Skip to main content

wanita materialistik tidak sesuai dijadikan isteri

bincangkan isu wanita yang memandang hanya harta memang satu yang membuatkan wanita2 kat luar sana 'kepanasan'.. mana tidaknya, tak boleh la kita nak sangkal, kebanyakannya (bukan semua) wanita2 sekarang hanya memandang pada status kewangan lelaki sebagai ciri paling besaq apabila mencari bakal suami..



salah atau tidak, tak beranilah che' nak memandai kat sini.. tapi dalam pemikiran che' duit bukanlah segalanya.. namun, duit dan harta adalah punca kebahagian sebenar pada pandangan wanita2 materialistik nih..



tapi pada pandangan picisan che' ini, duit memang adalah salah satu faktor yang boleh menerbitkan rasa bahagia dalam keluarga.. cuma..., cuma duit bukanlah faktor utama, dan bukan juga sumber kebahagian yang sebenarnya.. adakah ini bermaksud lelaki tidak perlu membaiki sumber kewangan diri masing2 apabila menjadi pemimpin dalam sebuah keluarga?






apa kena mengena?hehe

dah tentulah idak yer dak! hehe.. lelaki adalah bertanggungjawap dalam memperbaiki sumber kewangan keluarga.. dan wanita hendaklah menjadi pendorong kepada suami untuk memperbaiki sumber kewangan keluarga.. wanita yang memahami masalah lelaki dan mendorongnya untuk berjaya adalah wanita yang tersangat didambakan lelaki kat luar sana.. =)



wanita meterialistik, che' nak tegaskan kat korang dalam entry ini, anda boleh je mencari lelaki kaya dan berharta, stabil kat luaq sana, tapi bersedialah untuk kecewa apabila wang menjadi fokus utama anda dalam mencari kebahagiaan hidup.. tq..



pandangan korang pulak isu nih?? tq

Comments

  1. wanita kalau nk cari harta carilah sendiri..x payah nk harapkan lelaki sgt..kan best dan rase bangga je bile kita ade harta drpd titik peloh sendiri..;)

    ReplyDelete
  2. amboih ila, ko...
    kemain...haha
    itu pun faktor penting gak..
    diri sendiri teruih ada inisiatif untuk majukan diri..
    bersama-sama tambah sumber kewangan..

    ReplyDelete
  3. duit bukanlah segala-galanya dalam kehidupan tapi....hampir segala-galanya memerlukan duit!....haha so kenalah usaha tp jgn sampai jadi hamba duit. Tak salah pompuan nk jadi materialistik utk kestabilan kewangan tp materialist yg mcm mana? Materialistik yg dependent or materialistik yg independent....tepuk dada tanyalah iman/nafsu? ...hihi

    ReplyDelete
  4. errr... mengambil masa juga nak faham..
    tapi, yup..satu nasihat yang baik..
    mekasih =)

    ReplyDelete
  5. mungkin wanita sekeliling saya bukanlah yg materialistik....tpi, tu lah, x sangka ada lagi kat dunia luar wanita yg materialistik...ingtkan wanita zmn skrg semua berusaha belajar pandai2, dpt kerja elok2 n bahagia dgn duit hasil titik peluh....menarik~

    ReplyDelete
  6. x sangka ada lagi?
    ramai sebenaqnya.. hehe

    ReplyDelete
  7. sometimes materialistik itu penting, kalau redha jer dengan financial si lelaki, bila nak ada improvement kan? ^_^

    ReplyDelete
  8. hehe.. cuma kalau berlebihan..
    pandang hanya dari satu aspek apabila melihat seorang lelaki..
    itu yg bahayanya =)

    ReplyDelete
  9. jgn dilupa..lelaki skrg juga mncari wanita yg bekrjaya..sebab sng idup bila da berkeluara..sedikit sbnyk mereka leh bantu..tapi suami jgn lepas tgn kewajipan memberi nafaka pada isteri itu still wajib walaupun isteri ada duit sndiri..

    ReplyDelete
  10. yup..satu peringatan yang baik..
    tq =)

    ReplyDelete
  11. sdg cr harta sndiri

    ape gne gne harta org tp hdup xpuas

    ReplyDelete
  12. yesza..
    harta sendiri,
    lebih rasa berharga dan dapat lebih kepuasan lepas kita dapat apa kita usahakan.. =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

lelaki pendiam, baran?

lelaki pendiam ni selalu kita beranggapan sebagai seorang yang susah marah, cool, pastu suka pendamkan perasaan.. serupa ada emas dalam mulut, takut betul nak buka mulut bersembang dengan orang sekeliling. takut emas tu terkeluar. itulah persepsi orang terhadap orang yang pendiam ni.. biasa2.. tapi pernah tak korang terfikir yang sebenaqnya ada kemungkinan orang yang pendiam ni sebenaqnya seorang yang skali dia marah, marah dia lebih daripada orang yang tak berapa nak pendiam.. bagi che', ada kemungkinan nya.. orang yang diam2 ni kadang2 tak tahu cara nak melepaskan kemarahan yang terpendam dalam hati.. biasanya, marah2 ini dikumpul macam bom jangka, dannnnnn boMMmm!! meletup.. bahaya dak? bahaya kan... jadi jangan disangka orang yang pendiam ni takde yang panas baran... kena mood nak meletup marahnya tu, abisla... beza dengan orang yang marahnya, sikit2 marah... marah yang macam ni, dia terlepas waktu dia marah je, lepastu, selang masa tak berapa lama, dia okay balik... macam xde

cara untuk kenal orang suka tikam belakang orang lain

cara untuk mengetahui orang yang bakal tikam belakang kita dalam mana2 institusi ni senang bangat.. berdasarkan pengalaman che' ada beberapa ciri2 yang boleh kita kenalpasti sekadar untuk berjaga-jaga dan kalau boleh elakkan dari berjumpa dan berurusan dengan orang gini.. suka mengumpat dan memburukkan orang lain depan kita.. memang syok layan bergosip dan mengumpat ini.. tapi kita kena sedaq yang dia boleh buat gitu kat orang lain, dekat kita sendiri dia nak buat perkara yang sama, celah kuku je.. so, bersedialah untuk ditikam dari belakang ya? sediakan handiplast siap2.. sakit woo kena tikam belakang, nak2 orang tu rapat sgt dengan kita ni haaa.. puas hati kalau dia dapat singkirkan orang yang dia tak suka pergi.. macam kepuasan yang amat sangat walhal mungkin lepas orang tu pegi, akan menyusahkan diri dia balik.. adakah ini yang dinamakan busuk hati? tuhan aje yang tau.. yang kita kalau duk melayan orang yang macam ni, tunggu turn la. mungkin perkara yang sama akan berlaku pada

suka menganiaya?

syukur alhamdulillah, masih bernafas, masih bahagia dan boleh dikatakan bertambah bahagia sejak dua tiga menjak ni. hee.  alhamdulillah. anda teraniaya? normal. dikelilingi manusia yang sentiasa dengan hati yang berbolak balik, contoh misalan nya sikap hasad dengki pastinya akan memberi kesan pada orang sekeliling. jadinya biar orang nak buat kita, kita jangan sekali kali buat ke orang kerana apa yang kita lakukan pasti ada pembalasan nya.  apa sahaja yang kita lakukan pasti dibalas. utk mereka yang teraniaya, bersyukurlah. letak kan pengharapan pada yang sepatutnya diletakkan pengharapan. bergantung pada diri, jika kita rasa ada sesuatu yang mampu melindungi kita lebih dariNya, berhati-hatilah.  doa orang yang teraniaya ni insyaallah makbul. muhasabah diri jika apa2 menimpa diri tu, bila menganiaya orang. senyum puas puas, gelak puas puas. "what goes around comes around". seronok puas2 harini, tapi beringat masa depan nasib kita belum tentu.  insyallah redha aje dengan ujian