Skip to main content

dengan emirates airline, aku menjelajah

hihi.. tajuk berilham kan program dengan basikal ak menjelajah... saja nak bagi kebaboom sikit tajuknya... alhamdulillah dah selamat pulang dari perjalanan ke madinah dan mekah untuk mengerjakan umrah... salah satu tempoh dimana saya betul2 berada di dalam tempoh masa yang takkan dapat dilupakan seumur hidup.. benarlah kata2 mereka2 yang pernah sampai di madinah dan mekah, samada untuk mengerjakan umrah maupun untuk mengerjakan haji, selama berada di 2 tempat ini, ia merupakan satu pengalaman yang amat berbeza dan sangat meninggalkan kesan pada diri..



saat pertama kali menatap depan mata, masjid2 utama seperti masjid nabawi, masjidil haram, masjid quba'a dll, ia ibaratnya seperti mimpi di alam nyata.. kita berada begitu hampir dengan sirah nabi, seolah2 kita berada begitu hampir dengan Rasulullah s.a.w. nak2 apabila berada di taman raudhah berhampiran dengan makam Rasulullah, sebelah aje, sambil menyampaikan salam, bersolat disitu, membuatkan kita terasa hampir nya dengan Rasulullah s.a.w. terasa begitu kecil dan begitu bersalahnya untuk berada berdekatan dengan insan yang bertanggungjawap untuk menyampaikan islam kepada umatnya...









sesampainya ke madinah, betul2 di mana azan subuh baru bermula.. terasa begitu bersemangat dan berkobar-kobar untuk solat berjemaah di masjid nabawi.. tak tau la semangat apa yang menusuk hati ni, rasa tak sabar2 nak menuju ke masjid walaupun barang2 pun belum bawak naik hotel lagi.. kih3... azan yang sangat lunak dan selama ni kita duk dengar melalui tv, youtube dan mp3, kita dengaq secara live... fuhhh, memang takkan dilupakan la..







saat untuk ke masjid nabawi pun sampai bila selesai semua urusan check in diuruskan oleh mutawwif kami, ustaz Ridho'i. melangkah aje ke masjid nabawi, fuhhh, ramainya umat manusia yang sudah berada di perkarangan masjid.. perkarangan masjid inilah yang kita duk selalu nampak payung2 besaq yang boleh terbuka dan tertutup di sekitar masjid... ramainya umat manusia sampai jadi tergamam pulak bila melihatnya.. alangkah indahnya suasana macam ni di dalam masjid... orang berpusu-pusu ke masjid nak solat secara berjemaah..



ustaz ada bagitau, setiap sesuatu yang dijadikan Allah s.w.t, ada pasangan nya... jadi, mekah, inilah pasangan nya, iaitu madinah.. jadi, misteri nya, siapakah pasangan nya saya?*eh, tetiba... kih3... oklah.. bersambung di episod seterusnya ....... insyaallah... saya akan ceritakan sepanjang berada di madinah ni, apa lagi aktiviti yang dilakukan saya di episod 2... cewah, siap berepisod bagai... kui3.. terlalu banyak yang nak diceritakan dan untuk dimuatkan dalam satu entry yer dak? =)

Comments

  1. teringin sangat nak pegi, insyaallah sampai...
    mudah2an dapat pegi ya? =)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ustaz mesra remaja.

hehe.sebelum teruskan dengan entry ni.. jangan pikiaq bukan2 pulak yer.. mesra yang cheq maksudkan kat sini ialah mungkin kebolehan ustaz2 ni dalam menarik minat mereka yang berjiwa muda (x semestinya remaja,okay!) untuk datang ceramah diorang, dengar rakaman video atau mp3 ceramah2 diorang.. sekarang ni cheq perhatikan kelainan dalam persekitaran orang2 muda ni dalam mencari hiburan. nak tau beza nya bila banyak org muda yang memenuhi majlis2 ilmu yang dulunya mungkin hanya orang2 veteran je yang penuh..betul x ? kan ke sihat environment gini =) oklah..kita mulakan yer.. senarai ni cheq cuma ambil dari pemerhatian cheq jer.. hehe Ustaz Azhar Idrus cara pendekatan yang berbeza dengan ceramah yang diselang-selikan dengan pertanyaan lumrah org muda berminat dengan isu2 semasa dan diberikan alternatif untuk bertanya secara direct tanpa perlu beralas bagai mudah didekati di FB.. ramai apa yang pakat melepak kat FB.. memang terbaik ,dalam kelekaan berFB, masih boleh menuntut ilmu Ustaz Don ...

bila bicara mengenai cinta

aduss..iz benar2 x faham dengan sifat wanita..yer,iz akui,iz memang ada perangai buruk,dulu memang suka mainkan perasaan wanita..tapi itu semua dulu,bila zaman kita masih x matang dan zaman sekolah,faham jela,zaman bilamana semua nak cuba,sikap terlalu kuat sifat ingin tahunya..waktu nila baru nak belajar mengenali kehidupan.. tapi pengalaman dan umur mengajar untuk lebih menghargai seseorang wanita ini..iz jadi takut untuk menjalinkan hubungan dengan sesiapa..bagi iz cukup sekadar berkawan ,xkan lebih dari itu..iz tau terkadang memang ada sifat yang terlalu mengambil berat, suka mendengar tapi iz tak pernah tahu yang semua ni sebenarnya boleh memberi harapan buat wanita..maaf,iz x pernah bermaksud yang demikian.. tapi apa yang iz pelajari kat sini,jangan sekali-kali memberi harapan pada wanita..cukuplah kalau ala kadar saja dalam perhubungan..jelaskan sejelas-jelasnya jika hanya mahu berkawan..jika tidak dijelaskan,mungkin si dia akan mengharapkan sesuatu yang lebih dari satu2 perhubu...

pengakuan berani Iz

alhamdulillah..kembali lagi menghupdate..syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana masih lagi diberi peluang untuk menarik nafas, diberikan rezeki dan atas segala-galanya..hurm..tengok kan pada entry sebelum ni,alhamdulillah..ada juga yang sudi join GA iz yang x seberapa ni..jadila..hanya penghargaan iz untuk hangpa semua ler..hehe..nak join?ketik sini .. amboi,tajuk kat atas..kemain lagi..pengakuan berani iz??pulak dah..iz ada wat silap ke??adala punya pasal ni..haha..sebelum tu nak minta maaf kat kawan2 iz sume..iz bukan bermaksud pape..saje je la nak gurau senda ngan korang..lama x jumpe la katakan..kah3.. bagi yang baca entry iz sebelum ni..iz ada wat note kecik kat bawah tu..ala,yg kaler merah tu..2 hari lagi ada suprise dari cintailmu89 kan2?ni nak gtau la ni..hehe..janji mesti dikotakan...hehe..suprise yang dimaksudkan iz sebelum ni tu sebenarnya iz beli moto sebenarnya..alhamdulillah,semalam dah boleh bawak keluar dah moto tu..syukur..saba je tunggu brape hari..leh lak kena hari pek...