Skip to main content

Penginapan di Madinah

sepanjang beberapa hari di Madinah, kami duk di hotel yang memang berdekatan dengan masjid nabawi.. turun je hotel, terus pintu pagar masjid nabawi.. alhamdulillah, sonang... tapi memang sekeliling masjid nabawi ni, hotel aje.... memang dibuat dekat2..



nama hotelnya, hotel oberoi... bilik boleh kata besaq jugakla.. cantik , selesa aje.. lagi satu servis dengan layanan diorang ni boleh kata terbaiklah... nak2 kalau time makan, breakfast lunch dengan makan malamnya memang superb... menu macam2, pastu nasi arab, macam2 ado.. kambing memang haruslah... ayam, daging,.. daging ni tak pasti daging apa.. entah2 daging unta... kih3.. ada sekali itu siap nasi arab bersama burung... burung kecik2 tu.. memang sodapp..



macam kat madinah ke mekah ke, salah satu special dia, kalau jus buah dia.. pekat maksimum... memang puas ler kalau minum... pekena jus campur2, sedap je tekak melayan... yela... sejuk kan... yang paling best just dia, jus pisang campur guava kot.. teringat-ingat rasanya... mana la nak cari kat sini yer jus pekat2 gitu? kedai arab ada kot yang kat ampang tu... nanti nak kena singgah tengok kot2 ada jual..









kesimpulan nya, dekat oberoi hotel ni, memang puas hati lah.. servis yang baik, bilik yang cantik+selesa, benar2 membuatkan rasa nak p menginap kat sana balik.. tapi, itula.. mutawwif ada cakap, untuk pembinaan dan pembesaran masjid nabawi, hampir kesemua hotel sekitar masjid nabawi akan diruntuhkan... jadi mungkin kalau mai lagi sekali, entah ada lagi ke idak hotel tu...



biaq p lah kat hotel tu... kalau niatnya untuk pembesaran masjid nabawi, untuk keselesaan kita semua jugak yer untuk beribadah kat sana nanti.. sebab kalau tengokkkan pada musim umrah jer, penuh masjid sampai keluar-luar.. macam mana lah agaknya keadaan masjid nabawi kalau mai musim haji... lagi ramai berapa kali gandalah agak nya?

Comments

  1. wah.. macam best aje hotel nih. guna pakej umrah dari mane yer? bole share tak.

    ReplyDelete
  2. guna mawar holiday kalau x silap... lupa dah... kih3

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

cara untuk kenal orang suka tikam belakang orang lain

cara untuk mengetahui orang yang bakal tikam belakang kita dalam mana2 institusi ni senang bangat.. berdasarkan pengalaman che' ada beberapa ciri2 yang boleh kita kenalpasti sekadar untuk berjaga-jaga dan kalau boleh elakkan dari berjumpa dan berurusan dengan orang gini.. suka mengumpat dan memburukkan orang lain depan kita.. memang syok layan bergosip dan mengumpat ini.. tapi kita kena sedaq yang dia boleh buat gitu kat orang lain, dekat kita sendiri dia nak buat perkara yang sama, celah kuku je.. so, bersedialah untuk ditikam dari belakang ya? sediakan handiplast siap2.. sakit woo kena tikam belakang, nak2 orang tu rapat sgt dengan kita ni haaa.. puas hati kalau dia dapat singkirkan orang yang dia tak suka pergi.. macam kepuasan yang amat sangat walhal mungkin lepas orang tu pegi, akan menyusahkan diri dia balik.. adakah ini yang dinamakan busuk hati? tuhan aje yang tau.. yang kita kalau duk melayan orang yang macam ni, tunggu turn la. mungkin perkara yang sama akan berlaku pada ...

ustaz mesra remaja.

hehe.sebelum teruskan dengan entry ni.. jangan pikiaq bukan2 pulak yer.. mesra yang cheq maksudkan kat sini ialah mungkin kebolehan ustaz2 ni dalam menarik minat mereka yang berjiwa muda (x semestinya remaja,okay!) untuk datang ceramah diorang, dengar rakaman video atau mp3 ceramah2 diorang.. sekarang ni cheq perhatikan kelainan dalam persekitaran orang2 muda ni dalam mencari hiburan. nak tau beza nya bila banyak org muda yang memenuhi majlis2 ilmu yang dulunya mungkin hanya orang2 veteran je yang penuh..betul x ? kan ke sihat environment gini =) oklah..kita mulakan yer.. senarai ni cheq cuma ambil dari pemerhatian cheq jer.. hehe Ustaz Azhar Idrus cara pendekatan yang berbeza dengan ceramah yang diselang-selikan dengan pertanyaan lumrah org muda berminat dengan isu2 semasa dan diberikan alternatif untuk bertanya secara direct tanpa perlu beralas bagai mudah didekati di FB.. ramai apa yang pakat melepak kat FB.. memang terbaik ,dalam kelekaan berFB, masih boleh menuntut ilmu Ustaz Don ...

first tutorial dari cheq.

aduss..lama sangat nak wat tutorial ni..tapi tak tau apa lagi tutorial yang masih belum di kupas oleh rakan2 blogger..seronok baca tutorial2 diorang yang mcm2..yela,ada dari pakar komputer, ada yang wat tutorial berdasarkan pengalaman berblogging..semua ni seronok untuk dibaca..duk menung2 td fikir2 pas minum ayaq teh,tibe2 je nak wat satu tutorial jugakla..errr,lebih pada tips mungkin,..hihi.. iz pernah join satu ceramah ni..tajuknya bagaimana nak mendapatkan kekusyukan dalam solat dalam konteks bacaan..setiap apa pun yang kita lakukan, pasti ada level2 nya kan..contoh macam game skali pun(*keanak-anakan pula contohnya,hehe), hero selalu naik level dier bila dah menang duk fight ngan musuh2..same goes with solat..dari segi bacaan skali pun,ada tingkatan dier dalam mendapatkan kekusyukan... ok,cukup..dalam pembacaan dalam solat,ada tiga tingkatan nya dalam mendapatkan kekusyukan..pertama,membaca doa sambil hati mengikut..level kedua,membaca doa sambil hati mendengar dan level yang keti...