Skip to main content

PowerBank yang murah boleh pakai tak?

zaman2 sekarang ni, takde powerbank tak sah... mesti kena ada gak, nak xnak... nak wat guaner.... kadar ke'smart'an phone itu berkadar teruih dengan kadar penurunan bateri yang drastik... wahhh, futuristik pulak rasa petikan di atas ini...



well, perlu nya powerbank membuatkan banyak nya pengusaha2 dan penternak powerbank mempromosi powerbank mereka2 yang berbagai saiz, warna dan kapasiti... ada kapasiti yang luar jangkauan pemikiran seperti 50,000 mah... yang mungkin boleh digunakan jika bateri kereta anda kong... kui3



ok, macam ni... senang aje kalau kita nak beli powerbank... tau anda keliru  dengan pelbagai pilihan yang ada di pasaran.. tolak ketepi faktor kapasiti, faktor jenama.. apa yang paling penting sekali ketulenan nya... biaq p la jika hanya 10k kapasitinya, itu dah terbaik untuk menjadi UPS anda jika ianya tulen.. aicehhh... mesti korang tak tau amenda UPS tu kan? 'uninterrupted power supply'.. canggih tak bunyinya?haha...



jadi, untuk memastikan keselamatan smartfon korg dan keboleh kebergantungan kepada powerbank, boleh dipakai sekiranya perlu cas tanpa ada masalah pada powerbank tersebut, beli yang yang original yer.. agak2 murah sangat tu, palsu ler gamaknya...









* ni sampel powerbank yang sy pakai skrg.. okler.. dalam 4 kali cas boleh... 10k mah ajer.. cukup sudah,... tak besaq sangat, tak kecik sangat...

Comments

  1. Beli kat mana yer power bank? Banyak sangat smpai konpius nak beli. Takot salah beli.

    http://ceritasenoritamoy.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. beli kat member sebelah kat opis ni jual.. okla.. ada warranty setahun..

    ReplyDelete
  3. Senanglah dekat nak beli. Ni nak carik mmer jual pun ssh. Huhu

    ReplyDelete
  4. kan..itula.. member sebelah ni pong stok limited... cari aje kat pengedar2 sah pineng ke, ok je.. jangan cari kat tempat2 tak confident macam pasar malam ke jalan pasar ke.. kemungkinan untuk ditipu tu amat lah tinggi...

    ReplyDelete
  5. iz...ada tambahan tips nak membeli powerbank..
    kebolehan kekerapan cas utk sehari setiap phone bergantung kpd brand/model phone + berapa byk kapasiti powerbank..
    eh tah hape aku ckp pun tatau..tp gitu lah lebih kurang...
    sebelum beli make sure ikut kesesuaian brand/model phone dlu
    jangan main beli ja..xsama setiap phone..hehehe

    ReplyDelete
  6. betul tu fara.. sebab apa, kapasiti battery pada setiap phone berbeza.. contoh mudah, nexus 4 sy bateri ya 2300mah.. note 3 bateri nya 3200 mah.. jadi dia akan amik masa dan cas yang lebih dr power bank.. jadi kalau pakai fon note 3 atau tablet, seeloknya ambil powerbank berkapasiti besaq macam 15k mah... boleh cas banyak kali..

    ReplyDelete
  7. mAh= mili Ampere/hour...Kalo kapasiti bateri tuh 3200mAh...makna dia bateri tuh boleh supply current sebanyak 3200miliAmpere selama sejam...kalo phone tuh guna 6400mAh maka keupayaan bateri tuh supply hanya 1/2 jam...saja share..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

lelaki pendiam, baran?

lelaki pendiam ni selalu kita beranggapan sebagai seorang yang susah marah, cool, pastu suka pendamkan perasaan.. serupa ada emas dalam mulut, takut betul nak buka mulut bersembang dengan orang sekeliling. takut emas tu terkeluar. itulah persepsi orang terhadap orang yang pendiam ni.. biasa2.. tapi pernah tak korang terfikir yang sebenaqnya ada kemungkinan orang yang pendiam ni sebenaqnya seorang yang skali dia marah, marah dia lebih daripada orang yang tak berapa nak pendiam.. bagi che', ada kemungkinan nya.. orang yang diam2 ni kadang2 tak tahu cara nak melepaskan kemarahan yang terpendam dalam hati.. biasanya, marah2 ini dikumpul macam bom jangka, dannnnnn boMMmm!! meletup.. bahaya dak? bahaya kan... jadi jangan disangka orang yang pendiam ni takde yang panas baran... kena mood nak meletup marahnya tu, abisla... beza dengan orang yang marahnya, sikit2 marah... marah yang macam ni, dia terlepas waktu dia marah je, lepastu, selang masa tak berapa lama, dia okay balik... macam xde

cara untuk kenal orang suka tikam belakang orang lain

cara untuk mengetahui orang yang bakal tikam belakang kita dalam mana2 institusi ni senang bangat.. berdasarkan pengalaman che' ada beberapa ciri2 yang boleh kita kenalpasti sekadar untuk berjaga-jaga dan kalau boleh elakkan dari berjumpa dan berurusan dengan orang gini.. suka mengumpat dan memburukkan orang lain depan kita.. memang syok layan bergosip dan mengumpat ini.. tapi kita kena sedaq yang dia boleh buat gitu kat orang lain, dekat kita sendiri dia nak buat perkara yang sama, celah kuku je.. so, bersedialah untuk ditikam dari belakang ya? sediakan handiplast siap2.. sakit woo kena tikam belakang, nak2 orang tu rapat sgt dengan kita ni haaa.. puas hati kalau dia dapat singkirkan orang yang dia tak suka pergi.. macam kepuasan yang amat sangat walhal mungkin lepas orang tu pegi, akan menyusahkan diri dia balik.. adakah ini yang dinamakan busuk hati? tuhan aje yang tau.. yang kita kalau duk melayan orang yang macam ni, tunggu turn la. mungkin perkara yang sama akan berlaku pada

suka menganiaya?

syukur alhamdulillah, masih bernafas, masih bahagia dan boleh dikatakan bertambah bahagia sejak dua tiga menjak ni. hee.  alhamdulillah. anda teraniaya? normal. dikelilingi manusia yang sentiasa dengan hati yang berbolak balik, contoh misalan nya sikap hasad dengki pastinya akan memberi kesan pada orang sekeliling. jadinya biar orang nak buat kita, kita jangan sekali kali buat ke orang kerana apa yang kita lakukan pasti ada pembalasan nya.  apa sahaja yang kita lakukan pasti dibalas. utk mereka yang teraniaya, bersyukurlah. letak kan pengharapan pada yang sepatutnya diletakkan pengharapan. bergantung pada diri, jika kita rasa ada sesuatu yang mampu melindungi kita lebih dariNya, berhati-hatilah.  doa orang yang teraniaya ni insyaallah makbul. muhasabah diri jika apa2 menimpa diri tu, bila menganiaya orang. senyum puas puas, gelak puas puas. "what goes around comes around". seronok puas2 harini, tapi beringat masa depan nasib kita belum tentu.  insyallah redha aje dengan ujian