Skip to main content

penasihat yang hampeh =)

teringat dulu waktu seseorang yang memang che' kenali meminta nasihat dari che'.. buat makluman, che' akui yang che' bukanlah seorang penasihat yang baik... jadi bagi sape2 yang memang perlukan nasihat, che' lah orang terakhir yang boleh diharapkan...





minah ni seorang perempuan(*xkan lelaki pulok).. maka, berceritalah maslah dia kepada che' dan che pun mendengarnya dengan penuh khusyuk dan 100% fokus.. biasalah tu.. skil mendengar tu memang dah tersemat rapi dalam diri... bab2 mendengar insyaallah.. boleh diharap.. sambil angguk2 kepala tanda faham masalah yang dia luahkan tu..







banyak masalah minah ni.. masalah dengan keluarga dialah, masalah dengan keyakinan dirilah. masalah dengan rakan sekerja, masalah duit.. naik pening kepala mendengarnya.. sabo jela.. tapi takpe.. hati kental maulah setia dengar sampai abis.. time ni memang malas nak menyampuk la yer dak.. nanti menggganggu pulak mood dia nak bercerita... so, layankan jela..





adalah dalam sejam sesi luahan perasaan tuh.. nak taknak kena iyakan jugalah.. dalam syok dia bercerita tu, maka sampailah penutup... petanda2 nak habis bercerita tu tiba jua akhirnya... maka tibalah giliran che' pula untuk berkata dan memberikan sepatah dua kata sebagai penasihat.. maka che pun memulakan kata2 nasihat che'.. che' tanyalah minah tu, ang solat ke dak? dia jawab tak., tapi dah mula nak bersolat.. che pun balaslah, ang solat, insyaallah.. masalah ang yang banyak tuh, akan selesai satu per satu nanti.. 





maka tiba2 terdiamlah minah tu, dan secara spontan senyum kambing dan terus berlalu pergi..





*err, tersalah cakap ke?   

Comments

  1. hahaha susah la gni

    punye la panjang lebar die kate

    tu die tersentap la tu

    mungkin awk kene nasihat scre lembut..slow2

    bukan terus suh solat heee

    ReplyDelete
  2. Bukan apa.. Ramai yang tak sedaq kan sebenaqnya, sebesar- besar masalah sebenarnya boleh selesai dengan sekecil-kecil tindakan seperti solat sebagai asas kepada penyelesaiaan yang seterusnya.. :)

    ReplyDelete
  3. salam ziarah betul tu apa2 pn solat itu penting, dgn solat kita dpt dekat kan diri dgn Allah. insyallah Allah permudahkan urusan hambanya. solat juga tiang agama.

    ReplyDelete
  4. yup.. first step untuk segalanya.. hehe
    itu fail, abis sume yang lain2..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA

first gaji...giveaway utk korg sahabat..(ini entry yg telah dipaku)

jarang iz update waktu2 gini..bukan hape..iz lebih selesa bila menaip sesuatu time malam2..syahdu je,sejuk best sikit..ntah apa kena pagi2 ni gatal buka laptop hupdate..hehe..mungkin sebab alarm pagi ni tetiba kuar lagu 'asmara ini- fazley'..kah3..layan pulak lagu ni..ok,habis topik ni..proceed~~ semalam gaji pertama keluar..hape lagi..terus je p blanje family makan..mula2 ingat nak p sekinchan ikan bakar ni..sekali survey tengok harga,perghhhh..memang membakar jiwa la..isy2..ada ke kira 100 g,7 ringgit lebih..x puas makan langsung..hurm..sabo jela..tambah macam iz sendiri..iz bukan jenis yang makan sikit2 kalau kuar makan skali skala ni..haha..makan kena mantop..hihi lastly p belasah makan lamb chop kat BRJ..adusss..puasnya makan.barula org kata makan sungguh..mungkin ramai dr korang x suke makan kambing,tapi kalau iz ngan ayah ngan mak, peminat la kiranya..sedap woo..kadang2 rasa boring pulak makan ayam ngan ikan.belasah kambing pulak.. eh,iz nak tanya korang ni..iz macam ter...

kenapa saya tinggalkan perodua?

alhamdulillah, setelah sekian lama iz pendamkan hal ini,akhir nya iz terpaksa luahkan nya disini..apa nak buat..kesombongan manusia terhadap kesalahan nya sendiri..iz keluar senyap2 gini dari perodua sebenarnya hanya untuk menjaga hati seorang bos agar dier dapat bekerja ngan lebih tenang di perodua..tapi,apa balasan nya bila iz mintak tolong balik dari dia, dengan sombongnya berkata,sorryla..x dapat ler.. iz keluar dari perodua kerana sejak iz bekerja disana bermula 1 dec 2010,hinggalah tarikh iz resign dari sana 5 april,ot iz tak pernah dibayar..bayangkanlah..3 bulan lebih,ot tidak dibayar..kerja masuk 8 pagi,kadang balik 8 malam,datang sabtu ahad,kerja waktu cuti raya cina,dan sebagainya,tak dibayar.. mengapa iz sanggup bertahan di perodua selama 3 bulan,ot tidak dibayar?sebab iz rasa iz seronok kerja disana..suasana kerja,cara kerja,member kat sana,semua superb..waktu iz keluar dari perodua,berapa orang je yang tahu..sebab apa?sebab iz sayang sangat ngan diorg..x sanggup rasa nak b...