Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2014

sj4000 malaysia

action cam yang bernama sj4k ni dah lama wujud pun sebenaqnya... sebagai seorang yang slow poke macam wa ni, biasalah... dah lama ada dalam pasaran, barulah nak terhegeh-hegeh nak cuba sj4k ni... buat mereka yang tak tau, sj4k ni adalah alternatif untuk action cam popular seantero dunia, go pro hd yang ramai sedia maklong, memang mahal ya amat.. dekat2 1.5k, belum termasuk aksesori... kotak pun special., tapi dtg dengan harga yg agak special jugak jadi sebagai seorang yang amat terkenal di balakong sebagai seorang yang bijak berbelanja dan mempunyai pertimbangan yang waras, beliau pun belilah satu unit sj4k dengan dealer terus pada harga yang amat murah nak dibandingkan dengan harga pasaran.. biasa mereka2 penjual akan jual satu unit dengan rege 320++ untuk seunit, saya dapat cuma dengan harga 270 untuk full set dengan aksesori.. ni pulak sj4k... penuh aksesori.. dah macam pasang2 lego =) setakat ni sangat2 berpuas hati dengan kualiti video dan sangat berbaloi dengan harga yang camtu..

tips diet di bulan ramadhan bersama kevin zahriruddin

tips kali ni adalah tips untuk berdiet di bulan ramadhan... tau, ramai yang pasang cita2 untuk menurunkan berat badan di bulan pose ni.. yela, dapat dua dalam satu.. selain beribadah ,dapat jugak turunkan berat badan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya bmi yang lebih sihat dan seimbang... jadi, mai terus kita ke list di bawah. 1) dapatkan supplement yang betul dan mempunyai pengiktirafan dari kkm... berapa penting supplement ini? takdela penting sangat pun...takde supplement apa pun dalam muka bumi ni yang mampu menurunkan berat badan dengan segera.. dadah mungkin, cuma cepat sikitla ke tanah kubur. ia hanya sebagai semangat dan omputeh kata kick start, motivasi untuk mind set kita ni mengatakan 'boleh' untuk menurunkan berat badan.. jangan main2, jika kita dah setkan target, ditambah sokongan moral dari supplement ini, insyaallah.. berat tu boleh turun. cuma pastikan dapat nasihat dari pakar diet, ataupun dr. 2) terlalu cliche' , tapi itulah hakikatnya.. kurangkan makan n

mata boleh senyum

situasi: di trafik light yang padat dengan motor berada di hadapan barisan kereta yang panjang di tengah ibukota.. berdiri segaknya seorang mamat dengan moto besaq tak berapa besaq sangat dengan berfullface helmet dan kebetulan di sebelah beliau pula terdapat seorang lagi minah berskuter ingin p keja gamaknya memandang mamat tersebut berulang kali.. mamat tersebut yang berfullface tadi, dengan perasan nya ingat minah tu syok kat beliau kot, memang sesungguhnya beliau perasan semata-mata.. dan dengan yakin nya melemparkan senyuman yang tersembunyi di sebalik fullface mengharapkan senyuman beliau diterima oleh minah tadi.. dan minah tersebut tersenyum kembali =) * senyuman itu walau tersembunyi, namun boleh disampaikan melalui keikhlasan dan mata juga boleh jadi medium menyampaikan senyuman =)

rezeki

dah tetiba harini saya tersedaq dari lamunan yang panjang, apa ertinya rezeki... ehem,...dah ko ni kenapa ? terhantuk ke apa... eh, lek luuu.....takpe2, pelan2 saya akan terangkan ... seringkali kita tersalah tafsir, apa itu rezeki yang sebenaqnya.. sebut aja rezeki, jujurlah... apa yang mula2 kita bayangkan? sah2, duit yang muncul dalam fikiran, sambil simbol $ keluar secara automatik di mata kalian.... benaq kah rezeki itu, hanyalah wang semata-mata? nak tak nak, kita ni hidup dalam zaman yang benaq2 mencabar... takde duit, apa pun tak boleh, kan? itulah realiti nya... namun, kalau dipikiaqkan dengan lebih mendalam, duit bukanlah segalanya... dah terlalu lama kita menyempitkan erti dan makna sebenaq apa itu rezeki dengan menganggap rezeki=duit=harta... luaskanlah pengertian kita terhadap rezeki tu sendiri.. dengan rasa bersyukur, insyaallah, hati kita akan mendefinasikan rezeki dengan skop yang lebih luas... mempunyai masa yang lapang itu rezeki, mempunyai keluarga itu rezeki, masih