Skip to main content

merajuk

ini adalah satu sifat biasa bagi manusia yang normal kan?hatta kucing sekalipon mempunyai sifat ini kan..x caye??betul..kucing iz tu kalau iz balik sekali sekala memang dier akan merajuk..betul,dan cara merajuknya camne tau..dier akan buat2 x kenal selama beberapa minit sebelum kembali ok mengeow-ngeow..tapi x kisahla sangat..kucing merajuk apalah sangat..lainlah kalau manusia yang merajuk..



adoi,satu kelemahan rasanya untuk pujuk memujuk ni...serius,memang x tau cara memujuk yang paling berkesan..xnak bertegur sapa, buat2 x kenal, dan mendiamkan diri seribu bahasa..adoi..tolongla,ajari cara memujuk..huhu..boleh x?sape2?? mungkin berjiwa terlalu kental dan bukan berjiwa tisu, jadi x biasa nak pujuk2..



tapi susah jugak kalau camnie..suatu kelemahan sebenarnya..kena gak pelajari menda ni sampai dapat..biar dapat la mendidik diri ngan cara memujuk..hurm..susah jugak kan bila melibatkan perasaan sesama kawan2 ni kan?akan iz cuba untuk memujuk mu wahai sahabatku!! (^_^)..

Comments

  1. nak pujuk bukan susah pun. buat2 lah tanya khabar. manusia, biasa lah. mula-mula ego. buat buat tanak cakap. lama-lama bila kita dah ayat dia sikit-sikit, i mean, cakap benda benda yang boleh mengcuit hati dia, insya-Allah dia akan mula bagi respon positif. kalau sahabat kita pula yang merajuk, buat-buat lah take care dengan dia. belikan coklat (kalau coklat itu kegemaran dia). mahukan sesuatu, kena lah invest sikit kan. cuma, jangan berputus asa dalam hal pujuk memujuk kalau tanak perhubungan itu terputus. kalau tak bercakap, sampai bila?? mesti hubungan yang lama pun bakal terputus kalau kurangnya komunikasi antara dua hala.

    ReplyDelete
  2. tapi itula masalahnya..bila menda dah lama,semua jadi serba x kena..jadi kekok..nak tego,pon serba salah,apa lagi nak bagi hadiah bagai..seolah-olah macam xde penyelesaian dah..

    ReplyDelete
  3. tiada masalah yang tiada penyelesaiannya.. cuba lah walau macam mana susah sekalipun.

    ikut lah. kalau rasa sayang dengan hubungan persahabatan yang terjalin, takkan la langsung tak ada semangat mahu bertegur sapa kan?

    kalau kita berselisih faham dengan teman baik sendiri, yeah memang susah sangat mahu betulkan. memang terasa kekok untuk menegur. but, cuba kita ingat balik bagaimana persahabatan itu mula terjalin. ingat balik kenangan indah ketika menyulam persahabatan itu, so takkan tak sampai hati untuk memujuk? kalau berjaya dipujuk, insya-Allah, persahabatan antara dua sahabat itu akan lebih kukuh sebelumnya.

    ReplyDelete
  4. terima kasih ya..hurm,terpaksa akui kelemahan ni..memang x pandai langsung utk memujuk..harap2 bolehla jernihkan balik hubungan dengan dia macam dulu balik..betul2 menganggu fikiran..

    ReplyDelete
  5. kalau mikail merajuk tadi camne pulak??? achik tak peduli kat dia..dia plak duk ngendeng2 sampai merajuk... huhu :(

    ReplyDelete
  6. itula pasal,kan?hurm..punyalah meraung ..pujuk dukung jap,elok je haa..hehe..macam2 la mikail ni..kuat merajuk rupanya..x sangka betul..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ustaz mesra remaja.

hehe.sebelum teruskan dengan entry ni.. jangan pikiaq bukan2 pulak yer.. mesra yang cheq maksudkan kat sini ialah mungkin kebolehan ustaz2 ni dalam menarik minat mereka yang berjiwa muda (x semestinya remaja,okay!) untuk datang ceramah diorang, dengar rakaman video atau mp3 ceramah2 diorang.. sekarang ni cheq perhatikan kelainan dalam persekitaran orang2 muda ni dalam mencari hiburan. nak tau beza nya bila banyak org muda yang memenuhi majlis2 ilmu yang dulunya mungkin hanya orang2 veteran je yang penuh..betul x ? kan ke sihat environment gini =) oklah..kita mulakan yer.. senarai ni cheq cuma ambil dari pemerhatian cheq jer.. hehe Ustaz Azhar Idrus cara pendekatan yang berbeza dengan ceramah yang diselang-selikan dengan pertanyaan lumrah org muda berminat dengan isu2 semasa dan diberikan alternatif untuk bertanya secara direct tanpa perlu beralas bagai mudah didekati di FB.. ramai apa yang pakat melepak kat FB.. memang terbaik ,dalam kelekaan berFB, masih boleh menuntut ilmu Ustaz Don ...

bila bicara mengenai cinta

aduss..iz benar2 x faham dengan sifat wanita..yer,iz akui,iz memang ada perangai buruk,dulu memang suka mainkan perasaan wanita..tapi itu semua dulu,bila zaman kita masih x matang dan zaman sekolah,faham jela,zaman bilamana semua nak cuba,sikap terlalu kuat sifat ingin tahunya..waktu nila baru nak belajar mengenali kehidupan.. tapi pengalaman dan umur mengajar untuk lebih menghargai seseorang wanita ini..iz jadi takut untuk menjalinkan hubungan dengan sesiapa..bagi iz cukup sekadar berkawan ,xkan lebih dari itu..iz tau terkadang memang ada sifat yang terlalu mengambil berat, suka mendengar tapi iz tak pernah tahu yang semua ni sebenarnya boleh memberi harapan buat wanita..maaf,iz x pernah bermaksud yang demikian.. tapi apa yang iz pelajari kat sini,jangan sekali-kali memberi harapan pada wanita..cukuplah kalau ala kadar saja dalam perhubungan..jelaskan sejelas-jelasnya jika hanya mahu berkawan..jika tidak dijelaskan,mungkin si dia akan mengharapkan sesuatu yang lebih dari satu2 perhubu...

lelaki pendiam, baran?

lelaki pendiam ni selalu kita beranggapan sebagai seorang yang susah marah, cool, pastu suka pendamkan perasaan.. serupa ada emas dalam mulut, takut betul nak buka mulut bersembang dengan orang sekeliling. takut emas tu terkeluar. itulah persepsi orang terhadap orang yang pendiam ni.. biasa2.. tapi pernah tak korang terfikir yang sebenaqnya ada kemungkinan orang yang pendiam ni sebenaqnya seorang yang skali dia marah, marah dia lebih daripada orang yang tak berapa nak pendiam.. bagi che', ada kemungkinan nya.. orang yang diam2 ni kadang2 tak tahu cara nak melepaskan kemarahan yang terpendam dalam hati.. biasanya, marah2 ini dikumpul macam bom jangka, dannnnnn boMMmm!! meletup.. bahaya dak? bahaya kan... jadi jangan disangka orang yang pendiam ni takde yang panas baran... kena mood nak meletup marahnya tu, abisla... beza dengan orang yang marahnya, sikit2 marah... marah yang macam ni, dia terlepas waktu dia marah je, lepastu, selang masa tak berapa lama, dia okay balik... macam xde ...