Skip to main content

lelaki pendiam, baran?

lelaki pendiam ni selalu kita beranggapan sebagai seorang yang susah marah, cool, pastu suka pendamkan perasaan.. serupa ada emas dalam mulut, takut betul nak buka mulut bersembang dengan orang sekeliling. takut emas tu terkeluar. itulah persepsi orang terhadap orang yang pendiam ni.. biasa2.. tapi pernah tak korang terfikir yang sebenaqnya ada kemungkinan orang yang pendiam ni sebenaqnya seorang yang skali dia marah, marah dia lebih daripada orang yang tak berapa nak pendiam..



bagi che', ada kemungkinan nya.. orang yang diam2 ni kadang2 tak tahu cara nak melepaskan kemarahan yang terpendam dalam hati.. biasanya, marah2 ini dikumpul macam bom jangka, dannnnnn boMMmm!! meletup.. bahaya dak? bahaya kan... jadi jangan disangka orang yang pendiam ni takde yang panas baran... kena mood nak meletup marahnya tu, abisla... beza dengan orang yang marahnya, sikit2 marah... marah yang macam ni, dia terlepas waktu dia marah je, lepastu, selang masa tak berapa lama, dia okay balik... macam xde pape.. so, kita boleh tahu sikap marah macam mana yang lebih teruk sebenaqnya..



tapi kan, boleh che' ringkaskan kat sini yang, marah ni boleh dikategorikan dalam 3 spesis, iaitu>>




  1. Cepat Marah, Cepat redanya.. spesis ini memang.. menda kecik2 pun dia boleh marah... orang curi selipar, marah, tersalah cakap sikit, naik angin... menda2 kecikla senang kira.. tapi marahnya memang sekejap.. tak simpan pun dalam hati.. terus je lepaskan.. spesis ni boleh dikategorikan sebagai kurang berbahaya la.. cuma kena tahan sikit la... kadang2 pakej dengan sikap marah gini adalah suka berleter.. fuhhh...

  2. Cepat Marah, Lambat redanya.. haaa, spesis ini rare, tapi ada... jenis menda kecik ke, menda besaq ke sume nak marah.. abis semua nya tak puas hati... mengamuk macam orang xde akal tak ingat apa tu.. sape yang berpasangan dengan orang yang ada sikap gini, alangkah ruginya.. saba jela... makan hati ler seumur hidup.. pakej untuk spesis ni pulak, sifat suka berdendam.. bahaya kan?

  3. Lambat Marah, Cepat Redanya. haa, ni dalam 10 orang, 2 belum tentu ada.. kui3... sape yang ada sikap gini, sila lah mendaftar dalam club manusia paling beruntung untuk didekati.. memang terbaik sikap camnie.. dahla susah nak marah, cool je.. lepastu kalau marah, x simpan lama dalam hati.. kan baguih gitu.. sape dapat ciri2 ni dalam pasangan dia, silalah berbahagia.. sebab apa? sebab prinsip hidup mereka dalam kategori gini adalah, dalam kesenangan pun dia tenang, dalam kesusahan pun dia tenang.. memang terbaikla!



oklah, serba sikit pandangan che dalam isu marah2 ni.. bukan apa, terlalu banyak yang tertipu dengan sikap pendiam seseorang tu.. entah2, dalam kita tak sangka, orang tu yang nampaknya takdela panas baran pun , skali dia lah manusia paling panas baran pernah kita jumpa.. so, perhatilah betul2, dengan ciri2 ini, bolehlah kita kenal jenis orang yang panas baran.. 





panas baran, minta dijauhkan dari sifat ni.. sesungguhnya sabar itu lah petanda adanya iman =) rasanya penyabar ke tak diri kita ni

Comments

  1. Hahhaa..saya punya kategori takde dalam senarai top 3 tu laa..tp kira yg paling hampir num 3..saya tak penah marah..paling marah pon nangis je sebab tak reti nk marah yg macam org lain tuu..rasanya bahaya lagi kot kalau ada spesis macam saya ni..sbb tak penah marah and tak tau gaya nya marah macammana..sekali marah..mau meletupp segala yg ada!..hahaha..tp taknak laa marahmarah!..tak comel nantii!..:D

    ReplyDelete
  2. ratu qaseh saifuddin?
    fuhh... hampir tak kenal dah che'.. hehe..
    lama menyepi?
    tapi jenis2 pendam2 meletup.. bahaya... kadang2 boleh buat keputusan yang tak jangka2..

    ReplyDelete
  3. yang saya tahu orang yang pendiam ni la orang yang paling berbahaya. sebabnya, depa susah nak luahkan perasaan depa, jadi kita susah nak agak.

    kita tak tahu bila dia marah, bila dia tak marah. unpredictable omputih kata.

    karang tau2 ja dah meletup. hoho siapa susah? diri sendiri jugak susah.

    tapi saya ni bukan jenis cepat marah ke lambat marah ke, saya jenis baran kaw2 punya baran. hahahahhaha larikkkkkkkkkkkkkkk!

    ReplyDelete
  4. Baran kaw2.. Amboi.. Ngeri dengaqnya..
    Jangan sampai kes dera adik2 udahla yer kak fatin.. Kui3

    ReplyDelete
  5. Haha dera tu idok ler. Tapi biarlah saya saja yang tahu. Tet! Larikkkkk lagi. Kali ni larik jejauh ~ :P

    ReplyDelete
  6. untung kalau dpat cm yg no 3 tu . huhuhuh

    ReplyDelete
  7. Fatin.. Haha.. Mu nak lari mana.. Penang tu pulau.. Lari2., kesitu jugak peginya..

    ReplyDelete
  8. Cik rongok>
    no 3 tu ibarat permata.. Kalau jumpa, simpan la elok..
    Buat senang hati, buat penwar sakit.. Aiceh... Haha

    ReplyDelete
  9. lelaki pendiam mmg payah nak handle

    serius byk bende kite tatau

    bnyk mende kite nk tahu

    sampaikan kite bosan asyik kite je ckp ehh

    #xsume pempuan cmtu

    ReplyDelete
  10. Sebab tu lah iffah, pasangan ni kena melengkapi satu sama lain..
    Kalau sorg cakap, kenalah ada pendengarnya, ya tak..
    Lagi satu fakta dengan org yg diam ni, sekali sekali dia buat lawak, sengih sorg2 nati kang, duk teringat..

    ReplyDelete
  11. saya ada semua ciri nie mulut saya pun memang mcam lancau tahap gaban..

    ReplyDelete
  12. tanpa nama, awat nya ni.. mai habaq mai..
    macam tension jee???

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

CINTA.Luahkan atau pendamkan?

ada terima soalan kat formspring tadi..tentang meluahkan perasan..hehe..terus jadikan entry jela..sebagai penjelasan yang ringkas dan simple(apa beza ringkas ngan simple,hehe) dari perspektif pandangan iz..boleh kan?ok,.teruskan membaca dan beri pandangan korang pulak..hehe.. pendamkan atau luahkan..memang satu pilihan yang sangt sukar sebenanrnya..bagi yang berpengalaman,pasti lebih faham apa yang iz cuba nak sampaikan..ada dua risiko disini..jika kita meminati seseorang..pasti kita sentiasa akan berada dalam dilema samada nak luahkan perasaan itu atau pendamkan sahaja kerana takutkan apa akibatnya.. mudah aje sebenarnya(bukan bermaksud ambil mudah)..hehe..hurm,kalau kita pendamkan perasaan ini, sampai bila pun si dia tidak akan mengetahui isi hati kita tu..memang mungkin dia boleh agak tapi jika dia jenis yang agak lurus, dan jenis x berapa sensitif dengan perasaan orang lain?x ke dah melepas kalau dier dah punya pilihan lain.. tahu,mungkin korang pendamkan kerana takutkan apa respon

cara untuk kenal orang suka tikam belakang orang lain

cara untuk mengetahui orang yang bakal tikam belakang kita dalam mana2 institusi ni senang bangat.. berdasarkan pengalaman che' ada beberapa ciri2 yang boleh kita kenalpasti sekadar untuk berjaga-jaga dan kalau boleh elakkan dari berjumpa dan berurusan dengan orang gini.. suka mengumpat dan memburukkan orang lain depan kita.. memang syok layan bergosip dan mengumpat ini.. tapi kita kena sedaq yang dia boleh buat gitu kat orang lain, dekat kita sendiri dia nak buat perkara yang sama, celah kuku je.. so, bersedialah untuk ditikam dari belakang ya? sediakan handiplast siap2.. sakit woo kena tikam belakang, nak2 orang tu rapat sgt dengan kita ni haaa.. puas hati kalau dia dapat singkirkan orang yang dia tak suka pergi.. macam kepuasan yang amat sangat walhal mungkin lepas orang tu pegi, akan menyusahkan diri dia balik.. adakah ini yang dinamakan busuk hati? tuhan aje yang tau.. yang kita kalau duk melayan orang yang macam ni, tunggu turn la. mungkin perkara yang sama akan berlaku pada