Skip to main content

team building KPJ HQ

buat kali pertama nya lah kami berjaya jugak buat team building setelah lama jugakla bersama kpjwellness... walaupun takla jauh sangat peginya, buat dekat hq ni je... tapi okayla... dapat la jugak menaikkan semangat ke tahap fuhhhh... semangatnya nak p keja... rasa macam nak duk opis je xmo balik dah.. kih3...







tahun ni operation meeting, nampak dah bertambah keluarga wellness ni haaa... dari dulu kecik je, adalah dalam 20++ lebih orang, tahun ni je nak dekat 40 orang dah... ni pun nak tambah bukak cawangan kat kpj2 lain nya... makin bertambah manpower, harapnya makin bertambah la profit kat kpj, makin bertambah la bonus nya untuk kami staff2 ni haa... simple matematik... kih3...



salah satu yang paling penting dalam teambuilding ni, ujian karakterisitik tu.. 4 pecahan karakteristik, yang selama ni mungkin kita tak pernah perasan... menda2 nilah yang membuatkan kita ni selalu je salah faham kan.. ingatkan konflik dari gen x,y yang bertahun-tahun merupakan punca yang selalu dipersalahkan.. rupa-rupanya, karakteristik dari DiSC ni pun salah satu punca.. we are not speaking the same language... macam itik dengan ayam... mana x salah faham..



tu belum masuk kes haka dance, bollywood dance... banyak rupa nya bakat2 terpendam dalam staf2 ni haaa.. ada yang menari sebiji macam salman khan, ada yang menari setempat.. yang macam robot pun melambak.. tak kisahla.. yang penting masing2 sporting kan, dan enjoy! hehe... itu yang paling penting yer idak?



ni kat bawah saya ada buat sikit video kenang-kenangan... sila lah tatap aksi memasing yang......hihi





Comments

Popular posts from this blog

lelaki pendiam, baran?

lelaki pendiam ni selalu kita beranggapan sebagai seorang yang susah marah, cool, pastu suka pendamkan perasaan.. serupa ada emas dalam mulut, takut betul nak buka mulut bersembang dengan orang sekeliling. takut emas tu terkeluar. itulah persepsi orang terhadap orang yang pendiam ni.. biasa2.. tapi pernah tak korang terfikir yang sebenaqnya ada kemungkinan orang yang pendiam ni sebenaqnya seorang yang skali dia marah, marah dia lebih daripada orang yang tak berapa nak pendiam.. bagi che', ada kemungkinan nya.. orang yang diam2 ni kadang2 tak tahu cara nak melepaskan kemarahan yang terpendam dalam hati.. biasanya, marah2 ini dikumpul macam bom jangka, dannnnnn boMMmm!! meletup.. bahaya dak? bahaya kan... jadi jangan disangka orang yang pendiam ni takde yang panas baran... kena mood nak meletup marahnya tu, abisla... beza dengan orang yang marahnya, sikit2 marah... marah yang macam ni, dia terlepas waktu dia marah je, lepastu, selang masa tak berapa lama, dia okay balik... macam xde

cara untuk kenal orang suka tikam belakang orang lain

cara untuk mengetahui orang yang bakal tikam belakang kita dalam mana2 institusi ni senang bangat.. berdasarkan pengalaman che' ada beberapa ciri2 yang boleh kita kenalpasti sekadar untuk berjaga-jaga dan kalau boleh elakkan dari berjumpa dan berurusan dengan orang gini.. suka mengumpat dan memburukkan orang lain depan kita.. memang syok layan bergosip dan mengumpat ini.. tapi kita kena sedaq yang dia boleh buat gitu kat orang lain, dekat kita sendiri dia nak buat perkara yang sama, celah kuku je.. so, bersedialah untuk ditikam dari belakang ya? sediakan handiplast siap2.. sakit woo kena tikam belakang, nak2 orang tu rapat sgt dengan kita ni haaa.. puas hati kalau dia dapat singkirkan orang yang dia tak suka pergi.. macam kepuasan yang amat sangat walhal mungkin lepas orang tu pegi, akan menyusahkan diri dia balik.. adakah ini yang dinamakan busuk hati? tuhan aje yang tau.. yang kita kalau duk melayan orang yang macam ni, tunggu turn la. mungkin perkara yang sama akan berlaku pada

suka menganiaya?

syukur alhamdulillah, masih bernafas, masih bahagia dan boleh dikatakan bertambah bahagia sejak dua tiga menjak ni. hee.  alhamdulillah. anda teraniaya? normal. dikelilingi manusia yang sentiasa dengan hati yang berbolak balik, contoh misalan nya sikap hasad dengki pastinya akan memberi kesan pada orang sekeliling. jadinya biar orang nak buat kita, kita jangan sekali kali buat ke orang kerana apa yang kita lakukan pasti ada pembalasan nya.  apa sahaja yang kita lakukan pasti dibalas. utk mereka yang teraniaya, bersyukurlah. letak kan pengharapan pada yang sepatutnya diletakkan pengharapan. bergantung pada diri, jika kita rasa ada sesuatu yang mampu melindungi kita lebih dariNya, berhati-hatilah.  doa orang yang teraniaya ni insyaallah makbul. muhasabah diri jika apa2 menimpa diri tu, bila menganiaya orang. senyum puas puas, gelak puas puas. "what goes around comes around". seronok puas2 harini, tapi beringat masa depan nasib kita belum tentu.  insyallah redha aje dengan ujian