Skip to main content

hari pertama di tempat baru dan hantu di bangunan marinara



hari ke 5 lepas pindah opis baru... suasana? masih kekok tapi dengan team kpj wellness, sume nya ok sangat.. takde masalah, happy2 aje...  selesa? memang sangat selesa... sejuk, meja pun besar... ada view2 kl ni sikit... pastu parking sume senang... cuma nak menghadap jem nak ke tempat keja jela yang berat nanang sikit.. (*sebenarnya berat nanang ni apo sebenarnya?, kui3)



duduk dengan marketing ni memang agak kekok sebenarnya.. tak berapa nak ngam.. mungkin awal2 je kot... tapi xpe... kita tengokla lama2 nanti camne.. boleh punyalah.. masing2 duk segan2, duk senyum2 je... kenal nama pun tak lagi... Pn Rafeah? pun setakat ni xde masalah.. siap blanje makan durian dengan manggis lagi hari pertama... nak segan2 makan durian kat opis? takde der.. hilangkan keseganan, tingkatkan prestasi makan durian... kui3





susunan meja che'? ya rabbi.. kena ada penasihat sikitla.. awat rasa kosong sangat nih? kalau ada lampu2 sikit ke, lampu belajar sepam dua ke... molekla sikit.. ingat hujung minggu ni nak jugakla mencari hiasan kat meja ni... akuarium ke, ambi pur ke... nak bagi sedap mata memandang pun okay sudah..  nak keja pun selesa sikit..



semalam kat sini ada jemput ustaz tu mai baca yassin kat opis ni haa... siap dengan air limau, dengan tazkirah sikit2... mungkin nak elak gangguan2 jin dan syaiton kat tempat baru ni.. yela, menara marinara ni berapa tahun dah kosong... ntah apa yang duduk sini sebelum ni, kita pun tak tau... jadi, nak elakkan gangguan2 ni, elok juga tempat baru ni kita biasakan dengan majlis2 bacaan yassin ni, ye tak? xpela.. xde apa punyalah (*sedapkan hati, hihi)





>> ada yang ada pengalaman kena gangguan2 dari makhluk halus ni tak? cer kongsi sikit pengalaman korang =)

Comments

  1. Bela ikan belaga buh dalam balang kaca kecik tu omey angat!

    ReplyDelete
  2. fatin.. ikan belaga tu, ikan laga kah? hehe.. x tahu... kui3..

    ingat nak beli jugakla akuarium tuh.. serius, rasa kosong je meja tu... ada lampu2 sikit baru best..

    ReplyDelete
  3. ha ah la kot. saya panggil ikan belaga ja. yang kecik warna warni tu kan.

    Amboi siap lampu bagai. Ni meja kerja ke funfair? haha

    ReplyDelete
  4. funfair pun okay jugak..
    ceria sikit nak ngadap meja keja tu hari2.. hehe =)

    ReplyDelete
  5. Awak tak payah beli akuarium, buat semak ja. Awak beli yang pasu lutsinar tu ala yang macam mangkuk dekat kedai rm5 ada jual, pastu buh ikan laga sekoq, wuii tantik angat! Menyerikan mata hari-hari tengok baru naikkan sikit semangat nak buat kerja ye dak?

    Kalau tak cukup satu , beli la 2-3 balang tu. wallah!

    ReplyDelete
  6. bestnya tempat keja diaaa...
    hukhuk tempat keja ku hanya sekadar seperti bekerja di kilang shj..tp xmengapalah..asalkan rezekiku yg halal InshaAllah :)
    selamat bertambah semangat nk keja ye kalau da tempat baru tu...jgn tido2 lak sbb nampak cm sedap kalau dibuat port tido pepetang tu iz..hehe

    ReplyDelete
  7. tapi pasu tu takleh buh lampu2 macam akuarium.. tapi tulah fatin, nak survey pun tak sempat..keja je.. hehe.. tgkla ada masa sikit sat ujung mggu..

    ReplyDelete
  8. fara>

    yang penting fara, tempat keja kita tu suasana dia best selesa keja..

    kan? alhamdulillah, che' dapat keja kena dgn jiwa... hehe

    kalau tak boleh sakit jiwa wooo... =)

    ReplyDelete
  9. xde pengalaman xpe.. lagi elok..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

lelaki pendiam, baran?

lelaki pendiam ni selalu kita beranggapan sebagai seorang yang susah marah, cool, pastu suka pendamkan perasaan.. serupa ada emas dalam mulut, takut betul nak buka mulut bersembang dengan orang sekeliling. takut emas tu terkeluar. itulah persepsi orang terhadap orang yang pendiam ni.. biasa2.. tapi pernah tak korang terfikir yang sebenaqnya ada kemungkinan orang yang pendiam ni sebenaqnya seorang yang skali dia marah, marah dia lebih daripada orang yang tak berapa nak pendiam.. bagi che', ada kemungkinan nya.. orang yang diam2 ni kadang2 tak tahu cara nak melepaskan kemarahan yang terpendam dalam hati.. biasanya, marah2 ini dikumpul macam bom jangka, dannnnnn boMMmm!! meletup.. bahaya dak? bahaya kan... jadi jangan disangka orang yang pendiam ni takde yang panas baran... kena mood nak meletup marahnya tu, abisla... beza dengan orang yang marahnya, sikit2 marah... marah yang macam ni, dia terlepas waktu dia marah je, lepastu, selang masa tak berapa lama, dia okay balik... macam xde

cara untuk kenal orang suka tikam belakang orang lain

cara untuk mengetahui orang yang bakal tikam belakang kita dalam mana2 institusi ni senang bangat.. berdasarkan pengalaman che' ada beberapa ciri2 yang boleh kita kenalpasti sekadar untuk berjaga-jaga dan kalau boleh elakkan dari berjumpa dan berurusan dengan orang gini.. suka mengumpat dan memburukkan orang lain depan kita.. memang syok layan bergosip dan mengumpat ini.. tapi kita kena sedaq yang dia boleh buat gitu kat orang lain, dekat kita sendiri dia nak buat perkara yang sama, celah kuku je.. so, bersedialah untuk ditikam dari belakang ya? sediakan handiplast siap2.. sakit woo kena tikam belakang, nak2 orang tu rapat sgt dengan kita ni haaa.. puas hati kalau dia dapat singkirkan orang yang dia tak suka pergi.. macam kepuasan yang amat sangat walhal mungkin lepas orang tu pegi, akan menyusahkan diri dia balik.. adakah ini yang dinamakan busuk hati? tuhan aje yang tau.. yang kita kalau duk melayan orang yang macam ni, tunggu turn la. mungkin perkara yang sama akan berlaku pada

suka menganiaya?

syukur alhamdulillah, masih bernafas, masih bahagia dan boleh dikatakan bertambah bahagia sejak dua tiga menjak ni. hee.  alhamdulillah. anda teraniaya? normal. dikelilingi manusia yang sentiasa dengan hati yang berbolak balik, contoh misalan nya sikap hasad dengki pastinya akan memberi kesan pada orang sekeliling. jadinya biar orang nak buat kita, kita jangan sekali kali buat ke orang kerana apa yang kita lakukan pasti ada pembalasan nya.  apa sahaja yang kita lakukan pasti dibalas. utk mereka yang teraniaya, bersyukurlah. letak kan pengharapan pada yang sepatutnya diletakkan pengharapan. bergantung pada diri, jika kita rasa ada sesuatu yang mampu melindungi kita lebih dariNya, berhati-hatilah.  doa orang yang teraniaya ni insyaallah makbul. muhasabah diri jika apa2 menimpa diri tu, bila menganiaya orang. senyum puas puas, gelak puas puas. "what goes around comes around". seronok puas2 harini, tapi beringat masa depan nasib kita belum tentu.  insyallah redha aje dengan ujian