cerita lagu mana pun tak tau.. hehe..
    mudah2 an dipermudahkan untuk fara ada ke sana.. insyaallah.. =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

lelaki pendiam, baran?

lelaki pendiam ni selalu kita beranggapan sebagai seorang yang susah marah, cool, pastu suka pendamkan perasaan.. serupa ada emas dalam mulut, takut betul nak buka mulut bersembang dengan orang sekeliling. takut emas tu terkeluar. itulah persepsi orang terhadap orang yang pendiam ni.. biasa2.. tapi pernah tak korang terfikir yang sebenaqnya ada kemungkinan orang yang pendiam ni sebenaqnya seorang yang skali dia marah, marah dia lebih daripada orang yang tak berapa nak pendiam.. bagi che', ada kemungkinan nya.. orang yang diam2 ni kadang2 tak tahu cara nak melepaskan kemarahan yang terpendam dalam hati.. biasanya, marah2 ini dikumpul macam bom jangka, dannnnnn boMMmm!! meletup.. bahaya dak? bahaya kan... jadi jangan disangka orang yang pendiam ni takde yang panas baran... kena mood nak meletup marahnya tu, abisla... beza dengan orang yang marahnya, sikit2 marah... marah yang macam ni, dia terlepas waktu dia marah je, lepastu, selang masa tak berapa lama, dia okay balik... macam xde

cara untuk kenal orang suka tikam belakang orang lain

cara untuk mengetahui orang yang bakal tikam belakang kita dalam mana2 institusi ni senang bangat.. berdasarkan pengalaman che' ada beberapa ciri2 yang boleh kita kenalpasti sekadar untuk berjaga-jaga dan kalau boleh elakkan dari berjumpa dan berurusan dengan orang gini.. suka mengumpat dan memburukkan orang lain depan kita.. memang syok layan bergosip dan mengumpat ini.. tapi kita kena sedaq yang dia boleh buat gitu kat orang lain, dekat kita sendiri dia nak buat perkara yang sama, celah kuku je.. so, bersedialah untuk ditikam dari belakang ya? sediakan handiplast siap2.. sakit woo kena tikam belakang, nak2 orang tu rapat sgt dengan kita ni haaa.. puas hati kalau dia dapat singkirkan orang yang dia tak suka pergi.. macam kepuasan yang amat sangat walhal mungkin lepas orang tu pegi, akan menyusahkan diri dia balik.. adakah ini yang dinamakan busuk hati? tuhan aje yang tau.. yang kita kalau duk melayan orang yang macam ni, tunggu turn la. mungkin perkara yang sama akan berlaku pada

suka menganiaya?

syukur alhamdulillah, masih bernafas, masih bahagia dan boleh dikatakan bertambah bahagia sejak dua tiga menjak ni. hee.  alhamdulillah. anda teraniaya? normal. dikelilingi manusia yang sentiasa dengan hati yang berbolak balik, contoh misalan nya sikap hasad dengki pastinya akan memberi kesan pada orang sekeliling. jadinya biar orang nak buat kita, kita jangan sekali kali buat ke orang kerana apa yang kita lakukan pasti ada pembalasan nya.  apa sahaja yang kita lakukan pasti dibalas. utk mereka yang teraniaya, bersyukurlah. letak kan pengharapan pada yang sepatutnya diletakkan pengharapan. bergantung pada diri, jika kita rasa ada sesuatu yang mampu melindungi kita lebih dariNya, berhati-hatilah.  doa orang yang teraniaya ni insyaallah makbul. muhasabah diri jika apa2 menimpa diri tu, bila menganiaya orang. senyum puas puas, gelak puas puas. "what goes around comes around". seronok puas2 harini, tapi beringat masa depan nasib kita belum tentu.  insyallah redha aje dengan ujian