Skip to main content

sj4000 malaysia

action cam yang bernama sj4k ni dah lama wujud pun sebenaqnya... sebagai seorang yang slow poke macam wa ni, biasalah... dah lama ada dalam pasaran, barulah nak terhegeh-hegeh nak cuba sj4k ni... buat mereka yang tak tau, sj4k ni adalah alternatif untuk action cam popular seantero dunia, go pro hd yang ramai sedia maklong, memang mahal ya amat.. dekat2 1.5k, belum termasuk aksesori...






kotak pun special., tapi dtg dengan harga yg agak special jugak

jadi sebagai seorang yang amat terkenal di balakong sebagai seorang yang bijak berbelanja dan mempunyai pertimbangan yang waras, beliau pun belilah satu unit sj4k dengan dealer terus pada harga yang amat murah nak dibandingkan dengan harga pasaran.. biasa mereka2 penjual akan jual satu unit dengan rege 320++ untuk seunit, saya dapat cuma dengan harga 270 untuk full set dengan aksesori..






ni pulak sj4k... penuh aksesori.. dah macam pasang2 lego =)

setakat ni sangat2 berpuas hati dengan kualiti video dan sangat berbaloi dengan harga yang camtu... boleh support micro sd 32gb.. saya beli micro sd kingston, 32gb class 10 baru rm54... murah kalau tau mana nak cari.. kalau p cari kat kedai2 kamera tak dapat ler rege macam tu... mau 80~100++..



kat sini saya selitkan satu video first saya cuba rakam.. cuma dari rumah nak ke opis je... pendek je lepas edit.. adala kot 2 min... kalau ada kurang tu biasalah.. tak tau sangat nak guna... video ni guna chest mount... kira kamera tu dari sisi pandangan dada la... tengokla.. any komen, silalah... kerana pandangan anda, begitu berharga (* baca dengan nada iklan )cewahhhh, hehe...








Comments

  1. beli kat jalan pasar kl..
    murah2 menda2 camni kat sana

    ReplyDelete
  2. MMC tu beli kat mana?

    ReplyDelete
  3. low yat... tingkat tiga... kat corner , ada macam pasar... banyak barang longgok kat situ

    ReplyDelete
  4. macam mana nak tau ori Sj4000?

    ReplyDelete
  5. entahla bro... tak tahu mcm mana nak tau ori ke tak...
    cuma tips yg saya ada, kalau murah lain mcm tu dari harga pasaran tu, kemungkinan besar tiruan la tu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

lelaki pendiam, baran?

lelaki pendiam ni selalu kita beranggapan sebagai seorang yang susah marah, cool, pastu suka pendamkan perasaan.. serupa ada emas dalam mulut, takut betul nak buka mulut bersembang dengan orang sekeliling. takut emas tu terkeluar. itulah persepsi orang terhadap orang yang pendiam ni.. biasa2.. tapi pernah tak korang terfikir yang sebenaqnya ada kemungkinan orang yang pendiam ni sebenaqnya seorang yang skali dia marah, marah dia lebih daripada orang yang tak berapa nak pendiam.. bagi che', ada kemungkinan nya.. orang yang diam2 ni kadang2 tak tahu cara nak melepaskan kemarahan yang terpendam dalam hati.. biasanya, marah2 ini dikumpul macam bom jangka, dannnnnn boMMmm!! meletup.. bahaya dak? bahaya kan... jadi jangan disangka orang yang pendiam ni takde yang panas baran... kena mood nak meletup marahnya tu, abisla... beza dengan orang yang marahnya, sikit2 marah... marah yang macam ni, dia terlepas waktu dia marah je, lepastu, selang masa tak berapa lama, dia okay balik... macam xde

cara untuk kenal orang suka tikam belakang orang lain

cara untuk mengetahui orang yang bakal tikam belakang kita dalam mana2 institusi ni senang bangat.. berdasarkan pengalaman che' ada beberapa ciri2 yang boleh kita kenalpasti sekadar untuk berjaga-jaga dan kalau boleh elakkan dari berjumpa dan berurusan dengan orang gini.. suka mengumpat dan memburukkan orang lain depan kita.. memang syok layan bergosip dan mengumpat ini.. tapi kita kena sedaq yang dia boleh buat gitu kat orang lain, dekat kita sendiri dia nak buat perkara yang sama, celah kuku je.. so, bersedialah untuk ditikam dari belakang ya? sediakan handiplast siap2.. sakit woo kena tikam belakang, nak2 orang tu rapat sgt dengan kita ni haaa.. puas hati kalau dia dapat singkirkan orang yang dia tak suka pergi.. macam kepuasan yang amat sangat walhal mungkin lepas orang tu pegi, akan menyusahkan diri dia balik.. adakah ini yang dinamakan busuk hati? tuhan aje yang tau.. yang kita kalau duk melayan orang yang macam ni, tunggu turn la. mungkin perkara yang sama akan berlaku pada

suka menganiaya?

syukur alhamdulillah, masih bernafas, masih bahagia dan boleh dikatakan bertambah bahagia sejak dua tiga menjak ni. hee.  alhamdulillah. anda teraniaya? normal. dikelilingi manusia yang sentiasa dengan hati yang berbolak balik, contoh misalan nya sikap hasad dengki pastinya akan memberi kesan pada orang sekeliling. jadinya biar orang nak buat kita, kita jangan sekali kali buat ke orang kerana apa yang kita lakukan pasti ada pembalasan nya.  apa sahaja yang kita lakukan pasti dibalas. utk mereka yang teraniaya, bersyukurlah. letak kan pengharapan pada yang sepatutnya diletakkan pengharapan. bergantung pada diri, jika kita rasa ada sesuatu yang mampu melindungi kita lebih dariNya, berhati-hatilah.  doa orang yang teraniaya ni insyaallah makbul. muhasabah diri jika apa2 menimpa diri tu, bila menganiaya orang. senyum puas puas, gelak puas puas. "what goes around comes around". seronok puas2 harini, tapi beringat masa depan nasib kita belum tentu.  insyallah redha aje dengan ujian