Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2012

Arghhh, asyik2 aku je yang diuji..

Sesi muhasabah diri muncul balik.. Hehe.. Kali ni che' nak ceritakan perihal mengsyukuri nikmat allah s.w.t. Pernah tak dalam hidup kita secara tidak sengaja menyalahkan takdir dan mempersoalkan mengapala ak tak dapat itu, mengapakah ak tak dapat ini... Mungkin perkara ini dah sebati dengan kita hingga kita tak sedar yang perbuatan keluh kesah ini sebenaqnya adalab sesuatu perbuatan yang salah dan tak elok.. Sahabat, takdir itu adalah suatu ketentuan.. Kita kena yakin bahawa setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya.. Setiap apa yang terjadi dalam hidup kita ini adalah satu ketentuan.. Ada dua pilihan untuk menghadapi masalah dalam hidup.. Menerima nya dengan hati yang sabar dan akal yang waras, ataupon menerimanya denga keluh kesah dan menyalahkan diri serta meletakkan kesalahan itu kepada orang lain.. Berulang kali che' ingatkan diri agar apabila ingin menyalahkan takdir, istighfar namun adakalanya terbabas juga.. Biasalah, manusia, terlalai, yer dak? Hehe.. Perbuatan k

lelaki pendiam itu adalah...

che' ni takdelah pendiam sangat.. cuma bagi yang baru nak mengenali che' , pastinya akan melabel che' sebagai seorang yang pendiam, susah nak didekati dan macam pelik2 sikit.. namun segalanya berubah(*cewahhhh) selepas mengenali che' buat sekian2 waktu.. kui3.. che' juga bukan seorang yang ada belajar bab2 personaliti manusia ni.. cuma satu sifat che' yang paling che' sedaq ialah sifat che' yang suka memerhati peel orang.. bukan memerhati untuk mengkritik pun cuma sekadar memerhati untuk mengenali sikap manusia ni.. jadi, che' tengoklah perangai orang ni contohnya mereka yang pendiam, malah kadang2 sangat pendiam.. kat sini che' senaraikan apa ciri2 yang che' nampak kat mamat2 yang pendiam nih.. kalau gadis2 yang pendiam che' tak berapa pasti sama ataupun tidak ciri2 nya..hehehe mereka yang pendiam sebenaqnya seorang yang sangat peramah hanya pada mereka yang rapat dengan nya.. sebab mungkin bagi orang pendiam ni, segalanya dipendamkan da

Semangat ramadhan 2012

Alhamdulillah , masih lagi kita bernafas dan merasai nikmat hidup pada ramadhan yang ketiga ini,.. Syukur, masih dikurniakan waktu untuk beribadah di bulan ramadhaN yang didalamnya terletak 1001 kebaikan dan rahmat allah s.w.t. Amacam sahabat? Semangat keramadhanan (ayat baru,kui3) anda.. Apakah masih sama dengan hari pertama, adakah sudah mula menurun ataupun masih meningkat dari hari ke hari... Jika jawapan nya yang pertama, baik ler juga tu.. Kita tau semangat pada hari pertama ni semangat dia lain macam sikit... Semangat tengah berkobar-kobar la katakan... Hehe.. Jika pilihan kedua? Adusss... Awal lagi bro.. Takkan lemah semangat sudaaaa... Yang ketiga ni lah hendaknya, sepatutnya.. Biaq graf semangat dalam bulan ramadhan ini semakin meningkat sehingga titisan sujud yang terakhir di bulan ramadhan... Biaq amal kita itu walaupun sedikit tapi istiqamah daripada amal yang masyaallah banyaknya, tapi cuma pada minggu2 yang pertama..alahai ruginya jika kita tidak mengambil kesempatan unt

Kuliah subuh ramadhan 2012

Bersyukur masih diberi peluang untuk berada di muka bumi ni..  Roh itu urusan allah s.w.t.  Setiap roh itu akan kembali ke allah s.w.t. Semua urusan kita dalam hidup ini hendaklah berpandukan al-quran..  Kehidupan kita hari ini banyak masalah sosial, kerana tidak menurut apa yang disuruh dalam agama. Kita sebagai org islam lah sepatutnya ke depan untuk menyelesaikan masalah sosial ni.. Kita hendaklah yakin dengan islam kerana islam sahajalah agama yang sebenar. Agama lain hanyalah diasaskan khayalan oleh manusia2.. Agama lain mana ada kitab.. Kalau ada pun kitabnya, bukan yang asal dan hanya direkacipta oleh mereka yang berkepentingan..  Kita hendaklah hidup dan mati dalam agama islam.. Hanya islam yang boleh menyatupadukan manusia.. Bukan dengan berbangsa-bangsa.. Penyelesaian bukan dengan kitab melayu.. Haha.. Quran itu bersikap global.. Ia menyelesaikan secara menyeluruh, masalah semua manusia.. Quran itu tidak fokus pada sesuatu bangsa sahaja.. Allah jadikan quran sebagai pemi

Tuhan bukan hanya ada waktu susah

amboi.. tajuk tu, kalau boleh nak jadikan entry terus..haha.. panjang kan tajuknya.. takpe2, biaq jelas sikit maksud yang nak disampaikan dalam entry nih... =) perasan tak kalau kita muhasabah diri ni, kita hanya merasakan iman itu, ibadah itu hanya bila kita ditimpa musibah... time2 ginila kita duk cari tikaq sejadah, alqur'an... waktu2 ginila kita merasakan yang tuhan itu ada... astaghfirullah.. sahabat, tuhan itu sentiasa ada bukan hanya di sekian2 waktu.. jangan lah jadi manusia yang tak mengsyukuri diri sendiri.. beribadahlah seperti tuhan itu sentiasa melihat kita.. ingat tuhan semasa tak kiralah bilamana hidup itu baik2 aje, ataupun bila ditimpa masalah.. ibaratnya seperti kita menggunakan agama hanya untuk mengatasi keluh kesah, cabaran dalam hidup.. tak molek gitu kan.. maila renung diri kita ni yang tgh duk senang lenang ni.. sama tak tingginya nilai rasa bertuhan ketika bilamana kita dihadapkan dengan kesusahan? =)

Ramadhan 2012

Bulan ramadhan nak sampai dah.. Yaallah, rindunya nak bertemu dengan bulan yang penuh barakah ni.. Hehe.. Macam rindukan kekasih plak yer dak... Sabo jela..  Rindu dengan suasana tarawih nya, rindu dengan waktu bangun sahurnya, rindu dengan rakan2 jemaah di suraunya, rindu dengan bazar ramadhan nya! Rindu nak berbuka puasa dengan keluarga :) Masyaallah, besar sungguh ertinya ramadhan buat kita umat islam ni, hehe  Sungguh, kesibukan bekerja dalam diam tak diam membuatkan kita rasa masa ini kurang dimanfaatkan sepenuhnya untuk mendekati majlis ilmu, rumah allah.. Tu yang membuatkan ramadhan ini sebagai motivasi terbaik untuk mengubah diri menjadi yang lebih baik dari sebelum nya.. Rite?  Sahabat sekalian, manfaatkan ramadhan yang bakal kita temui ini dengan sepenuhnya.. Anggap seolah-olah inilah ramadhan yang terakhir buat diri kita.. Mana tau jika umur tak panjang..  * apa pengalaman korang dalam bulan puasa yang susah nak dilupakan? Hehe

reunion d'pangkor... =)

cubaan meng'jepun' kan diri Alhamdulillah, selamat sudah reunion kali pertama buat kami2 dari dkm nih.. Hehe.. Syukur, segalanya berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah dan dugaan.. Cabaran2 sikit tu adala.. Tapi biasalah.. Mana ada menda yang perfect yer dak? Kan2.. puas pujuk, tak dapat jugak meow2 nih.. Ni ada bawak luka2 kenangan hasil snorkeling buat pertama kali dalam hidup.. Aktiviti snorkeling aka sesi menelan air laut akibat kekurangan pengalaman la katakan..kui3.. Kalau sape yang reti guna mask tu, syokla melayan ikan2 dari dekat2 walaupun tak lah jernih mana pong air kat pangkor tu.. macam che' nih, mask tu dah macam straw duk sedut air laut.. tu tersedak-sedak tu.. =) photographer terlatih dkm  Seronok bila masing2 dapat jumpa, menyembag tepi pantai, luangkan masa bersama bersembang perkembangan masing2 dengan student cara student nya, yang keja dengan cara kerjanya.. Apapun, syukur alhamdulillah dikurniakan dengan sahabat sebegini.. Nikmat yang bukan semua o

Genting bersama tempoyak =)

alhamdulillah, kembali sesi bersama keluarga, kali ni bukan dekat Jeram, tapi tempat yang lebih cool sikit, Genting Highland..hehe.. err, selalu beraktiviti bersama family, nampak sangat che' ni seorang yang banyak luangkan masa bersama keluarga kan? xpe2.. insyaallah, hujung minggu ni masa untuk bersama member2, reunion di Pangkor pulak.. hehe.. syukur, dikurniakan dengan family dan sahabat yang baik =) Lamborghini Murcielago =) ingatkan nak naik genting naik keta ni, sekali boleh bawak 2 orang je.. camne nak bawak family ni, yer dak? hehe.. terpaksa ler bawak persona tu (*sila jangan percaya).. memang semulajadi minat la tempat tinggi2 ni.. sejuk, nyaman je udara.. kita ni dah biasa sangat hirup udara penuh habuk, kotor2 asap kenderaan.. memang boleh sebab penyakit macam2 ler.. itu yang orang ramai sekarang suka cari tempat2 yang ada hutan2 sikit.. buat tempat tinggal.. Peserta konvoi =) tu dia, dengan mak sedara and the gang.. mak sedara masak pulak tu.. memang mantop ler! seron