Skip to main content

budak kena denda makan rumput?

melihatkan kes yang glamer la ni yang masuk dalam tivi tiga hari2 tu kes melibatkan budak didenda oleh cikgu sekolah yang menyuruh budak tersebut memakan rumput adalah sangat ...



tak tau nak teruskan dengan apa pada perenggan di atas ni.. yup, memang tindakan itu nampak keterlaluan tapi bila kita tengok balik zaman persekolahan kita dulu2, alangkah jauhnya berbeda dengan suasana persekolahan pada harini..



saya nak tanya lah pada pembaca sekalian, apa denda yang paling teruk korang kena waktu belajaq dulu? bila sy teringat balik dengan denda2 yang pernah didenda oleh cikgu, memang senyum sorang2 la gamaknya.. sini sy listkan kenangan2 denda yang pernah sy lalui... kih3






  1. waktu ni darjah berapa entah, 5 kot kalau x silap.. waktu mata pelajaran sejarah, lupa bawak buku teks sejarah ler gamaknya, maka hukuman yang dikenakan oleh cikgu tahir,adalah dengan membuka baju dan berdiri atas kerusi depan kelas dan perlu membuat 8 gaya bebas aksi bina badan... aiseyh, malu nak mampuih... kah3.. memang takkan dilupakan nya laaa..

  2. yang ni berlaku beberapa tahun kemudian nya... tingkatan 4 untuk lebih spesifik.. dah besaq panjang pun kena denda lagi kah? haruslah.. pelajar berkaliber tinggi memang macam ni.. kui3.. hukuman tanpa budi bicara ini dijalankan kerana fail dalam kertas ujian subjek kimia... angpa tau2 jela subjek kimia lagu mana.. dapat 17/50 ke apa time tu... hukuman nya? konyok kertas ujian tu, masukkan dalam mulut.. cer la bayang guaner rupanya memasukkan kertas ujian tersebut dalam mulut... buruk rupanya... hahaha.. nama cikgu, Pn Norkamalawati... 

  3. tingkatan 5 pulak, time ni jadi pengawas dah... maka adakah itu merupakan petanda bahwa tidak akan didenda teruk2 lagi? jawapan nya harusla tidak yer x? kih3.. hukuman ni pulak dijalankan oleh cikgu Faridah cikgu add mate yang sangat disegani.. seorang yang tegas tapi happy go lucky... time ni pengawas memang wajib untuk memakai tie ke sekolah.. wa? tak pakailah.. gangster la katakan.. time ni hukuman nya agak memalukan jugakla.. dalam kelas tu, wa kena paksa buka tali kasut dan pakai kat leher.. fuhhhhh.. malunya, pergh.. toksah habaqla.. kenangan wei.





walau belum hari guru, hari2 wa lalui harini, wa hargai setiap dari hasil didikan mu selama ni...





tapi kesimpulan nya, pada cikgu2 yang pernah mendidik wa selama ini, wa nak cakap tenkiu very much tulus dari hati sebab mendidik wa dari hati, jauh di sudut hati cikgu2 ni, sy tau depa ikhlas dalam menjadikan wa manusia.. ni lah proses2 untuk memanusiakan manusia.. wa sedar tanggungjwab cikgu cikgi sangatlah besar.. maka dengan cara apa sekalipun wa takkan dapat membalas cikgu cikgi sekalian.. hanya ucapan terima kasih dapat wa sampaikan... denda2 ginila jadi warna2 dalam hidup wa la ni untuk wa senyum2 kan bila teringat...





TQ cikgu2... jasamu wa kenang sampai mati... bersabarlah dalam menghadapi cabaran mendidik bebudak harini.. agak2 yang mana kuangjaq tu, penampo aje... biaq kita tampo dia harini, dari dia membesaq jadi peragut dan yang sama waktu dengan nya...   =)

Comments

  1. kat sekolah aku dulu ada cikgu yg bukak sekolah budak kalau dia tak siap kerja sekolah..gila babi..nasib baik time tu takde fesbuk habaq ang,kalau dah dah kena kut cikgu tu

    ReplyDelete
  2. apa ko taip ni pendi.. haha..
    tapaham ak..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

lelaki pendiam, baran?

lelaki pendiam ni selalu kita beranggapan sebagai seorang yang susah marah, cool, pastu suka pendamkan perasaan.. serupa ada emas dalam mulut, takut betul nak buka mulut bersembang dengan orang sekeliling. takut emas tu terkeluar. itulah persepsi orang terhadap orang yang pendiam ni.. biasa2.. tapi pernah tak korang terfikir yang sebenaqnya ada kemungkinan orang yang pendiam ni sebenaqnya seorang yang skali dia marah, marah dia lebih daripada orang yang tak berapa nak pendiam.. bagi che', ada kemungkinan nya.. orang yang diam2 ni kadang2 tak tahu cara nak melepaskan kemarahan yang terpendam dalam hati.. biasanya, marah2 ini dikumpul macam bom jangka, dannnnnn boMMmm!! meletup.. bahaya dak? bahaya kan... jadi jangan disangka orang yang pendiam ni takde yang panas baran... kena mood nak meletup marahnya tu, abisla... beza dengan orang yang marahnya, sikit2 marah... marah yang macam ni, dia terlepas waktu dia marah je, lepastu, selang masa tak berapa lama, dia okay balik... macam xde

cara untuk kenal orang suka tikam belakang orang lain

cara untuk mengetahui orang yang bakal tikam belakang kita dalam mana2 institusi ni senang bangat.. berdasarkan pengalaman che' ada beberapa ciri2 yang boleh kita kenalpasti sekadar untuk berjaga-jaga dan kalau boleh elakkan dari berjumpa dan berurusan dengan orang gini.. suka mengumpat dan memburukkan orang lain depan kita.. memang syok layan bergosip dan mengumpat ini.. tapi kita kena sedaq yang dia boleh buat gitu kat orang lain, dekat kita sendiri dia nak buat perkara yang sama, celah kuku je.. so, bersedialah untuk ditikam dari belakang ya? sediakan handiplast siap2.. sakit woo kena tikam belakang, nak2 orang tu rapat sgt dengan kita ni haaa.. puas hati kalau dia dapat singkirkan orang yang dia tak suka pergi.. macam kepuasan yang amat sangat walhal mungkin lepas orang tu pegi, akan menyusahkan diri dia balik.. adakah ini yang dinamakan busuk hati? tuhan aje yang tau.. yang kita kalau duk melayan orang yang macam ni, tunggu turn la. mungkin perkara yang sama akan berlaku pada

suka menganiaya?

syukur alhamdulillah, masih bernafas, masih bahagia dan boleh dikatakan bertambah bahagia sejak dua tiga menjak ni. hee.  alhamdulillah. anda teraniaya? normal. dikelilingi manusia yang sentiasa dengan hati yang berbolak balik, contoh misalan nya sikap hasad dengki pastinya akan memberi kesan pada orang sekeliling. jadinya biar orang nak buat kita, kita jangan sekali kali buat ke orang kerana apa yang kita lakukan pasti ada pembalasan nya.  apa sahaja yang kita lakukan pasti dibalas. utk mereka yang teraniaya, bersyukurlah. letak kan pengharapan pada yang sepatutnya diletakkan pengharapan. bergantung pada diri, jika kita rasa ada sesuatu yang mampu melindungi kita lebih dariNya, berhati-hatilah.  doa orang yang teraniaya ni insyaallah makbul. muhasabah diri jika apa2 menimpa diri tu, bila menganiaya orang. senyum puas puas, gelak puas puas. "what goes around comes around". seronok puas2 harini, tapi beringat masa depan nasib kita belum tentu.  insyallah redha aje dengan ujian