Skip to main content

~aktiviti orang bujang~

salam sume2...
pekabar?alhamdulillah,masih diberikan peluang untuk terus hidup, dan bernafas pada hari ni...
bersyukurla,kita masih boleh meniti kehidupan yang mendatang ni ngan nikmat yang sangat2 bernilai dalan hidup,yakni keimanan dan peluang tuk masih beribadah kepada yang maha Esa...solat dah settle tuk hari ini?hehe..


ok,pendahuluan dah settle..biasala,bila baca balik,sebagai peringatan kepada kita sume remaja yang terkadang terleka...bukan remaja je kengkadang...remaja lanjut usia pun terleka,dalam menunaikan kewajipan terhadap agama..so,amik pengajaran,buang jauh2 pemikiran negatif yang hinggap kat pemikiran..ok sahabat?


hehe..jauh berjalan..lupa lak tajuk kata atas..ok2..hurm,bercakap tentang aktiviti orang bujang,biasala bangun pagi ,mandi,solat, pastu?
ha pastu tu yang nak cerita ni..tadi iz nak sarapan la cam biasa,tengok kat dapur,apa lah nak makan ni,..setelah merenung jauh selama 5 min la lebih kurang,xleh jadi ni..kena wat sesuatu ntuk sarapan..asyik mak kita je wat sarapan,bila pulak kita nak wat sarapan tuk mak kita pulak kan...so,keputusan pon diambil..apa kata iz watkan kelainan pagi ni..iz pon wat keputusan untuk membuat BURGER sebagai sarapan!


okla,alang2 menyeluk pekasam,biarlah sampai ke pangkal lengan..(ada kena mengena ke?,ntahla)..
so,macam biasala, barang2 disediakan..roti,check!daging burger,check!timun,tomato,bawang,check3!..ok,sume resipi ader..apo lagi,goreng daging sesedap rasa..
dan setelah digoreng ketiga-tiga daging burger (untuk mak ngan adik sekali)  tersebut,ni lah hasil dia...hasil yang x seberapa..


* menarik tak rupa daging burger nih?


haha,kalau renung ngan renungan yang tajam, daging ni hangit sikit,sebab melayan mesej dari kawan rapat..tapi xpe...yang lagi 2 tu ok..jangan riso..yang ni iz yang makan, yang ok lagi 2 tu ,bagila kat mak ngan adik..biarla diorang merasa yang sedap..ok,crite daging dah habis...daging dah siap goreng, nak wat ape lagi eh?hurm...berfikir sejenak lagi..biasalah, blur kot pagi2 ni..okla,tetibe je tangan terpegang pisau..dier bagi klu la tuh tuk siapkan inti dalam burger la tuh..( huh!!inti?)* ntah apa la istilah sebenar..
selang seminit,ni lah hasil nya..


* habis hancur tomato2 tuh~


besela,tangan orang bujang..kaso sikit la,kalau nak potong2 tomato ni...okla,langkah terakhir dalam menyediakan burger yang sangat enak ni, design la burger tu mengikut kreativiti masing2..alhamdulillah,siap gak burger yang enak ini..haha..tapi tetap x leh la lawan burger2 otai2 kat luar sana tuh..tapi jadila,perut mak ngan adik kenyang..




 *huh,burger ke tu?








burger la,hangpa ingat apa?haha..kenyang gak perut kami bertiga..alhamdulillah,rezeki dari Allah..bersyukur ngan apa yang ada..


kesimpulanya,nila sarapan yang mampu tuk disiapkan leh orang bujang..kalau nak masak kari ke, nasi lemak ke, ayam tiga rasa ke,x reti..wat burger jela..tu yang termampu..janji sarapan..kan2?tiba je terdengar suara2 bisikan..cam,'bro,x macho la masak2 nih'..huh,korang apa tau...tu bukan macho,tu ego nama nya..apa,salah ke.,nak berbakti pada seorg mak..sekali sekala bagi suprise kat dia?apa la salahnya lelaki memasak?x salah pon..time mak kita ada ni la kita nak berbakti....kalau dah xder nanti, x dapat dah..
* pesanan dar iz, sayangilah ibu anda, kerana orang paling perlu kita berbakti dalam hidup ni adalah ibu kita...who else?ur mother..who else? ur mother..umi,umi,umi,ummmmiiiii!!!lalala~~nyanyi la pulak!!sori..


okla,tu je cerita tuk pagi yang indah ni..kalau teringin membuat tempahan burger, silalah call pakar yang bertauliah..iz ni,setakat wat makan sendiri lehla..hehe..ok,luv u all..salam..


(>_<) suka (^_^)


Comments

  1. amboi.. breakfast makan western food! hihi. nampak macam sedap ja. lapaq la pulak perut ni tengok. hihi

    anyways, perenggan pendahuluan tu terbaik! buat orang insaf kejap baca. :D

    ReplyDelete
  2. betul. laki ego nk masak. bg asalan x macho. eheh

    ReplyDelete
  3. Fatyn> nampak je macam sedap..sedap lagi beli kat gerai luaq sana..hihi..(>_<)..bagusla insaf..tapi x mola insaf kejap je..insaf la lama2,okay?

    ReplyDelete
  4. Aqamz> asalan?haha..xpe2..faham..seb baik ader yang sokong..ego ni,ader elok,ader x elok nya..kan2?dua2 jantina pon ader sifat ego ni..so,xmola ego2...x ensemla..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

lelaki pendiam, baran?

lelaki pendiam ni selalu kita beranggapan sebagai seorang yang susah marah, cool, pastu suka pendamkan perasaan.. serupa ada emas dalam mulut, takut betul nak buka mulut bersembang dengan orang sekeliling. takut emas tu terkeluar. itulah persepsi orang terhadap orang yang pendiam ni.. biasa2.. tapi pernah tak korang terfikir yang sebenaqnya ada kemungkinan orang yang pendiam ni sebenaqnya seorang yang skali dia marah, marah dia lebih daripada orang yang tak berapa nak pendiam.. bagi che', ada kemungkinan nya.. orang yang diam2 ni kadang2 tak tahu cara nak melepaskan kemarahan yang terpendam dalam hati.. biasanya, marah2 ini dikumpul macam bom jangka, dannnnnn boMMmm!! meletup.. bahaya dak? bahaya kan... jadi jangan disangka orang yang pendiam ni takde yang panas baran... kena mood nak meletup marahnya tu, abisla... beza dengan orang yang marahnya, sikit2 marah... marah yang macam ni, dia terlepas waktu dia marah je, lepastu, selang masa tak berapa lama, dia okay balik... macam xde

cara untuk kenal orang suka tikam belakang orang lain

cara untuk mengetahui orang yang bakal tikam belakang kita dalam mana2 institusi ni senang bangat.. berdasarkan pengalaman che' ada beberapa ciri2 yang boleh kita kenalpasti sekadar untuk berjaga-jaga dan kalau boleh elakkan dari berjumpa dan berurusan dengan orang gini.. suka mengumpat dan memburukkan orang lain depan kita.. memang syok layan bergosip dan mengumpat ini.. tapi kita kena sedaq yang dia boleh buat gitu kat orang lain, dekat kita sendiri dia nak buat perkara yang sama, celah kuku je.. so, bersedialah untuk ditikam dari belakang ya? sediakan handiplast siap2.. sakit woo kena tikam belakang, nak2 orang tu rapat sgt dengan kita ni haaa.. puas hati kalau dia dapat singkirkan orang yang dia tak suka pergi.. macam kepuasan yang amat sangat walhal mungkin lepas orang tu pegi, akan menyusahkan diri dia balik.. adakah ini yang dinamakan busuk hati? tuhan aje yang tau.. yang kita kalau duk melayan orang yang macam ni, tunggu turn la. mungkin perkara yang sama akan berlaku pada

suka menganiaya?

syukur alhamdulillah, masih bernafas, masih bahagia dan boleh dikatakan bertambah bahagia sejak dua tiga menjak ni. hee.  alhamdulillah. anda teraniaya? normal. dikelilingi manusia yang sentiasa dengan hati yang berbolak balik, contoh misalan nya sikap hasad dengki pastinya akan memberi kesan pada orang sekeliling. jadinya biar orang nak buat kita, kita jangan sekali kali buat ke orang kerana apa yang kita lakukan pasti ada pembalasan nya.  apa sahaja yang kita lakukan pasti dibalas. utk mereka yang teraniaya, bersyukurlah. letak kan pengharapan pada yang sepatutnya diletakkan pengharapan. bergantung pada diri, jika kita rasa ada sesuatu yang mampu melindungi kita lebih dariNya, berhati-hatilah.  doa orang yang teraniaya ni insyaallah makbul. muhasabah diri jika apa2 menimpa diri tu, bila menganiaya orang. senyum puas puas, gelak puas puas. "what goes around comes around". seronok puas2 harini, tapi beringat masa depan nasib kita belum tentu.  insyallah redha aje dengan ujian