Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

akhir 2013 =)

tahun berganti tahun, usia meniti masa tak terhentikan, moga segalanya akan lebih baik dari semalam.. insyaallah =) 2013 telah meninggalkan macam2 perkara yang terlalu banyak warnanya.. samada yang cerah, yang gelap, yang menyeronokkan, yang menyedihkan.. ada hubungan yang baru bermula, hubungan yang dah berakhir.. liku2 kehidupan tu.. biasalah.. moga 2014 yang mendatang, akan menjadi tahun dimana sy akan menjadi seorang yang lebih tabah, tidak terlalu lurus dan polos, dan moga emosi ni akan bertambah stabil dan lebih matang dalam membuat keputusan dan tidak jadi seorang yang tidak tetap pendirian.. moga segala nya akan baik2 aje lepas ni.. tak tau nak habaq macam mana, 2014, bakal menjadi tahun yang akan berlaku banyak perubahan pada diri sy.. moga semua perubahan2 ini dipandu oleh agama dan syariat islam.. jangan lah jadi terumbang ambing dengan perubahan yang bakal berlaku, insyaallah =)

Utagha Trips (Perlis)

bulan ni boleh dikatakan bulan berjalan sedunia mungkin.. merata berjalan bulan ni.. syok tu haruslah.. nak2 berjalan arah utagha tuh.. memang bestla... jumaat sampai ahad kat perlis.. rabu p penang pulak.. dah macam dekat sangat pulak kan macam p shah alam jer.. haha p perlis aritu sebab nak menghadiri majlis kawen member keja.. planning p sana boleh dikatakan memang spontan la.. dalam tempoh beberapa minit jer terus kira jadila nak p sana... memang kira spontan ler kiranya... settle.. rancang2 ni biasanya memang tak jadi punya.. berdasarkan pengalaman... kui3.. kendurinya hari ahad, tapi takkanlah tentatif nak ke majlis kawen jer yer dak? haruslah berjalan kat semua tempat2 menarik dekat perlis.. maka sampailah tempat2 macam Gua Kelam, Padang Besaq, empangan apa entah.. nak dijadikan cerita, kamera yang dibawa charger nya hilang.. jadi selagi charger nya tak dibeli, * mahal pulak tu, selagi tulah tak diupload gambanya.. seb baik ada fon.. mana yang sempat snap guna fon jela sy upload

penting nya bantal di ruang pejabat anda.

Gambar adalah gambar sebenar bantal di ruang pejabat bukan sebuah perkara yang asing dikalangan ramai antara kita.. biasanya ia adalah simbol kepada malas atau sewaktu dengan nya.. sedarkah anda bahawa bantal di pejabat juga merupakan salah satu daripada sumber inspirasi untuk menyiapkan kerja2 anda yang menimbun.. 1) bantal merupakan tempat untuk anda menyandarkan tulang belakang anda agar mendapat postur tubuh yang betul dan mengelakkan sakit belakang.. ini kerana kebanyakan kerusi di opis anda dan anda2 sekalian, kerusi itu direkacipta untuk menyelesakan tulang belakang hanya untuk beberapa jam sahaja.. jadi penggunaan bantal boleh menambahkan keselesaan tersebut untuk tempoh beberapa jam lagi 2) penggunaan bantal untuk merehatkan tangan dalam menaip menda2 di komputer anda juga boleh mengurangkan ketegangan urat kerana terlalu pressure di pergelangan tangan.. dengan adanya bantal untuk menampung tangan anda, ini akan mengurangkan rasa tekanan di pergelangan tangan. *betul ke ni? 3)

Love without condition

antara sebab ramai yang mula meninggalkan dunia blog ni sebab bagi che' ler... paling utama sebab dia sebab minat.. dulu asalnya buat blog sebab ikut2 orang.. semangat gini biasanya memang tak tahan.. hehe.. berblog ni perlu ada minat, masa dan rasa untuk berkongsi... tambah2 lagi jika niat berblog semata-mata nak kejar follower dan populariti semata... menulis dan berkongsi seuatu ni kita kena harapkan tanpa balasan apa2... macam sesuatu hubungan la, biasanya hubungan yang kekal dan bertahan lama adalah hubungan tanpa syarat... bila kita sukakan seseorang itu disebabkan sesuatu sebab, kerana rupanya, kerana duit dia, kerana apa jer ala san melainkan sebuah keikhlasan dalam mengenali dan rapat dengan seseorang, percayalah,.. jika sebab itu mula hilang, hubungan kita dengan dia pun pasti akan renggang.. cuma masa jer yang akan menentukan bila hubungan itu akan berakhir... jadi, nak pupuk balik rasa ingin berblog, betulkan niat tu, insyaallah semangat tu mai balik... insyaallah.. bel

Samsung Chromebook Malaysia review

alhamdulillah, pertama kali menghupdate menggunakan chromebook yang selamat dipinang dengan bismillah semalam... menda alah menda pulak natang chromebook ni? haha.. ok , kita mulakan dengan bismillah juga pagi2 jumaat ni untuk menerangkan serba sikit pasai chromebook oleh samsung bernaungkan goole.. aiceh.. bahasa tercanggih la pulak.. biasala.. sejak menceburkan diri dalam hobi membaca novel2 mengarut dari fixie tu.. mesti biasa dengan windows (xp,7, vista,8 etc) dengan mac (osx etc), chromebook pula boleh dikatakan sebagai os.. rekaan dan fungsi yang minimalistik tak macam os seperti yang disebutkan sebelum ni tu, jadi boot time untuk menda alah chromebook ni alahaiiii.. laju baq hang.. dalam masa kurang 10 saat, dah boleh terus menggunakan laptop ni dengan jayanya selepas kita on je laptop ni.. chrome os juga boleh dikenali sebagai cloud base os.. semua data2 dalam laptop ni tak disimpan dalam ssd laptop tapi semuanya akan tersimpan dalam dropbox ataupun google drive.. untungnya bil

berprasangka baik, adakah ia sebuah retorik?

bersangka baik ni sebenaqnya sangat dituntut.. orang yang jenis sentiasa bersangka baik ni sebenaqnya mempunyai pemikiran yang positif berbanding dengan orang yang bersangka buruk memanjang, memang dia akan semestinya berfikiran negatif... mengundang orang untuk membenci itu haruslah.. mengapa harus memandang yang buruk2 aje pada seseorang... susah sangat ke nak bersangka baik? tak rugi pun.. sikit pun tak rugi.. apa yang kita gambarkan pada orang sekeliling kita itu lah sebenarnya mencerminkan hati kita.. baik kah buruk kah.. bila kita duk bersangka buruk, nak taknak, pasti mai sikap dengki mendengki.. dia menyusul la kira nya.. jarum hasutan syaitan itu sangat halus.. kita takkan perasan punya... tapi percayalah.. selagi kita ni jenis yang sentiasa bersangka buruk, tidak positif dan jujur dengan diri sendiri, pasti makin sukar kebahagiaan tu nak mai.. kebahagian dengan bersangka buruk ini ibarat nya seperti magnet yang bersamaan kutubnya.. pasti akan sentiasa menolak antara satu sama

Teori vs Praktikal

saya ni memang minat baca dengan tengok apa2 aje buku ataupun video yang menerangkan tentang konsep hubungan sesama manusia ataupun bab2 berkaitan dengan psikologi.. memang tajuk yang sangat2 menarik hati dan bila baca je, mesti rasa macam oooo.. gitu rupanya cara nak counter masalah tu, masalah ni.. bila kita kaji tentang cara kita berhubungan dengan orang dan cara nak merperbaiki sesebuah hubungan misalnya, segalanya nampak idealistik @ sempurna.. realitinya tidak.. hehe.. bukan semudah itu untuk kita apply cara2 yang buku duk ajar nu haa..yup, memang membantu tapi bukanlah 100%.. sukar nak praktik kan sebab manusia ni bertindak balas bukan dengan satu cara yang sama.. lain orang, lain ler ragamnya.. jadi nak tak nak, kita sendiri kena pelbagaikan cara untuk menegenali lantas mengetahui cara terbaik untuk memperbaiki sesebuah hubungan.. hurm.................................................................................................................................................

sony smartwatch 2

waa2.. kalau boleh kan dunia teknologi ni semua nak smart2 blako.. sikit2 teknologi mula diserapkan pada menda disekeliling kita... kalau boleh peti ais pun nak di'smart'kan.. (*ke dah ada smart refrigerator?rasa2 dah ada).. nak buat macam mana, teknologi tak pernah tunggu orang ramai dah bersedia ke belum ke arah itu.. nak2 zaman2 ni, perkembangan teknologi sampai dah tak terkejor yop.. jadi kita janganlah jadi hamba teknologi.. tapi jangan sampai tahap tak amik tau pasal teknologi.. tu lain dah tu.. cuba keluar dari tempurung, celikkan mata tengokkan perkembangan teknologi secara positif bro.. ni la ni trend smartwatch pulak.. kenapa smartwatch ni cepat mendapat perhatian para pelopor teknologi macam apple, samsung, sony dll? sebab ia adalah satu bentuk pasaran yang sangat luas.. kebanyakan dari kita memang pesen pakai jam.. tak pakai rasa macam tak lengkap je.. macam pakai seluar takde tali pinggang.. mcm tu la perasaan dia.. konsep smartwatch ni mudah je.. dia macam extensi

cara untuk kenal orang suka tikam belakang orang lain

cara untuk mengetahui orang yang bakal tikam belakang kita dalam mana2 institusi ni senang bangat.. berdasarkan pengalaman che' ada beberapa ciri2 yang boleh kita kenalpasti sekadar untuk berjaga-jaga dan kalau boleh elakkan dari berjumpa dan berurusan dengan orang gini.. suka mengumpat dan memburukkan orang lain depan kita.. memang syok layan bergosip dan mengumpat ini.. tapi kita kena sedaq yang dia boleh buat gitu kat orang lain, dekat kita sendiri dia nak buat perkara yang sama, celah kuku je.. so, bersedialah untuk ditikam dari belakang ya? sediakan handiplast siap2.. sakit woo kena tikam belakang, nak2 orang tu rapat sgt dengan kita ni haaa.. puas hati kalau dia dapat singkirkan orang yang dia tak suka pergi.. macam kepuasan yang amat sangat walhal mungkin lepas orang tu pegi, akan menyusahkan diri dia balik.. adakah ini yang dinamakan busuk hati? tuhan aje yang tau.. yang kita kalau duk melayan orang yang macam ni, tunggu turn la. mungkin perkara yang sama akan berlaku pada

tinted hitam?

dekat malaysia ni banyak undang2 aneh yang boleh dikatakan tak sesuai nak dikuatkuasakan disini.. salah satunya yang che' perasan ialah ngapain kereta tak boleh digelapkan aka tinted hitam.. yer mungkin ada beberapa faktor yang menyebabkan tinted hitam tak dibenarkan.. tapi berdasarkan kajian che' berdasarkan ilmu2 logikal dan spontan semasa bawak motor di jalan yang sesak dengan jem, timbul beberapa point yang pada che, perlu diambil kira untuk membolehkan tinted gelap dibenarkan dibuat di Malaysia. cuaca yang sangat tidak sesuai.. cer bayangkan anda membawa kereta di tengah kota raya pukul antara 12tgh hari ke 3 petang dengan cuaca panas terik yang sangat menyilaukan mata.. fuhhh.. memang sangat2 membantu jika tinted gelap dibenarkan.. kurang sikit bahang panas terik cahaya matahari tu.bawak keta pun tak mengantuk.. sebab kalau perasan, bawak keta dengan cahaya matahari yang terik boleh buat mata layu jeee.. keselamatan.. sekarang ni banyak betul kes samun.. dulu pejalan kaki

Parut

well, menda parut2 ni? nak jual ubat parut kah.. haruslah bukan.. che' bukanlah penjual ubat ataupun pengasas multilevel marketing menjual ubat ajaib yang xde asas2 perubatan, tapi boleh menyembuhkan 1001 penyakit.. tapi dari dia punya promosi, dari tak percaya boleh tergoda nak beli woo.. macam ni, kita semua ada parut kan? kadang2 parut2 ni boleh mengembalikan memori yang entah makan masa bertahun-tahun lamanya.. setiap kali kita tengok parut tu, tupp, terus teringat kat memori tersebut.. sebagai contoh ler, ada satu parut kat lutut che' yang mana setiap kali che' tgk je kat parut tu, mesti teringat satu peristiwa 6 tahun yang lepas masa tingkatan 5 dulu. parut tu terjadi pasal satu jaringan yang che' score dalam satu perlawanan bolasepak antara kelas dalam liga bola sepak kat teknik kajang dulu.. amacam? style tak.. kui3.. sembang macam la jaring gol peringkat kebangsaan.. haha.. tapi ok hape.. bukan senang woo nak jaringkan gol yang sebenarnya melayakkan kelas 5pkmu

nokia 3220 classic

menulis lagi.. hai, rasukan semangat menulis apa entah tetiba rajin pulak nak menghupdate blog ni... mungkin sebab jasa baik dan baik budi bos yang membenaqkan blogspot ni dibuka di tempat keja... nak wat guaner.. gunakan sebaiknya harta company ni.. balik umah nak hupdate? idak ler.. kemalasan pasti akan melanda dengan jayanya.. nak bukak laptop pun rasa xde mood kalau dah sampai rumah nu haaa.. baru2 ni che' p beli benda yang dah lama che' idamkan.. setelah sekian lama duk cari, alhamdulillah.. sampai jugak ke tangan menda alah ni.. nak cari kat mesia ni, entah kat mana ler nak jualnya pun.. belum tentu jumpa.. kalau terjumpa pun kat jalan pasar tu, confirm kondisi dia sikit lagi je nak terbarai habis.. nak cari baru, rasa nya memang takdela dah.. seb baik tgk kat ebay sana, ada refurbish unit yang haruslah berbaloi untuk dibeli.. tapi makan masa jugakla nak sampai sini.. amik masa 2 bulan.. seb baik che' sabaq... =) fuhh.. siap ikat tali tu kemas diorg bungkus Dia punya

ios 7 vs android

it been a while since i updating my blog right.. and for some reason, wth is going on with my language? haha.. actually this is the first time im updating it with this band 1 according to MUET standard.. kui3.. for ur info, band 1 is the lowest grade and 6 is the best if im not mistaken.. so u know what i mean, hehehe.. if u all my lovely reader not understand what i try to deliver with this entry, i'm not gonna blame u, because maybe me myself not understand it.. haha well, there is no extraordinary thing that happen to me except i just bought myself a new tablet that is tab 3 8.0.. a year with my ipad 2 is enough for me to explore all the function and it's time to search something new,  let say like to feel the android experience in a tablet.. so far so good.. maybe a bit slow at first in using it, but yeah.. learn something new is my passion.. that kind of passion will make me kind of excited especially to customized it.. playing with launcher, apps kind of syok laa but for

raya 2013

alhamdulillah, pulang kembali ke tanah air selepas 2 minggu berada di luar negeri.. fuhhh.. perjalanan yang memakan masa lebih kurang 7 hari memang dipenuhi dengan berbagai kenangan pahit dan manis.. seronok woo bila berada bersama keluarga tercinta dan sanak sedara.. memang cuti yang benar2 dimanfaatkan lah.. baca perenggan atas ni nampak macam balik london je kan?haha..padahal.... luar negeri selangor aje.. luar negara lainlah.. sabo jelaaa... mintak maap la yer buat mereka yang tersalah paham.. saje je ngusik pagi2 ni.. bukan apa, sy ni memang suka bergurau kadang2... =) 7 hari cuti, puaslaaa berjalan.. cer bayangkan, dari kl~selangor~perak~kedah~perlis~sempadan thai~perak~pahang~kl.. pusing abisla... mau tak cramp kaki ni haa...kui3.. seb baik auto.. kalau clutch, mau tekan clutch kaki kanan sebab letih sangat kaki kiri.. kah3.. entry kali nak belanja gamba jerla.. nak menaip tak larat dah.. keja pun menimbun ni kat opis.. wat kenangan jela gegamba ni semua.. boleh ya?  =) pjam ket

hobi abang2

ok adik2, ni abang nak cerita hobi baru abg.. mai singgah, mai singgah.. well, dulu waktu abang kecik2 dulu time skola rendah pakai baju uniform kaler putih seluar biru panjang, hobi paling otai sekali pun abg main bola getah.. bola getah tu biasa rege singgit kot, kena tikam dapatlah.. pastu baling kat lantai pastu dia pantul ke awan tinggi.. ikut pengalaman, life cycle bola getah ni adalah dalam 5~6 kali pantul je.. lepas tu kompem hilang masuk semak.. dah membazir.. esok p skola, beli lagi bola getah tersebut dan ulang2 la.. nampak sangat hobi ni sangat sia2 dan hai.. nak wat guaner, pemikiran budak2.. layankan jela.. 15 tahun kemudian, abang dah umur 24 tahun.. takkanlah abang nak main bola getah tu lagi yer dak? malulah abang sebagai pemuda harapan agama bangsa dan negara.. maka anjakan paradigma haruslah dilakukan.. abang hupgrade hobi abang minggu lepas p jalan pasar beli sesuatu untuk dijadikan hobi... sat naa abang belek gallery enfon ni sat upload gamba....... niat asal abang

samsung galaxy mega 6.3 malaysia review

baca blog teknologi, teringin nak wat review benda alah teknologi.. memandangkan kos dan modal yang ada untuk membeli high tech punya barang seperti macbook pro 29 inci dan yang sama waktu dengan nya tiada, maka haruslah sedaq diri untuk buat review dengan apa yang ada aje.. wat masa ni menda paling canggih che' ada cuma hp yang pada orang lain gelarkan sebagai midrange phone.. bukan high end spec macam htc one dan samsung galaxy s4.. sampel gambar dari kamera 8mp mega hp ni selamat dibeli dengan kerugian bernilai rm1699.. dengan harga gini dengan spec dan kelebihan yang boleh tahan, ia sangat berbaloi jika nak dibandingkan dengan note 1 @ n7000 yang dipakai sekian lamanya.. maka hukum alam, apabila hp mula buat hal, dengan screen yang alahai, usb cable x responsif dan perlu diadjust setiap kali nak cas, battery 1/2 day aje, maka haruslah ditukarkan jika kos merepairnya sahaja ya rabbi.. mahal ya amat.. sampel gambar no 2 =) *cabaran utk mereka yang pose ! ;) antara kriteria che