Skip to main content

kenangan mengusik jiwa, aiceh =)






Entah kenapa tengah hari gini , satu masa yang memang sangat tidak sesuai untuk terkenangkan kenangan2 manis lalu..  Tapi sejujurnya che' tak pasti betul ke kenangan ni manis ke pahit sebenaqnya.. Namun biaq p lah.. Perkara dah lepas... Kan? Sabaq jelah...sekali- teringat macam ni, nak senyum pun ada, nak sebak pun ada.. Tapi betapa tak gangster kiranya jika lelaki nak sebak2 ni.. Lemah je rasanya.. Kan?








Dalam zaman muda remaja dulu2, biasalah.. Hati che' pernahlah disentuh oleh seorang wanita ni.. Che' asalnya betul2 tak faham dengan perasaan ni.. Seorang yang che' rasakan seorang teman biasa, rupanya adalah seorang yang boleh mengakibatkan rasa2 suka tu ada..







Sebab tu lah seringkali che' jadikan kenangan ni satu pengajaran untuk che' jangan cuba2 untuk cuba permainkan perasaan orang lain sebab che' pernah rasa betapa sakitnya rasa ditinggalkan, rasa dikhianati ni.. Sakit dia makan tahun jugaklah.. Rasa murung, rasa kecewa yang memang tak terbendung punya.. Nasib baik ler ada kawan2 yang boleh tunjuk jalan nak dapat tune balik hidup waktu tu ntuk jadi normal balik..







Hingga hari ni che' ingat yang kenangan inilah yang betul2 merubah che' untuk lebih menghargai perasaan seseorang dan lebih menghargai perasaan sendiri sebenaqnya.. Bolehlah dikatakan trauma untuk mendekati wanita... Tak pernah lagi terfikir untuk bercinta segala... Sebelum tiba masanya, berkawan jelah seadanya..



Takmo berlebih-lebih.. layanan che' pada wanita atas dasar hormat.. Sama je layanan nya... Tak pernah nak berlebih-lebih takut termainkan perasaan orang ataupun takut untuk terperasan sukakan seseorang... Bukan senang nak hadapi rasa sakit ni... Alah, macamlah angpa ni tak pernah rasa ditinggalkan.. Kalau tak pernah rasa tu, bersyukurlah.. Kalau dah pernah rasa, pun bersyukur jugak sebab menda2 ginilah yang sebenarnya akan mematangkan kita untuk masa2 mendatang ini..



Adoi, terpanjang sikitlah entry  kali ni.. Maaf ler kalau terklik pastu terbaca entry ni.. Terseksa je rasa baca luahan hati orang ni kan.. Sejujurnya memang che' tak selesa nak luahkan tapi nak buat guane.. Kat perenggan pertama tu pun dah pesan awal2 yang terkenang kenangan lalu.. Kalau dah terkenang biasalah kalau terbawa-bawa meleret-leret..



Sudah cukup sudah.. Timbul satu persoalan... Adusssss... Camne nak buat ending entry ni? Haha.. Korang pernah rasa kecewa macam nih? Ceciter pengalaman angpa dan camne angpa boleh atasi rasa kecewanya tu.. Tq... Assalamualaikum...

Comments

  1. pernah sekali rasa kecewa jatuh tp kuat kn diri bangkit semula dgn hrpn dipertemukan yg lbh baik..

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam.
    Kecewa's~? hmm..kembali pd Allah.semua perasaan tu kn dtg dripd Allah..luahkan pd Allah..Dia yang Maha Mengetahui.Ingt ..Semua hnya pinjamn..so kite x kn kecewa.InsyaAllah.Dunia nie hanyalh permainn dan senda gurauan.Negeri akhirat tu lah y lebih baik bg y beriman dan bertaqwa.

    ReplyDelete
  3. EJA>
    bukan dah jumpa tunggu masa je ke skrg ni..
    kan? hehe..
    moga bahagia =)

    ReplyDelete
  4. novelgurl >>

    itulah yang sepatutnya..
    tapi biasalah..kelemahan manusia... kelemahan saya sendiri waktu tu..
    nak buat gimana sih..hehe

    alhamdulillah, pengajaran untuk masa depan jugak =) kan?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

lelaki pendiam, baran?

lelaki pendiam ni selalu kita beranggapan sebagai seorang yang susah marah, cool, pastu suka pendamkan perasaan.. serupa ada emas dalam mulut, takut betul nak buka mulut bersembang dengan orang sekeliling. takut emas tu terkeluar. itulah persepsi orang terhadap orang yang pendiam ni.. biasa2.. tapi pernah tak korang terfikir yang sebenaqnya ada kemungkinan orang yang pendiam ni sebenaqnya seorang yang skali dia marah, marah dia lebih daripada orang yang tak berapa nak pendiam.. bagi che', ada kemungkinan nya.. orang yang diam2 ni kadang2 tak tahu cara nak melepaskan kemarahan yang terpendam dalam hati.. biasanya, marah2 ini dikumpul macam bom jangka, dannnnnn boMMmm!! meletup.. bahaya dak? bahaya kan... jadi jangan disangka orang yang pendiam ni takde yang panas baran... kena mood nak meletup marahnya tu, abisla... beza dengan orang yang marahnya, sikit2 marah... marah yang macam ni, dia terlepas waktu dia marah je, lepastu, selang masa tak berapa lama, dia okay balik... macam xde

cara untuk kenal orang suka tikam belakang orang lain

cara untuk mengetahui orang yang bakal tikam belakang kita dalam mana2 institusi ni senang bangat.. berdasarkan pengalaman che' ada beberapa ciri2 yang boleh kita kenalpasti sekadar untuk berjaga-jaga dan kalau boleh elakkan dari berjumpa dan berurusan dengan orang gini.. suka mengumpat dan memburukkan orang lain depan kita.. memang syok layan bergosip dan mengumpat ini.. tapi kita kena sedaq yang dia boleh buat gitu kat orang lain, dekat kita sendiri dia nak buat perkara yang sama, celah kuku je.. so, bersedialah untuk ditikam dari belakang ya? sediakan handiplast siap2.. sakit woo kena tikam belakang, nak2 orang tu rapat sgt dengan kita ni haaa.. puas hati kalau dia dapat singkirkan orang yang dia tak suka pergi.. macam kepuasan yang amat sangat walhal mungkin lepas orang tu pegi, akan menyusahkan diri dia balik.. adakah ini yang dinamakan busuk hati? tuhan aje yang tau.. yang kita kalau duk melayan orang yang macam ni, tunggu turn la. mungkin perkara yang sama akan berlaku pada

suka menganiaya?

syukur alhamdulillah, masih bernafas, masih bahagia dan boleh dikatakan bertambah bahagia sejak dua tiga menjak ni. hee.  alhamdulillah. anda teraniaya? normal. dikelilingi manusia yang sentiasa dengan hati yang berbolak balik, contoh misalan nya sikap hasad dengki pastinya akan memberi kesan pada orang sekeliling. jadinya biar orang nak buat kita, kita jangan sekali kali buat ke orang kerana apa yang kita lakukan pasti ada pembalasan nya.  apa sahaja yang kita lakukan pasti dibalas. utk mereka yang teraniaya, bersyukurlah. letak kan pengharapan pada yang sepatutnya diletakkan pengharapan. bergantung pada diri, jika kita rasa ada sesuatu yang mampu melindungi kita lebih dariNya, berhati-hatilah.  doa orang yang teraniaya ni insyaallah makbul. muhasabah diri jika apa2 menimpa diri tu, bila menganiaya orang. senyum puas puas, gelak puas puas. "what goes around comes around". seronok puas2 harini, tapi beringat masa depan nasib kita belum tentu.  insyallah redha aje dengan ujian