Skip to main content

wanita sukar menerima perpisahan?

ok..bayangkan situasi macam ni..korg ada seorg teman yang baru je kehilangan tunang tersayang akibat kemalangan yg mana ikut plan nya, hujung tahun ni cadang nak menikah nya.. Sebagai teman yg rapat, rasa sedih tu dikongsi bersama.. Ngah bersendirian, terhasil tulisan dimana cadangnya nak beri pada teman tersebut sebagai motivasi dan semangat hidup.. Tapi rasa serba salah takut akan lebih menyedihkan teman tersebut..apa pandangan korg.. Nak bg ke x?? Hurm..


ok..ni status cheq kat fb aritu.. ada la yang memberi pendapat masing2..alhamdulillah..bincang punya bincang, iz pon bagila puisi yang iz tulis kat kawan iz tuh.. macam yang disangkakan dier boleh menerima nya..hurm..terbukti kalau lelaki yang kehilangan seseorang yang dier sayang, dier masih boleh rasional dan berfikir dengan waras..cuba kalau wanita.. iz pasti,memang sukar untuk menerima dan makan masa yang sangat lama untuk mengubat rasa kehilangan tersebut..kan?ke salah??hehe..



err..iz kongsikan disini ya..macam puisi ke macam sajak, x pastila..yang pastinya, masa iz menulis ni, seolah-olah tangan ni berjalan tanpa berfikir dan macam iz meletakkan iz sendiri dalam situasi kawan iz tuh.. jemput baca yer!



seputih salju suci,
membujur kaku,
menggamitkan kenangan,
di persada waktu,


kala janjiku yang ku buktikan,
di jari manismu tanda ikatan,
kau dan aku disatukan,
bermulalah impian bersama.


bermesra dan bermanja antara kita,
ku harap selamanya dalam ceria,
terpegun aku kini tiada,
suara manjamu menusuk jiwa,
engkau yang pergi tiada kembali,
menemuiNya oh disana.


meronta kini hatiku tanpamu,
berderai impian berkecai,


ku pergi ke pusaramu,
menyedarkan aku,
kita hanya insan tiada yang kekal.


*maafla..lama x online.. modem rosak =(..
ni baru pasang internet balik..ambil unifi..alhamdulillah..

Comments

  1. ye ke perempuan sukar menerima perpisahan?? ermmm, mungkin betul tapi dia mudah memaafkan...^^,

    ReplyDelete
  2. erk...ye ke lama nk ubat rasa kehilangan?...err...ntahlaa...no komen!...hahaha..=P

    ReplyDelete
  3. cikgu ma>>

    kalau x silap la cikgu.. kebanyakan dari wanita lebih mengikut perasaan dan sukar nak terima perpisahan terutamanya kalau mengejut gini..

    ReplyDelete
  4. ratu>>
    ke senang je nak mengubat rasa kehilangan tuh?? ntah la..kome la habaq kat cheq??

    ReplyDelete
  5. yeke boleh chill??
    x rasa x tawu woo..
    tgk member ak tuh, emo hari2..
    nampak bena berubahnya..

    ReplyDelete
  6. sbb popuan lau syg kat lelaki ni..dia akan sy betul2..patut la tak pat nak time perpisahan:-)

    ReplyDelete
  7. anis>>

    tapi kan..
    kalau lelaki sayang, dier x sayang betul2 ke? hurm..
    xfaham..xfaham..

    ReplyDelete
  8. xpe2.. xsemua perempuan gitu.. hehe

    ReplyDelete
  9. x semua..tapi kebanyakan nya..
    tu xleh salah nasihat..takut mudarat teha.. =)

    ReplyDelete
  10. agak mengakuinya...
    perpisahan adlh situasi yg myedihkan...

    ReplyDelete
  11. cakap mcm ada pengalaman..hehe..
    mmang menyakitkan..menyedihkan..
    sape yg betul2 tabah je boleh teruskan kehidupan..

    ReplyDelete
  12. shera termasuk dalam perempuan yang susah nak terima hakikat.. ^_^

    nak kena amek masa dalam beberapa bulan gak nak betul kan rasa hati tu..

    jadi nak buat macam mana kan.. nangis jek.. nanti penat.. akan berhenti.. tapi kena waras.. jangan buat benda2 yg macam org tak ade agama.. ^_^

    ReplyDelete
  13. itula pasal shera..
    kalau kehilangan tu, wnita ni..lain macam sikit..
    macam dunia dah berpenghujung..
    tambah, lambat sangat dier nak buka hati untuk org lain..

    ReplyDelete
  14. wa..kemain lg x sangka en aizuddin kita ni pandai berpuisi jgk..pesanan eja buat teman awak..bykkan bersabar ada hikmah disebalik kejadian..ada puisi jgk eja nak beri ni..(^_^)

    sedangkan nabi pun wafat
    inikan pula kita umat

    ReplyDelete
  15. eja.. dier dah ok sikit.. alhamdulillah..
    mmang kena banyak bersabar..org kalu xder iman, time nila dier boleh lost..kan?
    betul tuh =)

    ReplyDelete
  16. perpisahan tu memang perkara yang paling di benci dalam perhubungan.. sebab tu lah ada yang tak waras.. huhuhu

    ReplyDelete
  17. perpisahan akibat ajal, bila selangkah je lagi nak menikah..lagi laaa...kan..

    ReplyDelete
  18. Syahdu yer?? Hurm.. Tu serba salah nak bagi aritu kat member iz :(

    ReplyDelete
  19. sdey la plk bc puisi nih..

    nk wut mcm mane..
    nk xnk kne trime lah ketentuan Dia dgn redha..
    wlu perit sklipun..

    sbb setiap org pasti akn alami saat perpisahan..smde perpisahan smtre atau abadi..hmm

    ReplyDelete
  20. Betul tu sha..
    Hurm.. Apa jua yg berlaku.. Kita mesti menerima ketentuan qada dan qadar..

    Sedih utk memotivasikan.. =)

    ReplyDelete
  21. saye bangkang..eh..lelaki ke perempuan ke sama je, susah nak hadapai perpisahan, bezanya wanita mungkin lebih nampak kekecewaannya berbanding lelaki yang bijak sorok rasa hati dia, diluar senyum hati menangis di dalam..

    ReplyDelete
  22. err.. tersedak pulak rasa..
    ada betulnya..
    memang lelaki pandai sgt pendam perasaan..
    rasa lemah kalau org nampak kelemahan..
    ego kah ini??

    ReplyDelete
  23. hadoii..mood dah la tgh sedih...baca puisi tu tmbah double triple sedih..hiyakk~ hurm! biasalah..wanita lebih beremosi berbanding lelaki..sebab tu nmpk sgt bila wanita tu sedih..sbb tu senjta wanita adalah air mata..lalalalal~:)

    ReplyDelete
  24. bell2.. awat nya sedih sangat nih??
    hurm.. sabo ya atas apa jer dugaan yg diberi..
    senjata memujuk ke hape tuh?? haha..
    yang paling nyata, senjata utk org mukmin adalah doa.. hehe

    ReplyDelete
  25. rasanya lelaki dan perempuan sama jer tahap penerimaannya.. hehehe..

    tp klu eqa kt tmpat kwn iz ni, baca puisi ni mesti lg meraung2 agaknya :p

    ReplyDelete
  26. sebab tu iz bagi puisi ni kat kawan iz..
    sebab dier lelaki.. hehe
    kalau perempuan.. hurm.. x bagila sampai sudah..

    ReplyDelete
  27. sbgai perempuan, eyq akui.. mmg prempuan lebih sukar melupakan seseorg yg bermakna dr lelaki.. huhuhu...

    ReplyDelete
  28. memang sedih..
    tapi apa pon., kehidupan mesti diteruskan..
    mungkin dgn masa, boleh mengubT rasa kehilangan tu kan eyqa?? =)

    ReplyDelete
  29. itula pasalnya.. hehe.. tenet xde..

    eleh.. mcm ler lelaki x setia.. =)

    ReplyDelete
  30. puisi bt sendiri!! fuyooo berbakat2...haha...same cam VP

    ReplyDelete
  31. sama cam vp..
    hurm...x sama la.. vp lagi berbakat.. jelas..hehe

    ReplyDelete
  32. aku rase aku kinal puisi nie....ni bukan lagu ker?lagu kumpulan crossfire nie

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

lelaki pendiam, baran?

lelaki pendiam ni selalu kita beranggapan sebagai seorang yang susah marah, cool, pastu suka pendamkan perasaan.. serupa ada emas dalam mulut, takut betul nak buka mulut bersembang dengan orang sekeliling. takut emas tu terkeluar. itulah persepsi orang terhadap orang yang pendiam ni.. biasa2.. tapi pernah tak korang terfikir yang sebenaqnya ada kemungkinan orang yang pendiam ni sebenaqnya seorang yang skali dia marah, marah dia lebih daripada orang yang tak berapa nak pendiam.. bagi che', ada kemungkinan nya.. orang yang diam2 ni kadang2 tak tahu cara nak melepaskan kemarahan yang terpendam dalam hati.. biasanya, marah2 ini dikumpul macam bom jangka, dannnnnn boMMmm!! meletup.. bahaya dak? bahaya kan... jadi jangan disangka orang yang pendiam ni takde yang panas baran... kena mood nak meletup marahnya tu, abisla... beza dengan orang yang marahnya, sikit2 marah... marah yang macam ni, dia terlepas waktu dia marah je, lepastu, selang masa tak berapa lama, dia okay balik... macam xde

cara untuk kenal orang suka tikam belakang orang lain

cara untuk mengetahui orang yang bakal tikam belakang kita dalam mana2 institusi ni senang bangat.. berdasarkan pengalaman che' ada beberapa ciri2 yang boleh kita kenalpasti sekadar untuk berjaga-jaga dan kalau boleh elakkan dari berjumpa dan berurusan dengan orang gini.. suka mengumpat dan memburukkan orang lain depan kita.. memang syok layan bergosip dan mengumpat ini.. tapi kita kena sedaq yang dia boleh buat gitu kat orang lain, dekat kita sendiri dia nak buat perkara yang sama, celah kuku je.. so, bersedialah untuk ditikam dari belakang ya? sediakan handiplast siap2.. sakit woo kena tikam belakang, nak2 orang tu rapat sgt dengan kita ni haaa.. puas hati kalau dia dapat singkirkan orang yang dia tak suka pergi.. macam kepuasan yang amat sangat walhal mungkin lepas orang tu pegi, akan menyusahkan diri dia balik.. adakah ini yang dinamakan busuk hati? tuhan aje yang tau.. yang kita kalau duk melayan orang yang macam ni, tunggu turn la. mungkin perkara yang sama akan berlaku pada

suka menganiaya?

syukur alhamdulillah, masih bernafas, masih bahagia dan boleh dikatakan bertambah bahagia sejak dua tiga menjak ni. hee.  alhamdulillah. anda teraniaya? normal. dikelilingi manusia yang sentiasa dengan hati yang berbolak balik, contoh misalan nya sikap hasad dengki pastinya akan memberi kesan pada orang sekeliling. jadinya biar orang nak buat kita, kita jangan sekali kali buat ke orang kerana apa yang kita lakukan pasti ada pembalasan nya.  apa sahaja yang kita lakukan pasti dibalas. utk mereka yang teraniaya, bersyukurlah. letak kan pengharapan pada yang sepatutnya diletakkan pengharapan. bergantung pada diri, jika kita rasa ada sesuatu yang mampu melindungi kita lebih dariNya, berhati-hatilah.  doa orang yang teraniaya ni insyaallah makbul. muhasabah diri jika apa2 menimpa diri tu, bila menganiaya orang. senyum puas puas, gelak puas puas. "what goes around comes around". seronok puas2 harini, tapi beringat masa depan nasib kita belum tentu.  insyallah redha aje dengan ujian