Skip to main content

Nikon D3200 Malaysia

dah lama dah mengidam menatang ni. alhamdulillah, sekian lama dapat juga merasa... syukur alhamdulillah.. dulu masa belajar, nu nak, ni nak.. tapi telan air liuq jela... nak beli xde duit. kan? mula teringin bila cuba office ni punya DSLR, D90.. pun best juga.. tu dah kelas lain tu... semi pro kot... beza dia pada body.. ada yang built in autofokus, yang saya punya ni kategori basic, entry level.. jadi ler yer tak? orang baru nak belajar fotografi..





Nikon D3200 ini kira masuk la dalam listing DSLR mampu milik.. tgk D5200, D4 ke., rege memang tak lalu la.. beriban-riban.. itu baru body aje.. belum lense nya lagi... waktu jalan2 tengok kamera ini, kira niat asalnya baru nak survey.. ajakla member sorang tu, Fareez, p jenjalan lowyat, time square.. dia ni kira lama jugakla join main kamera2 ni.. adalah jugak ilmu pasal kamera.. saya, kamera nak tekan mana pun tak reti lagi..
























jalan2, tengok kat lowyat tu, rege memang murah banding dengan retail price.. tapi tengokkan pulak pada warranty card, bukan cop dari nikon malaysia.. adoi, putus selera nak membelek nya.. yerla, riso la, grey set pulak sat g kan.. last2 beli kat kamera yang betul2 warranty dari nikon malaysia... ada apa2 rosak ke, senang.. hanto aje kat time square nu haa.. dekat aje dengan tempat keja... settle.. dari pening kepala nak claim warranty kedai yang tak pasti betul ke idak... 





ok, dipendekkan cerita, berlakulah akad membeli dengan debit card secara pukauan.. kih3.. dah terpegang kamera D3200 yang diidam-idamkan, nak menolak untuk membeli tu merupakan satu kepayahan yang amat sangat.. kih3... tambah aksesori mana yang patut, filter, cleaner set dengan serbuk bulat2 yang elak kelembapan dalam beg (*entah apa namanya entah), bawak ler balik dengan senyuman sampai ke telinga.. duk sengih je atas moto sampai la rumah...





dunia fotografi dunia yang sangat luas.. ilmu2 fotografi pun bukan nya makan masa semalaman je nak blajo... tu syoknya  masuk dalam dunia hobi yang baru... yela.. walaupun masih baru dengan ambik2 gambo nih, tapi memang syok sangat la.. jari ni rasa gatal je nak ketik butang shutter kat kamera nu haaa... best bila kita tau setiap kegunaan ISO, aperture dengan shutter speed dan bagaimana kita aplikasikan semua ni untak dapatkan hasil gamba yang cantik... 





melabur dalam satu kamera yang harga beribu merupakan suatu yang nampaknya seperti pembaziran...tapi kalu kita fikirkan, sesuatu kenangan dan peristiwa merupakan sesuatu yang takkan boleh dapat dikembalikan dengan apa cara sekalipun... sekurang-kurangnya kenangan ni boleh kita simpan dalam bentuk gambar untuk kita imbau kenangan tersebut masa akan datang kan? =)

Comments

  1. kalau rasa bosan nanti
    mai bg kt cek..hahaha...mintak kt org dgn xmalunya..

    ReplyDelete
  2. haha... x jemu... kih3...
    ada jer menda baru jumpa dengan kamera ni setiap kali guna... =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

lelaki pendiam, baran?

lelaki pendiam ni selalu kita beranggapan sebagai seorang yang susah marah, cool, pastu suka pendamkan perasaan.. serupa ada emas dalam mulut, takut betul nak buka mulut bersembang dengan orang sekeliling. takut emas tu terkeluar. itulah persepsi orang terhadap orang yang pendiam ni.. biasa2.. tapi pernah tak korang terfikir yang sebenaqnya ada kemungkinan orang yang pendiam ni sebenaqnya seorang yang skali dia marah, marah dia lebih daripada orang yang tak berapa nak pendiam.. bagi che', ada kemungkinan nya.. orang yang diam2 ni kadang2 tak tahu cara nak melepaskan kemarahan yang terpendam dalam hati.. biasanya, marah2 ini dikumpul macam bom jangka, dannnnnn boMMmm!! meletup.. bahaya dak? bahaya kan... jadi jangan disangka orang yang pendiam ni takde yang panas baran... kena mood nak meletup marahnya tu, abisla... beza dengan orang yang marahnya, sikit2 marah... marah yang macam ni, dia terlepas waktu dia marah je, lepastu, selang masa tak berapa lama, dia okay balik... macam xde

cara untuk kenal orang suka tikam belakang orang lain

cara untuk mengetahui orang yang bakal tikam belakang kita dalam mana2 institusi ni senang bangat.. berdasarkan pengalaman che' ada beberapa ciri2 yang boleh kita kenalpasti sekadar untuk berjaga-jaga dan kalau boleh elakkan dari berjumpa dan berurusan dengan orang gini.. suka mengumpat dan memburukkan orang lain depan kita.. memang syok layan bergosip dan mengumpat ini.. tapi kita kena sedaq yang dia boleh buat gitu kat orang lain, dekat kita sendiri dia nak buat perkara yang sama, celah kuku je.. so, bersedialah untuk ditikam dari belakang ya? sediakan handiplast siap2.. sakit woo kena tikam belakang, nak2 orang tu rapat sgt dengan kita ni haaa.. puas hati kalau dia dapat singkirkan orang yang dia tak suka pergi.. macam kepuasan yang amat sangat walhal mungkin lepas orang tu pegi, akan menyusahkan diri dia balik.. adakah ini yang dinamakan busuk hati? tuhan aje yang tau.. yang kita kalau duk melayan orang yang macam ni, tunggu turn la. mungkin perkara yang sama akan berlaku pada

suka menganiaya?

syukur alhamdulillah, masih bernafas, masih bahagia dan boleh dikatakan bertambah bahagia sejak dua tiga menjak ni. hee.  alhamdulillah. anda teraniaya? normal. dikelilingi manusia yang sentiasa dengan hati yang berbolak balik, contoh misalan nya sikap hasad dengki pastinya akan memberi kesan pada orang sekeliling. jadinya biar orang nak buat kita, kita jangan sekali kali buat ke orang kerana apa yang kita lakukan pasti ada pembalasan nya.  apa sahaja yang kita lakukan pasti dibalas. utk mereka yang teraniaya, bersyukurlah. letak kan pengharapan pada yang sepatutnya diletakkan pengharapan. bergantung pada diri, jika kita rasa ada sesuatu yang mampu melindungi kita lebih dariNya, berhati-hatilah.  doa orang yang teraniaya ni insyaallah makbul. muhasabah diri jika apa2 menimpa diri tu, bila menganiaya orang. senyum puas puas, gelak puas puas. "what goes around comes around". seronok puas2 harini, tapi beringat masa depan nasib kita belum tentu.  insyallah redha aje dengan ujian