arini 15 feb 2013, hari yang mungkin takkan dapat dilupakan oleh sahabat che', izzad ismail yang mana, ayahnya telah pulang ke rahmatullah.. berita yang tak disangka-sangka sebab memang sangat mengejut dapat mesej dari dia sehari sebelum cakap ayah dia sakit.. tup2, petang tu jugak arwah menghembuskan nafas terakhir..
allahurabbi, betapa jelasnya peringatan yang mengatakan bahawa ajal itu tak akan ditangguhkan walau sesaat.. dalam kita harini duk gelak2, duk seronok dengan segala apa yang kita ada, dilekakan dengan segalanya, ajal sentiasa ada depan kita.. hurm., pengajaran apa lagi yang lebih baik untuk kita selain dari mengingati mati..
selaku anak sulung dalam keluarga, sememangnya ini adalah satu beban yang teramat besar untuk ditanggung oleh sahabat che tu..dialah yang akan mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga.. che' nampak betapa beratnya untuk dia tanggung semua ni.. malam semalam, dalam duk berada dalam majlis tahlil, baca yassin.. che' perhati je sahabat che, che nampak memang dia tak boleh nak tanggung sebak, menangis sambil baca surah yassin..
kematian itu pasti.. terpulanglah kepada kita untuk mengambil pengajaran darinya.. yang hidup ini, anggaplah ia satu ujian untuk kita menjadi seorang yang lebih tabah dan mampu untuk mengharunginya. rasa kehilangan itu teramatlah perit, tapi kita kena selalu ingatkan diri yang tiada apa lagi yang boleh kita hantarkan kepada yang telah pergi melainkan doa agar arwah sentiasa didalam lindungan Allah s.w.t, terpelihara dari siksa kubur.. insyaallah..
dalam tazkirah ringkas malam tu time tahlil, apa yang che' ingat.. satu je.. pesan ustaz apa nama entah itu, kalau hati kita keras, ada 3 cara yang boleh melembutkan hati tu, first.. selalulah hadir dalam majlis2 ilmu, dengar.. kalau xnak dengar pun, just duk je dalam majlis ilmu tu..kalau hati duk keras gitu gak, step kedua, banyakkan melawat orang yang sakit.. peringatan jika kita yang berada di tempat orang yang sakit tu.. kalau hati masih keras serupa batu, step ketiga, lawat2lah tanah perkuburan.. motif? untuk mengingatkan diri yang bila2 masa je kita boleh dijemput oleh ajal.. moga bermanfaat =)

Comments
Post a Comment