Skip to main content

my dream wedding, uweeekkkkk !

jam menunjukkan pukul 3 pagi.. dan sama sekali tak menampakkan tanda2 mengantuk... alangkah susah nya nak lelapkan mata.. tak peliklah sekiranya tidur itu sendiri sebenarnya nikmat yang sangat besar.. kan? dah tak dapat tidur barulah nak menghargai nikmat tidur.. biasalah tu..manusia2.. hihi



well, mencari tajuk untuk dihupdate pagi2 buta malam isnin ni.. tajuk yang tiba2 je terlintas iaitu dream wedding.. amacam? class ko jah.. kah3.. apa, ingat lelaki tak boleh wedding dream ke hape... nak merepek sat lah kat blog satu ni haa...



dalam seronok tengok memember melangkah ke alam perkahwinan, mulalah fikiran ni nak ke arah itu.. antara impian untuk wedding ni nanti? sat, buat list.. aicehhh.. kemain kan..haha




  1. uniform takmo yang mainstream sangat lah.. ingat nak pakai jubah and berserban dalam majlis perkahwinan tu.. err, jubah warna hijo, sepasang dengan isteri lah.. takkan lelaki nak kaler hijo, bini jubah warna ungu pulak.. aneh sangat tu.

  2. pelamin kalu boleh simple je, tu pun tak mo lah letak kat luaq, set pelamin dalam rumah sudaalah.. segan lah orang ramai sangat tengok.. biaq family sedara mara je tengok..

  3. lauk pauk pun taknak la lauk tipikal kenduri.. nak lauk, masakan kampung.. ada ulam2, sambal belacan ke, siap tempoyak... wuisy.. sedapnya.. ikan masin sikit...baru naik selera.. * ada lagi ke selera nak makan time tu? kui3

  4. waktu che' ngan bini makan, diselit sikit ceramah oleh ustaz kat taman ni haa, biaq ada doa2 untuk che.. kalau ada kumpulan qasidah ke lagi molek.. mantap kebaboom sikit kenduri tu.

  5. etc.. akan ditambah mengikut kesesuaian masa.. hihi



hai, nak juga berimpian jugak.. jarang dengar lelaki wat entry dream wedding ni kan? kih3.. sabo jela..





*dalam setiap majlis perkahwinan, che' nampak bagaimana si lelaki menyempurnakan iman nya dan si perempuan yang terhindar jauh dari fitnah =)

Comments

  1. seronoknya kawin..semoga perkahwinan impian jd kenyataan..haha..lauk pauk tu yg paling best..ada udang masak sambal tempoyak pon sodap..

    ReplyDelete
  2. kawen memang seronok pon.. so bila lagi bro? btw,udang masak sambal.. boleh dipertimbangkan.. haha

    amin2..

    ReplyDelete
  3. amboiii...hampir terlompat sikit pepagi ni bila tgk tajuk entri iz..hahaha..

    Alhamdulillah baguslah kalau dah ada impian majlis mcm gitu..:)
    semoga tercapai impian tu kelak..

    Anyway iz, sy dah tukar url blog, boleh x iz add semula sbb ada yg mengadu xboleh bukak..


    faraada.blogspot.com

    mekasehh :)

    ReplyDelete
  4. Amboi., sampai melompat.. Dasatnya effect nya tuh.. Hihi

    Insyaallah, mudah-mudahan..
    Ok, otw nak follow :)

    ReplyDelete
  5. oh meng din!!!pak2 kebum2 lh ye taun dpn kalu dh ade entri gini...uwekkkk...:p

    ReplyDelete
  6. Nak pak2 kebum2 camne, kalau calon xde... Haha

    Mirul dulu kot...

    ReplyDelete
  7. yelah...first time baca blog lelaki dengan wedding dreams..hehe..

    takpela..unutng bakal isteri..

    kebykan lelaki malas nak pikir kal kawen..kasik duit je..settle..

    ReplyDelete
  8. Well, kawen sekali je... Kalau satu isteri la... Kui3..
    Kenalah fikirkan sesuatu yang betul2 boleh dijadikan kenangan untuk anak cucu.. ' oh mennnnn, makin jauh fikirnya nih.. Hehe

    ReplyDelete
  9. ok iz thanks in advances sbb dah nampak iz masuk dlm list recent visitors means iz dah leh masuk url tu..
    mekaseh byk.. :)
    sng2 sgah lg ye :)

    ReplyDelete
  10. Insyaallah... Singgah punya...
    Btw, kenapa ada tukar url tu?
    Che' riso nak tukar sebab takut banyak masalah..

    ReplyDelete
  11. amboi dah berangan nk menikah ke hee

    ReplyDelete
  12. Dah lama dah berangan.. Kalau ada calon,
    Anytime.. Kemain... Kui3..
    Recommend sikit.. Kah3.. X malu...

    ReplyDelete
  13. cheq pun sama. nk simple2 tp bermakna. huu. tak sbar plak nk kawen. haha. tapi calon pun takde nk kawen mende yek. haha

    Jom singgah baca sekejap =)
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/11/7x-umur-dunia.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

lelaki pendiam, baran?

lelaki pendiam ni selalu kita beranggapan sebagai seorang yang susah marah, cool, pastu suka pendamkan perasaan.. serupa ada emas dalam mulut, takut betul nak buka mulut bersembang dengan orang sekeliling. takut emas tu terkeluar. itulah persepsi orang terhadap orang yang pendiam ni.. biasa2.. tapi pernah tak korang terfikir yang sebenaqnya ada kemungkinan orang yang pendiam ni sebenaqnya seorang yang skali dia marah, marah dia lebih daripada orang yang tak berapa nak pendiam.. bagi che', ada kemungkinan nya.. orang yang diam2 ni kadang2 tak tahu cara nak melepaskan kemarahan yang terpendam dalam hati.. biasanya, marah2 ini dikumpul macam bom jangka, dannnnnn boMMmm!! meletup.. bahaya dak? bahaya kan... jadi jangan disangka orang yang pendiam ni takde yang panas baran... kena mood nak meletup marahnya tu, abisla... beza dengan orang yang marahnya, sikit2 marah... marah yang macam ni, dia terlepas waktu dia marah je, lepastu, selang masa tak berapa lama, dia okay balik... macam xde

cara untuk kenal orang suka tikam belakang orang lain

cara untuk mengetahui orang yang bakal tikam belakang kita dalam mana2 institusi ni senang bangat.. berdasarkan pengalaman che' ada beberapa ciri2 yang boleh kita kenalpasti sekadar untuk berjaga-jaga dan kalau boleh elakkan dari berjumpa dan berurusan dengan orang gini.. suka mengumpat dan memburukkan orang lain depan kita.. memang syok layan bergosip dan mengumpat ini.. tapi kita kena sedaq yang dia boleh buat gitu kat orang lain, dekat kita sendiri dia nak buat perkara yang sama, celah kuku je.. so, bersedialah untuk ditikam dari belakang ya? sediakan handiplast siap2.. sakit woo kena tikam belakang, nak2 orang tu rapat sgt dengan kita ni haaa.. puas hati kalau dia dapat singkirkan orang yang dia tak suka pergi.. macam kepuasan yang amat sangat walhal mungkin lepas orang tu pegi, akan menyusahkan diri dia balik.. adakah ini yang dinamakan busuk hati? tuhan aje yang tau.. yang kita kalau duk melayan orang yang macam ni, tunggu turn la. mungkin perkara yang sama akan berlaku pada

suka menganiaya?

syukur alhamdulillah, masih bernafas, masih bahagia dan boleh dikatakan bertambah bahagia sejak dua tiga menjak ni. hee.  alhamdulillah. anda teraniaya? normal. dikelilingi manusia yang sentiasa dengan hati yang berbolak balik, contoh misalan nya sikap hasad dengki pastinya akan memberi kesan pada orang sekeliling. jadinya biar orang nak buat kita, kita jangan sekali kali buat ke orang kerana apa yang kita lakukan pasti ada pembalasan nya.  apa sahaja yang kita lakukan pasti dibalas. utk mereka yang teraniaya, bersyukurlah. letak kan pengharapan pada yang sepatutnya diletakkan pengharapan. bergantung pada diri, jika kita rasa ada sesuatu yang mampu melindungi kita lebih dariNya, berhati-hatilah.  doa orang yang teraniaya ni insyaallah makbul. muhasabah diri jika apa2 menimpa diri tu, bila menganiaya orang. senyum puas puas, gelak puas puas. "what goes around comes around". seronok puas2 harini, tapi beringat masa depan nasib kita belum tentu.  insyallah redha aje dengan ujian