Skip to main content

genre muzik paling KEBABOOM!

gua dah pernah dengar macam2 genre muzik dalam hidup gua... dari yang sentimetal nya, jiwang karat, jiwang tak berapa nak karat, nasyid, heavy metal, slow metal and etc2. sume nya kira boleh dikatakan masuklah sebab gua bukan nya memilih sangat dengan genre2 muzik ni.. yang mana ada bunyi2 best, gua layan.. samalah macam selera makan gua.. apa yang sedap gua bedal.. dari pajeri ke tempoyak ke cencaluk sampailah ke sushi ke bolognaise ke carbonara... memang gua sebat.. (*tetiba melalut ke bab makan pulok) ..nampak betapa tak cerewetnya gua dalam hal2 macam ni..



baru2 ni yang tak berapa baru, gua ada la join geng2 kapak gua kat mesjid dekat2 hulu keramat ni haa... sejak diperkenal oleh geng2 kapak yang gua dok join nih, gua minat satu lagi genre muzik yang bagi gua memang sebat abisla genre2 muzik yang gua minati selama ni.. serius, gua rasa genre muzik nilah yang gua rasa betul2 menusuk kalbu dan menenangkan jiwa kacau gua selama ni..



genre muzik yang gua tak tau apa kenamanya nih, gua tak faham sangat pun setiap lirik yang dinyanyikan tuh.. tapi dari melodinya memang gua tau, syok punyalah maksud2 dia.. dia tak macam kpop tu.. memang maksud lirik dia juga buat gua tak paham menda.. namun gua pasti lirik dia tak menenagkan jiwa.. kpop memang tak pernah masuklah dalam diari hidup gua.. tapi lagu sentimental drama2 korea pernah lah hinggap sekejap dalam hidup gua...





gua pastilah kalau dengar live genre lagu yang gua minati nih, meremang woo bulu.. serius, tak tipu.. tu kalau lu orang boleh follow2 sikit lirik dia, ikut leader.. yang penting jangan sampai lu orang2 angguk2 kepala pulak.. nanti lu orang kena tangkap sebab berklakuan aneh serta pelik di majlis keramaian.. nak dengar genre apa yang gua bincangkan dari awal tadi? klik la link yang gua sertakan ni.. mesti tangkap leleh punya lah =)

Comments

Popular posts from this blog

cara untuk kenal orang suka tikam belakang orang lain

cara untuk mengetahui orang yang bakal tikam belakang kita dalam mana2 institusi ni senang bangat.. berdasarkan pengalaman che' ada beberapa ciri2 yang boleh kita kenalpasti sekadar untuk berjaga-jaga dan kalau boleh elakkan dari berjumpa dan berurusan dengan orang gini.. suka mengumpat dan memburukkan orang lain depan kita.. memang syok layan bergosip dan mengumpat ini.. tapi kita kena sedaq yang dia boleh buat gitu kat orang lain, dekat kita sendiri dia nak buat perkara yang sama, celah kuku je.. so, bersedialah untuk ditikam dari belakang ya? sediakan handiplast siap2.. sakit woo kena tikam belakang, nak2 orang tu rapat sgt dengan kita ni haaa.. puas hati kalau dia dapat singkirkan orang yang dia tak suka pergi.. macam kepuasan yang amat sangat walhal mungkin lepas orang tu pegi, akan menyusahkan diri dia balik.. adakah ini yang dinamakan busuk hati? tuhan aje yang tau.. yang kita kalau duk melayan orang yang macam ni, tunggu turn la. mungkin perkara yang sama akan berlaku pada ...

ustaz mesra remaja.

hehe.sebelum teruskan dengan entry ni.. jangan pikiaq bukan2 pulak yer.. mesra yang cheq maksudkan kat sini ialah mungkin kebolehan ustaz2 ni dalam menarik minat mereka yang berjiwa muda (x semestinya remaja,okay!) untuk datang ceramah diorang, dengar rakaman video atau mp3 ceramah2 diorang.. sekarang ni cheq perhatikan kelainan dalam persekitaran orang2 muda ni dalam mencari hiburan. nak tau beza nya bila banyak org muda yang memenuhi majlis2 ilmu yang dulunya mungkin hanya orang2 veteran je yang penuh..betul x ? kan ke sihat environment gini =) oklah..kita mulakan yer.. senarai ni cheq cuma ambil dari pemerhatian cheq jer.. hehe Ustaz Azhar Idrus cara pendekatan yang berbeza dengan ceramah yang diselang-selikan dengan pertanyaan lumrah org muda berminat dengan isu2 semasa dan diberikan alternatif untuk bertanya secara direct tanpa perlu beralas bagai mudah didekati di FB.. ramai apa yang pakat melepak kat FB.. memang terbaik ,dalam kelekaan berFB, masih boleh menuntut ilmu Ustaz Don ...

lelaki pendiam, baran?

lelaki pendiam ni selalu kita beranggapan sebagai seorang yang susah marah, cool, pastu suka pendamkan perasaan.. serupa ada emas dalam mulut, takut betul nak buka mulut bersembang dengan orang sekeliling. takut emas tu terkeluar. itulah persepsi orang terhadap orang yang pendiam ni.. biasa2.. tapi pernah tak korang terfikir yang sebenaqnya ada kemungkinan orang yang pendiam ni sebenaqnya seorang yang skali dia marah, marah dia lebih daripada orang yang tak berapa nak pendiam.. bagi che', ada kemungkinan nya.. orang yang diam2 ni kadang2 tak tahu cara nak melepaskan kemarahan yang terpendam dalam hati.. biasanya, marah2 ini dikumpul macam bom jangka, dannnnnn boMMmm!! meletup.. bahaya dak? bahaya kan... jadi jangan disangka orang yang pendiam ni takde yang panas baran... kena mood nak meletup marahnya tu, abisla... beza dengan orang yang marahnya, sikit2 marah... marah yang macam ni, dia terlepas waktu dia marah je, lepastu, selang masa tak berapa lama, dia okay balik... macam xde ...