Skip to main content

jika nabi masih bersama kita






pernah tak kita terfikir bila kita duk2 santai, dalam kekosongan jiwa, dalam terlalu banyak kekurangan dalam diri, hanyut dalam dosa sendiri yang tak terkira banyaknya, ketika itu nabi ada bersama dengan kita?



pasti rasa malu itu ada untuk menatap wajah nabi s.a.w. apa yang kita nak katakan ada rasullallah s.a.w? pasti terlalu banyak yang kita ingin adukan pada rasulallah s.a.w kan.. hurm.. sedih mengingatkan jika kita dapat bertemu rasulallah s.a.w dalam keadaan kita sekarang ini.. terlalu jauh dengan rasa kecintaan kepada nabi... terlalu banyak dosa.. terlalu banyak kekhilafan dalam diri..



terlalu senang untuk kita terjerumus dalam dosa.. begitu mudah untuk kita hanyut dalam kemaksiatan.. terlalu hina sebenarnya untuk kita menghadap kekasih allah s.w.t. layakkah kita untuk menjadi pencinta rasul? sunnah pun masih ada perasaan malu.. sunnah dalam perbuatan, sunnah dalam amalan seharian..



jika bolehlah diri ini yang hina dan kotor ini dapat berjumpa dengan rasullallah s.a.w, teringin nak minta didoakan untuk ditetapkan hati untuk mencintai Allah dan rasul.. sentiasa istiqamah dalam beribadah.. susah untuk kita berada dalam istiqamahnya kita dalam keadaan beriman.. terlalu banyak ujian untuk hidup dalam zaman ni.. hati yang rapuh, dengan ujian paling kecil sekalipun dapat menggoyahkan iman..



Rasullallah s.a.w, jika baginda bersama kita harini, pasti banyak masalah umat dapat diselesaikan.. namun, hakikat perlu diterima... kembalilah kepada islam.. tak pernah terlambat untuk memperbaiki diri.. tak pernah terlewat untuk bertaubat selagi nyawa belum ditarik.. tiada istilah bertangguh dalam kembali kejalan diredhai allah.. sayangilah sunnah2 nabi.. ikutla mana yang termampu..



andai rasulallah s.a.w bersama kita, apa yang ingin kita katakan??

Comments

  1. rasa sedih...
    betol apa yang awak tulis dalm entry ni... kita jauh bezanya. nak jumpa rasullullah pun segan dgn terlalu bnyak khilaf...

    Namun dlam hati mendambakan utk bertemu baginda. Masih kuat rasa rindu....

    Sama-sama kita terus hidupkan sunnah rasullullah.

    ReplyDelete
  2. Itula.. Kena biasakan diri untuk mengamalkan sunnah2 nabi, terutamanya bab akhlak..
    Moga kita sentiasa didekatkan diri untuk mencintai nabi..
    Walau tak pernah bersua, rasa rindu itu sangatlah terasa..

    ReplyDelete
  3. sedaya upaya memperbaiki diri -.-

    baginda syg kan kita walau tak pernah bersua....

    ReplyDelete
  4. tq bro. perkongsian yang baik. buat aku melihat diri.

    ReplyDelete
  5. Harap kita juga mencintai nabi., walau tak pernah bersua..

    ReplyDelete
  6. Aku pun.. Bila lihat diri, cerminkan balik..
    Alahaiii..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

lelaki pendiam, baran?

lelaki pendiam ni selalu kita beranggapan sebagai seorang yang susah marah, cool, pastu suka pendamkan perasaan.. serupa ada emas dalam mulut, takut betul nak buka mulut bersembang dengan orang sekeliling. takut emas tu terkeluar. itulah persepsi orang terhadap orang yang pendiam ni.. biasa2.. tapi pernah tak korang terfikir yang sebenaqnya ada kemungkinan orang yang pendiam ni sebenaqnya seorang yang skali dia marah, marah dia lebih daripada orang yang tak berapa nak pendiam.. bagi che', ada kemungkinan nya.. orang yang diam2 ni kadang2 tak tahu cara nak melepaskan kemarahan yang terpendam dalam hati.. biasanya, marah2 ini dikumpul macam bom jangka, dannnnnn boMMmm!! meletup.. bahaya dak? bahaya kan... jadi jangan disangka orang yang pendiam ni takde yang panas baran... kena mood nak meletup marahnya tu, abisla... beza dengan orang yang marahnya, sikit2 marah... marah yang macam ni, dia terlepas waktu dia marah je, lepastu, selang masa tak berapa lama, dia okay balik... macam xde

cara untuk kenal orang suka tikam belakang orang lain

cara untuk mengetahui orang yang bakal tikam belakang kita dalam mana2 institusi ni senang bangat.. berdasarkan pengalaman che' ada beberapa ciri2 yang boleh kita kenalpasti sekadar untuk berjaga-jaga dan kalau boleh elakkan dari berjumpa dan berurusan dengan orang gini.. suka mengumpat dan memburukkan orang lain depan kita.. memang syok layan bergosip dan mengumpat ini.. tapi kita kena sedaq yang dia boleh buat gitu kat orang lain, dekat kita sendiri dia nak buat perkara yang sama, celah kuku je.. so, bersedialah untuk ditikam dari belakang ya? sediakan handiplast siap2.. sakit woo kena tikam belakang, nak2 orang tu rapat sgt dengan kita ni haaa.. puas hati kalau dia dapat singkirkan orang yang dia tak suka pergi.. macam kepuasan yang amat sangat walhal mungkin lepas orang tu pegi, akan menyusahkan diri dia balik.. adakah ini yang dinamakan busuk hati? tuhan aje yang tau.. yang kita kalau duk melayan orang yang macam ni, tunggu turn la. mungkin perkara yang sama akan berlaku pada

suka menganiaya?

syukur alhamdulillah, masih bernafas, masih bahagia dan boleh dikatakan bertambah bahagia sejak dua tiga menjak ni. hee.  alhamdulillah. anda teraniaya? normal. dikelilingi manusia yang sentiasa dengan hati yang berbolak balik, contoh misalan nya sikap hasad dengki pastinya akan memberi kesan pada orang sekeliling. jadinya biar orang nak buat kita, kita jangan sekali kali buat ke orang kerana apa yang kita lakukan pasti ada pembalasan nya.  apa sahaja yang kita lakukan pasti dibalas. utk mereka yang teraniaya, bersyukurlah. letak kan pengharapan pada yang sepatutnya diletakkan pengharapan. bergantung pada diri, jika kita rasa ada sesuatu yang mampu melindungi kita lebih dariNya, berhati-hatilah.  doa orang yang teraniaya ni insyaallah makbul. muhasabah diri jika apa2 menimpa diri tu, bila menganiaya orang. senyum puas puas, gelak puas puas. "what goes around comes around". seronok puas2 harini, tapi beringat masa depan nasib kita belum tentu.  insyallah redha aje dengan ujian