Skip to main content

dilema masyarakat melayu harini

amendanya yang dilema sangat ni.... saya bercakap isu yang melibatkan perkara yang mudah aje sebenaqnya... senang cerita, cerita tentang drama2 melayu yang ada dekat tivi harini... ia juga termasuk lah novel2 yang ada dalam pasaran kat malaysia ni haaa... sini saya senaraikan beberapa perkara yang meluatkan tekak ni nak mual aje bila bicarakan tentang drama2, filem2 dan novel oleh bangsaku, bangsa melayu ni haaaa...









1) Kaya nak mampuih

- memang la kalau drama2, filem2 dan novel2, hero dan heroin, family serta yang berdekatan dengan watak2 utama, kaya xnak kalah... tan sri, datuk2, dan yang sama waktu dengan nya memang x leh lari punya lah... sangat menjengkelkan tau? rimas pulak bila asal drama je, kencana holding la pura cendana holding la, sembang juta2, kemain.. kih3.. tak bolehkah kurangkan cerita yang berada di golongan kaya2 tahap gaban ni? cuba pendekatan untuk mengolah cerita2 hebat di kalangan orang kebanyakan..



2) jiwang karat maksimum

- mungkin dah jadi trend kebelakangan ni, budaya filem2 drama korea dijadikan sumber rujukan gamaknya.. jiwang sampai alahai, nak tengok dengan family, kita pulak yang naik segan.. come on la... jiwang lebih2 ni, nak2 dalam tivi, memang sangat2 adusss.. meremang nak tengok nya... melebih-lebih.. cerita2 drama korea sana nu haa xpelah nak berjiwang sampai kita masuk dalam dunia fantasi diorg, kita kat sini ada agama kan.. malu ler sikit nak wat filem yang mendatangkan rasa mual dalam diri..



3) dengki alahai

- bila tgk aje filem melayu, memang pasti penerbit akan meng'highlight'kan watak2 yang pendengki ni.. hampir semua filem pasti ada makhluk yang dengki, khianat dan lebih kurang dengan sikap2 negatif ni.. x boleh ke highlight akhlak yang baik dalam filem? apa ke payahnya lah nak buang watak2 negatif ni... seolah-olah memang kita ni masyarakat pendengki kot??



saya mengimpikan sebuah filem yang ada kualiti dari bangsa kita ni lama dah... cubalah contohi filem2 yang baik dari luar sana nu haaa... drama tentang dunia perubatan sana misalnya, penuh je dengan ilmu, lepastu memang membuatkan kita mengenali dunia dalam hospital dengan lebih jelas.. sampai kat kita, cerita medik juga, tapi tak lari dengan filem cinta.. cinta medik ke hape ntah.. buanglah cinta2 bagai ni dengan apa genre filem sekali pun...



filem, drama dan novel2 yang ada nilai, ada ilmu ni penting pasal apa? penting sangat sebab kita nak lahirkan golongan mereka terutama golongan adik2 kita ni bukan dari golongan asyik nak berangan, hidup dalam fantasi... pasal filem2 kosong ni lah, golongan berada dalam dunia fantasi dan banyak mengelamun makin banyak berpeleseran kat sekeliling.. rimas pulak rasanya... filem drama dengan novel yang ada nilai, haiiiii.. alangkah rindunya dengan dunia hiburan berilmu =(

Comments

  1. teringin nak tengok cerita melayu yg membawa kepada peningkatan pemikiran..

    ReplyDelete
  2. Sebab tu saya tak tengok tv, tv yang tengok saya.. hahaha

    betullah, selain tajuk drama yang cheesy, jalan cerita dia pun tah apa apa

    saya sebenarnya malu nak menonton drama tempatan.. sebab ada babak2 romantik yang terlebih romantik ditayangkan. perlu ka babak atas katil, pegang2 dan sentuh2? Kalau nak tunjukkan babak romantik, takyah pegang2, cukup melalui kata2 atau pandangan mata misalnya, orang dah boleh rasa ke-romatik-an itu.

    ReplyDelete
  3. pemilik cahaya,
    sebenaqnya ada aje cerita2 yang ada la nilainya, cuma cerita lama2 dulu... la ni, tak hantu, rempit.. ulang la genre tu sampai , hurmmmm.. entah ler

    ReplyDelete
  4. fatyn>
    tengok tajuk aje dah rasa mual, nak tengok? lagi ler... kih3... nak2 drama pukul 7 tivi 3 tu kan?

    ReplyDelete
  5. That's true!! Ohmai.. Sgt malu nak tgk dgn fmly..
    Btw mmg x penah tgk sgt pun drama2 melayu.. Hik3.. Sbb lebih prefer bace novel. Even though dlm novel ada aksi2 terlampau tp at least not in tv.. Tv adalah hak umum.. Novel pulak sape yg minat je tahu..

    ReplyDelete
  6. Amoy latif ,

    Yups.. Tapi masih la tgk kan tajuk2 dekat novel, walau mungkin tajuk2 tu strategi untuk marketing, tarik pembeli ke apa, tak kena la.. Isi lagi la.. Geli geleman

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

lelaki pendiam, baran?

lelaki pendiam ni selalu kita beranggapan sebagai seorang yang susah marah, cool, pastu suka pendamkan perasaan.. serupa ada emas dalam mulut, takut betul nak buka mulut bersembang dengan orang sekeliling. takut emas tu terkeluar. itulah persepsi orang terhadap orang yang pendiam ni.. biasa2.. tapi pernah tak korang terfikir yang sebenaqnya ada kemungkinan orang yang pendiam ni sebenaqnya seorang yang skali dia marah, marah dia lebih daripada orang yang tak berapa nak pendiam.. bagi che', ada kemungkinan nya.. orang yang diam2 ni kadang2 tak tahu cara nak melepaskan kemarahan yang terpendam dalam hati.. biasanya, marah2 ini dikumpul macam bom jangka, dannnnnn boMMmm!! meletup.. bahaya dak? bahaya kan... jadi jangan disangka orang yang pendiam ni takde yang panas baran... kena mood nak meletup marahnya tu, abisla... beza dengan orang yang marahnya, sikit2 marah... marah yang macam ni, dia terlepas waktu dia marah je, lepastu, selang masa tak berapa lama, dia okay balik... macam xde

cara untuk kenal orang suka tikam belakang orang lain

cara untuk mengetahui orang yang bakal tikam belakang kita dalam mana2 institusi ni senang bangat.. berdasarkan pengalaman che' ada beberapa ciri2 yang boleh kita kenalpasti sekadar untuk berjaga-jaga dan kalau boleh elakkan dari berjumpa dan berurusan dengan orang gini.. suka mengumpat dan memburukkan orang lain depan kita.. memang syok layan bergosip dan mengumpat ini.. tapi kita kena sedaq yang dia boleh buat gitu kat orang lain, dekat kita sendiri dia nak buat perkara yang sama, celah kuku je.. so, bersedialah untuk ditikam dari belakang ya? sediakan handiplast siap2.. sakit woo kena tikam belakang, nak2 orang tu rapat sgt dengan kita ni haaa.. puas hati kalau dia dapat singkirkan orang yang dia tak suka pergi.. macam kepuasan yang amat sangat walhal mungkin lepas orang tu pegi, akan menyusahkan diri dia balik.. adakah ini yang dinamakan busuk hati? tuhan aje yang tau.. yang kita kalau duk melayan orang yang macam ni, tunggu turn la. mungkin perkara yang sama akan berlaku pada

suka menganiaya?

syukur alhamdulillah, masih bernafas, masih bahagia dan boleh dikatakan bertambah bahagia sejak dua tiga menjak ni. hee.  alhamdulillah. anda teraniaya? normal. dikelilingi manusia yang sentiasa dengan hati yang berbolak balik, contoh misalan nya sikap hasad dengki pastinya akan memberi kesan pada orang sekeliling. jadinya biar orang nak buat kita, kita jangan sekali kali buat ke orang kerana apa yang kita lakukan pasti ada pembalasan nya.  apa sahaja yang kita lakukan pasti dibalas. utk mereka yang teraniaya, bersyukurlah. letak kan pengharapan pada yang sepatutnya diletakkan pengharapan. bergantung pada diri, jika kita rasa ada sesuatu yang mampu melindungi kita lebih dariNya, berhati-hatilah.  doa orang yang teraniaya ni insyaallah makbul. muhasabah diri jika apa2 menimpa diri tu, bila menganiaya orang. senyum puas puas, gelak puas puas. "what goes around comes around". seronok puas2 harini, tapi beringat masa depan nasib kita belum tentu.  insyallah redha aje dengan ujian