Skip to main content

injury time buat wanita

wanita.. bila sampai satu tahap, akan sampai masanya dier akan lalui satu tempoh masa dalam umoq rasa riso dengan urusan jodoh.. bagi mereka yang masih berfikiran positif, insyaallah bukan lah masalah pada mereka..


tapi bagi yang berfikiran negatif, mulalah riso dengan pelbagai perkara yang datang dalam fikiran.. riso jadi andartu lah, tanggapan masyarakat terhadap diri, etc2.. hurm, itulah wanita, terpaksa lalui perkara2 ini..apa yang pastinya, masalah ni bukanlah sesuatu yang mudah untuk dihadapi..


jadi, fikirlah positif sahabat.. jodoh itu pasti.. itu yang Allah s.w.t janjikan. kita ini dicipta berpasang-pasangan.. memang jika masih belum berpunya, janganlah sekali-kali berputus asa.. berusahalah.. dengan istikharahnya, dan janganlah terlalu memilih.. boleh jadi dia begitu tak selesa utk didampingi skrg, mana tau lepas menikah, dialah lelaki yang begitu ideal utk dijadikan peneman seumor hidup, bukan hanya di dunia, insyaallah hingga ke akhirat! =)


p/s: duk kutuk dier hodoh, burok.. tapi jangan pasti sangat.. entah2 dier menikah dulu sblm hang, kerana hati dan perasaan dia serius untuk seseorang yang boleh menerima dia dan mencintai dirinya..kan?

Comments

  1. Sampai masa pasti Allah akn temukan

    ReplyDelete
  2. betul tu dwaty..
    dalam banyak perkara,
    kena banyak sangat bersabar dengan masa..
    yang penting yakin tu la..

    ReplyDelete
  3. jodoh kan rahsia allah..cuma kita tak tahu bila ia akan tiba cpt atau lambat..

    (bukan wanita shj yg risau berfikir soal jodoh, lelaki juga sama krn semua manusia akan merasai naluri yg sama :)

    ReplyDelete
  4. saje sy fokus kat wanita eja..
    sebab lelaki pasal jodoh, kebiasaan nya tak kisah sangat kalau kait kan ngan umor..
    beza dengan wanita.. atas je 25, mesti dah mula riso kan..

    ReplyDelete
  5. Insyaallah sampai masanya adalah tu jodohnya, urusan yang sama macam mati, tak siap tahu bila dan siapa...

    ReplyDelete
  6. dan masih perlu berusaha, kan?
    cuma perlu siapkan diri,
    untuk betul2 upgrade diri dr single ke married..

    ReplyDelete
  7. buruk cantik tu semua lukisan Tuhan..sape kite nak menilai..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

lelaki pendiam, baran?

lelaki pendiam ni selalu kita beranggapan sebagai seorang yang susah marah, cool, pastu suka pendamkan perasaan.. serupa ada emas dalam mulut, takut betul nak buka mulut bersembang dengan orang sekeliling. takut emas tu terkeluar. itulah persepsi orang terhadap orang yang pendiam ni.. biasa2.. tapi pernah tak korang terfikir yang sebenaqnya ada kemungkinan orang yang pendiam ni sebenaqnya seorang yang skali dia marah, marah dia lebih daripada orang yang tak berapa nak pendiam.. bagi che', ada kemungkinan nya.. orang yang diam2 ni kadang2 tak tahu cara nak melepaskan kemarahan yang terpendam dalam hati.. biasanya, marah2 ini dikumpul macam bom jangka, dannnnnn boMMmm!! meletup.. bahaya dak? bahaya kan... jadi jangan disangka orang yang pendiam ni takde yang panas baran... kena mood nak meletup marahnya tu, abisla... beza dengan orang yang marahnya, sikit2 marah... marah yang macam ni, dia terlepas waktu dia marah je, lepastu, selang masa tak berapa lama, dia okay balik... macam xde

cara untuk kenal orang suka tikam belakang orang lain

cara untuk mengetahui orang yang bakal tikam belakang kita dalam mana2 institusi ni senang bangat.. berdasarkan pengalaman che' ada beberapa ciri2 yang boleh kita kenalpasti sekadar untuk berjaga-jaga dan kalau boleh elakkan dari berjumpa dan berurusan dengan orang gini.. suka mengumpat dan memburukkan orang lain depan kita.. memang syok layan bergosip dan mengumpat ini.. tapi kita kena sedaq yang dia boleh buat gitu kat orang lain, dekat kita sendiri dia nak buat perkara yang sama, celah kuku je.. so, bersedialah untuk ditikam dari belakang ya? sediakan handiplast siap2.. sakit woo kena tikam belakang, nak2 orang tu rapat sgt dengan kita ni haaa.. puas hati kalau dia dapat singkirkan orang yang dia tak suka pergi.. macam kepuasan yang amat sangat walhal mungkin lepas orang tu pegi, akan menyusahkan diri dia balik.. adakah ini yang dinamakan busuk hati? tuhan aje yang tau.. yang kita kalau duk melayan orang yang macam ni, tunggu turn la. mungkin perkara yang sama akan berlaku pada

suka menganiaya?

syukur alhamdulillah, masih bernafas, masih bahagia dan boleh dikatakan bertambah bahagia sejak dua tiga menjak ni. hee.  alhamdulillah. anda teraniaya? normal. dikelilingi manusia yang sentiasa dengan hati yang berbolak balik, contoh misalan nya sikap hasad dengki pastinya akan memberi kesan pada orang sekeliling. jadinya biar orang nak buat kita, kita jangan sekali kali buat ke orang kerana apa yang kita lakukan pasti ada pembalasan nya.  apa sahaja yang kita lakukan pasti dibalas. utk mereka yang teraniaya, bersyukurlah. letak kan pengharapan pada yang sepatutnya diletakkan pengharapan. bergantung pada diri, jika kita rasa ada sesuatu yang mampu melindungi kita lebih dariNya, berhati-hatilah.  doa orang yang teraniaya ni insyaallah makbul. muhasabah diri jika apa2 menimpa diri tu, bila menganiaya orang. senyum puas puas, gelak puas puas. "what goes around comes around". seronok puas2 harini, tapi beringat masa depan nasib kita belum tentu.  insyallah redha aje dengan ujian