Skip to main content

Kursus kat Janda Baik..

Alhamdulillah..selesai sudah menjalani kursus kepimpinan cemerlang Perodua di Janda Baik..apa yang boleh dikatakan?memang best ler..itu jela yang boleh dikongsi..syok..walau 3 hari 2 malam kat sana,tapi cepat je rasanya masa berlalu..apa yang buatkan kursus ni lebih syok bila dapat lari jap dari kerja,dari suasana kesibukan kepada keindahan alam ciptaan Allah s.w.t di Janda Baik..ketenangan hutan,air sungai dan kawan2..apa lagi nak?sume cukup..hehe..


nama kursus ni born2 excel..panel dier pulak En Marzuki..melalui kursus ini,kami didekatkan ngan sejarah melayu dari awal hingga la ke selepas kemerdekaan..dengar macam bosan??hehe..xla..seronok juga kalau belajar sejarah dengan pendekatan yang dibawa oleh En Marzuki ni..sempoi dan tidak terlalu lurus dan serius..barulah masuk apa yang diajarkan..yer dak..


kat sini,iz dipilih secara rambang(x layak pon sebenarnya) menjadi penghulu..kalau hampa nak tau,iz adalah peserta paling muda dalam aktiviti ni..yang lain banyak 25 ke atas dah..40 pon ada kot rasanya kalau x silap..haha..sape la yang tolak kawe ke depan aritu..x pasal2..kena juga jadi penghulu..jadila..dapat juga hadiah time balik..hehe..nak tgk antara peserta kat sana?jap eh..




macam biasala kalau kursus2 camnie..mesti ada kena wat kumpulan kan..samala ngan iz..ada juga kumpulan..nama kumpuan?BEZZA..nape nama tu..ada..rahsia..itu sebenarnya model Perodua yang baru,bakal keluar dan mungkin sebelum tahun 2015 akan dipasarkan kat Malaysia ni..hehe...tungguu..ni kumpulan BEZZA kami..kumpulan paling senget dialam semesta..


tu dia..hehe..SmiLe!!


dan disini ada satu gamba kontroversi..bersama ika..tak taula..masuk interviu sama2..keja sama2..ofis sama..kursus sama..kumpulan kat sini pon sama??x tau nak cakap apa..hehe..mungkin kebetulan yang berulang..nway..baik dak ni..sporting plus ceria2 happy go lucky..syokla kalau nak menyembang ngan dia..






err..cukup sudah la utk entry ni..sebelum menjadi album gamba yang melampau..hehe..terlalu banyak kenangan yang indah dirakam..nanti kot2 ada masa,iz sambung lagi ya..wat masa ni iz nak pegi berehat,tdo dulu..lewat malam dah ni..ngantuk pon ada..dahla besok Tun Mahathir nak dtg Perodua..mesti meriah nya lah...yola..jangan bincang pasal penyatuan perodua ngan proton udah ler..hehe..bye2~~

Comments

  1. bagus2 dgn ada nye kursus @ seminar dpt sedikit sebyk memotivasikan diri kita..btl x? janda kt janda baik apa khabar? baik2 aje ke..hehehe ;)

    ReplyDelete
  2. betul3..hurm..eja bila last p kursus2 ni?hehe..ntah ler..xder jumpe janda pon..tipu je..

    ReplyDelete
  3. eja last p kursus masa keja kt company zhulian aritu tp seminar tu 1 hari je..best jgk jumpa dgn CEO zhulian marketing pastu jumpa anuar zain secara live dia artis jemputan utk seminar tu..hehe kt psas dulu x da pn g kursus kt luar kt dlm psas byk la.. oh aritu ckp janda kt situ baik2..tipu ye :)

    ReplyDelete
  4. awek baru ke din? playboy ye skg ni..hahaha

    ReplyDelete
  5. dah lama tak gi apa2 kursus... hehe

    ReplyDelete
  6. chawie> kawan sekerja daa..apa awek pulak..ko kenal ak dari dulu camne kan?

    Ain> kursus JPJ,kira kursus juga tu..hehe..

    ReplyDelete
  7. Waa,eja nya kursus kan lg best..yela,zhulian lg kaya,hehe..ala,mana ad jumpa janda pun..

    ReplyDelete
  8. Krusus ni kat Resort apa nama dia?

    http://jandabaikpahang.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

lelaki pendiam, baran?

lelaki pendiam ni selalu kita beranggapan sebagai seorang yang susah marah, cool, pastu suka pendamkan perasaan.. serupa ada emas dalam mulut, takut betul nak buka mulut bersembang dengan orang sekeliling. takut emas tu terkeluar. itulah persepsi orang terhadap orang yang pendiam ni.. biasa2.. tapi pernah tak korang terfikir yang sebenaqnya ada kemungkinan orang yang pendiam ni sebenaqnya seorang yang skali dia marah, marah dia lebih daripada orang yang tak berapa nak pendiam.. bagi che', ada kemungkinan nya.. orang yang diam2 ni kadang2 tak tahu cara nak melepaskan kemarahan yang terpendam dalam hati.. biasanya, marah2 ini dikumpul macam bom jangka, dannnnnn boMMmm!! meletup.. bahaya dak? bahaya kan... jadi jangan disangka orang yang pendiam ni takde yang panas baran... kena mood nak meletup marahnya tu, abisla... beza dengan orang yang marahnya, sikit2 marah... marah yang macam ni, dia terlepas waktu dia marah je, lepastu, selang masa tak berapa lama, dia okay balik... macam xde ...

CINTA.Luahkan atau pendamkan?

ada terima soalan kat formspring tadi..tentang meluahkan perasan..hehe..terus jadikan entry jela..sebagai penjelasan yang ringkas dan simple(apa beza ringkas ngan simple,hehe) dari perspektif pandangan iz..boleh kan?ok,.teruskan membaca dan beri pandangan korang pulak..hehe.. pendamkan atau luahkan..memang satu pilihan yang sangt sukar sebenanrnya..bagi yang berpengalaman,pasti lebih faham apa yang iz cuba nak sampaikan..ada dua risiko disini..jika kita meminati seseorang..pasti kita sentiasa akan berada dalam dilema samada nak luahkan perasaan itu atau pendamkan sahaja kerana takutkan apa akibatnya.. mudah aje sebenarnya(bukan bermaksud ambil mudah)..hehe..hurm,kalau kita pendamkan perasaan ini, sampai bila pun si dia tidak akan mengetahui isi hati kita tu..memang mungkin dia boleh agak tapi jika dia jenis yang agak lurus, dan jenis x berapa sensitif dengan perasaan orang lain?x ke dah melepas kalau dier dah punya pilihan lain.. tahu,mungkin korang pendamkan kerana takutkan apa respon...

cara untuk kenal orang suka tikam belakang orang lain

cara untuk mengetahui orang yang bakal tikam belakang kita dalam mana2 institusi ni senang bangat.. berdasarkan pengalaman che' ada beberapa ciri2 yang boleh kita kenalpasti sekadar untuk berjaga-jaga dan kalau boleh elakkan dari berjumpa dan berurusan dengan orang gini.. suka mengumpat dan memburukkan orang lain depan kita.. memang syok layan bergosip dan mengumpat ini.. tapi kita kena sedaq yang dia boleh buat gitu kat orang lain, dekat kita sendiri dia nak buat perkara yang sama, celah kuku je.. so, bersedialah untuk ditikam dari belakang ya? sediakan handiplast siap2.. sakit woo kena tikam belakang, nak2 orang tu rapat sgt dengan kita ni haaa.. puas hati kalau dia dapat singkirkan orang yang dia tak suka pergi.. macam kepuasan yang amat sangat walhal mungkin lepas orang tu pegi, akan menyusahkan diri dia balik.. adakah ini yang dinamakan busuk hati? tuhan aje yang tau.. yang kita kalau duk melayan orang yang macam ni, tunggu turn la. mungkin perkara yang sama akan berlaku pada ...