Skip to main content

gua jahat maksima, yeehaa!!!

begitu hebatnya rasa taubat dan hidayah itu.. ianya bagai datang tanpa memilih latar belakang seseorang.. percaya tak sekiranya che' mengatakan yang bahwasanya seburuk-buruk manusia sekiranya ditiup dengan hembusan hidayah oleh allah s.w.t maka hidupnya akan berubah sekiranya dia menghargai hidayah tersebut, memahaminya dan istiqamah dalam perubahan nya..



jangan sekali-kali kita berprasangka buruk pada seseorang itu walau macam mana sekali pun huduh buruknya akhlak dia.. dari seorang penzina, ataupun kaki tonggang botol arak, sejahat-jahat manusia la kiranya.. jika dialah insan yang dipilih allah untuk ditwistkan hatinya untuk kembali ke jalan yang diredhai allah s.w.t, insyaallah dia takkan kekal dengan buruknya cara hidup yang dia pilih sebelum itu..



indahnya hidup bersyariat.. indahnya hidup dipandu sesuatu yakni agama yang mulia.. maka bagaimana lagi kita nak menyangkal nya yer dak? kita pernah hidup dalam hidup yang dirasakan tiada makna.. hidup ikutkan hawa nafsu.. ni nak tanya sikit.. la ni, angpa rasa tenang dalam diri atau angpa rasa yang kehidupan gini seolah-olah menyiksa batin dalam diri? rasa sesak, rasa menyiksa diri.. fitrah manusia itu adalah untuk mengikut tuntutan agama.. tak kira betapa jahat kita boleh pegi, tetap masih ada rasa bersalah dalam diri bila melakukan keja2 jahat tu , yer dak? kui3



geng, carilah sahabat yang benar2 boleh bermanfaat pada kita satu hari nanti.. insyaallah, dia jugalah yang akan membawa sesuatu pada kita bila ditakdirkan ajal kita sampai nanti.. sekurang nya bila kita nazak menunggu roh untuk ditarik, dialah sahabat yang akan menenangkan diri kita, membacakan yassin, dimana bila 'sahabat2' yang lain seronok bertwitter berfacebook di handphone masing2.. =)

Comments

  1. ade org kate buat jahat biar jahat betul

    sampai tak kantoii

    ade ke nasihat gtu kan?

    ReplyDelete
  2. pulak.. tu takleh panggil nasihat tu..
    tu nak memudaratkan lagi adalah.. adoi...

    ReplyDelete
  3. Sy sokong statement awk Din, n lg satu org yg dpt hidayah ni, keberanian yg diperolehinya adalah luarbiasa..btoi dak..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

cara untuk kenal orang suka tikam belakang orang lain

cara untuk mengetahui orang yang bakal tikam belakang kita dalam mana2 institusi ni senang bangat.. berdasarkan pengalaman che' ada beberapa ciri2 yang boleh kita kenalpasti sekadar untuk berjaga-jaga dan kalau boleh elakkan dari berjumpa dan berurusan dengan orang gini.. suka mengumpat dan memburukkan orang lain depan kita.. memang syok layan bergosip dan mengumpat ini.. tapi kita kena sedaq yang dia boleh buat gitu kat orang lain, dekat kita sendiri dia nak buat perkara yang sama, celah kuku je.. so, bersedialah untuk ditikam dari belakang ya? sediakan handiplast siap2.. sakit woo kena tikam belakang, nak2 orang tu rapat sgt dengan kita ni haaa.. puas hati kalau dia dapat singkirkan orang yang dia tak suka pergi.. macam kepuasan yang amat sangat walhal mungkin lepas orang tu pegi, akan menyusahkan diri dia balik.. adakah ini yang dinamakan busuk hati? tuhan aje yang tau.. yang kita kalau duk melayan orang yang macam ni, tunggu turn la. mungkin perkara yang sama akan berlaku pada ...

ustaz mesra remaja.

hehe.sebelum teruskan dengan entry ni.. jangan pikiaq bukan2 pulak yer.. mesra yang cheq maksudkan kat sini ialah mungkin kebolehan ustaz2 ni dalam menarik minat mereka yang berjiwa muda (x semestinya remaja,okay!) untuk datang ceramah diorang, dengar rakaman video atau mp3 ceramah2 diorang.. sekarang ni cheq perhatikan kelainan dalam persekitaran orang2 muda ni dalam mencari hiburan. nak tau beza nya bila banyak org muda yang memenuhi majlis2 ilmu yang dulunya mungkin hanya orang2 veteran je yang penuh..betul x ? kan ke sihat environment gini =) oklah..kita mulakan yer.. senarai ni cheq cuma ambil dari pemerhatian cheq jer.. hehe Ustaz Azhar Idrus cara pendekatan yang berbeza dengan ceramah yang diselang-selikan dengan pertanyaan lumrah org muda berminat dengan isu2 semasa dan diberikan alternatif untuk bertanya secara direct tanpa perlu beralas bagai mudah didekati di FB.. ramai apa yang pakat melepak kat FB.. memang terbaik ,dalam kelekaan berFB, masih boleh menuntut ilmu Ustaz Don ...

lelaki pendiam, baran?

lelaki pendiam ni selalu kita beranggapan sebagai seorang yang susah marah, cool, pastu suka pendamkan perasaan.. serupa ada emas dalam mulut, takut betul nak buka mulut bersembang dengan orang sekeliling. takut emas tu terkeluar. itulah persepsi orang terhadap orang yang pendiam ni.. biasa2.. tapi pernah tak korang terfikir yang sebenaqnya ada kemungkinan orang yang pendiam ni sebenaqnya seorang yang skali dia marah, marah dia lebih daripada orang yang tak berapa nak pendiam.. bagi che', ada kemungkinan nya.. orang yang diam2 ni kadang2 tak tahu cara nak melepaskan kemarahan yang terpendam dalam hati.. biasanya, marah2 ini dikumpul macam bom jangka, dannnnnn boMMmm!! meletup.. bahaya dak? bahaya kan... jadi jangan disangka orang yang pendiam ni takde yang panas baran... kena mood nak meletup marahnya tu, abisla... beza dengan orang yang marahnya, sikit2 marah... marah yang macam ni, dia terlepas waktu dia marah je, lepastu, selang masa tak berapa lama, dia okay balik... macam xde ...