Skip to main content

Posts

korban 2014

alhamdulillah, settle 6 ekor lembu tahun ni kat surau taman sri indah.... rasa macam cepat aje nak settlekan semua lembu2 tersebut bila ramai yang mai menolong... tu lah tak sangka, kat bandaq2 ni haaa, masih kuat semangat gotong royong..setakat ni, surau kat taman ni tak pernah mengecewakan... sentiasa ada aje yang datang join mengerjakan lembu2 tersebut.. bawak askar2 saya nu haaa... kemain menolong... ada yang siap bawak tool2 berkaitan lagi... sila refer gambaq di bawah... Bakul dengan torchlight? entah lerr... Yang 2 orang ni menolong kat dapuq... tolong memasak mungkin... si mia tengok lembu korban, bagitau mama dia, pasni dia dah takmo makan lembu lagi dah... haaa, sudahhh... lagi satu hal... Mia dengan ayeen. Agih2kan daging.. pakai sistem kupon... senang ! sebenaqnya ni pestaim cuba snap gambaq menggunakan sj4k tu... hasil dia, ok what... not bad... sebab sebelum ni memang guna kamera tu untuk video aje... tak sangka gambaq pun boleh... =) lepas ni senangla.. untuk ruang sempi...

kawen jugak, alhamdulillah =)

haih.. macam2 yang perlu diupdate tak berhupdate dalam tempoh 2 bulan ni... terasa terlalu banyak yang nak diceritakan... nak mula tang mana pun tak tau laaa... misalnya dalam dua bulan ni, 2 orang sahabat saya telah melangkah ke dunia baru, bukan alam barzakh, tapi alam perkahwinan... seronokla depa... yang pertama, sahabat saya dari kecil, kenalan dari tadika, yang telah berkahwin dengan orang manjung... dapat juga la menyempatkan diri untuk sampai ke kenduri beliau dalam kesibukan kerja hari2 yang tak pernah habis ni... tapi iyerla, nak melayankan kerja yang takkan pernah habis ni, takkanlah sampai nak terlepas kenduri kahwen sahabat dunia akhirat yang sorang ni...kan? dah pulak,sampai2 tunggu sejam dua tunggu rombongan pengantin lelaki mai, nak masuk sekali, rupa2 nya, kena jadi pengapit daaa... waaa.. betul punya bidan terjun ni.. seb baik pakai baju melayu... ada jugaklah rupa ala2 pengapit... buatnya pakai kemeja dengan seluar jean, kompem lari dari konsep punyalah... tapi sape ...

sj4000 malaysia

action cam yang bernama sj4k ni dah lama wujud pun sebenaqnya... sebagai seorang yang slow poke macam wa ni, biasalah... dah lama ada dalam pasaran, barulah nak terhegeh-hegeh nak cuba sj4k ni... buat mereka yang tak tau, sj4k ni adalah alternatif untuk action cam popular seantero dunia, go pro hd yang ramai sedia maklong, memang mahal ya amat.. dekat2 1.5k, belum termasuk aksesori... kotak pun special., tapi dtg dengan harga yg agak special jugak jadi sebagai seorang yang amat terkenal di balakong sebagai seorang yang bijak berbelanja dan mempunyai pertimbangan yang waras, beliau pun belilah satu unit sj4k dengan dealer terus pada harga yang amat murah nak dibandingkan dengan harga pasaran.. biasa mereka2 penjual akan jual satu unit dengan rege 320++ untuk seunit, saya dapat cuma dengan harga 270 untuk full set dengan aksesori.. ni pulak sj4k... penuh aksesori.. dah macam pasang2 lego =) setakat ni sangat2 berpuas hati dengan kualiti video dan sangat berbaloi dengan harga yang camtu.....

tips diet di bulan ramadhan bersama kevin zahriruddin

tips kali ni adalah tips untuk berdiet di bulan ramadhan... tau, ramai yang pasang cita2 untuk menurunkan berat badan di bulan pose ni.. yela, dapat dua dalam satu.. selain beribadah ,dapat jugak turunkan berat badan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya bmi yang lebih sihat dan seimbang... jadi, mai terus kita ke list di bawah. 1) dapatkan supplement yang betul dan mempunyai pengiktirafan dari kkm... berapa penting supplement ini? takdela penting sangat pun...takde supplement apa pun dalam muka bumi ni yang mampu menurunkan berat badan dengan segera.. dadah mungkin, cuma cepat sikitla ke tanah kubur. ia hanya sebagai semangat dan omputeh kata kick start, motivasi untuk mind set kita ni mengatakan 'boleh' untuk menurunkan berat badan.. jangan main2, jika kita dah setkan target, ditambah sokongan moral dari supplement ini, insyaallah.. berat tu boleh turun. cuma pastikan dapat nasihat dari pakar diet, ataupun dr. 2) terlalu cliche' , tapi itulah hakikatnya.. kurangkan makan n...

mata boleh senyum

situasi: di trafik light yang padat dengan motor berada di hadapan barisan kereta yang panjang di tengah ibukota.. berdiri segaknya seorang mamat dengan moto besaq tak berapa besaq sangat dengan berfullface helmet dan kebetulan di sebelah beliau pula terdapat seorang lagi minah berskuter ingin p keja gamaknya memandang mamat tersebut berulang kali.. mamat tersebut yang berfullface tadi, dengan perasan nya ingat minah tu syok kat beliau kot, memang sesungguhnya beliau perasan semata-mata.. dan dengan yakin nya melemparkan senyuman yang tersembunyi di sebalik fullface mengharapkan senyuman beliau diterima oleh minah tadi.. dan minah tersebut tersenyum kembali =) * senyuman itu walau tersembunyi, namun boleh disampaikan melalui keikhlasan dan mata juga boleh jadi medium menyampaikan senyuman =)

rezeki

dah tetiba harini saya tersedaq dari lamunan yang panjang, apa ertinya rezeki... ehem,...dah ko ni kenapa ? terhantuk ke apa... eh, lek luuu.....takpe2, pelan2 saya akan terangkan ... seringkali kita tersalah tafsir, apa itu rezeki yang sebenaqnya.. sebut aja rezeki, jujurlah... apa yang mula2 kita bayangkan? sah2, duit yang muncul dalam fikiran, sambil simbol $ keluar secara automatik di mata kalian.... benaq kah rezeki itu, hanyalah wang semata-mata? nak tak nak, kita ni hidup dalam zaman yang benaq2 mencabar... takde duit, apa pun tak boleh, kan? itulah realiti nya... namun, kalau dipikiaqkan dengan lebih mendalam, duit bukanlah segalanya... dah terlalu lama kita menyempitkan erti dan makna sebenaq apa itu rezeki dengan menganggap rezeki=duit=harta... luaskanlah pengertian kita terhadap rezeki tu sendiri.. dengan rasa bersyukur, insyaallah, hati kita akan mendefinasikan rezeki dengan skop yang lebih luas... mempunyai masa yang lapang itu rezeki, mempunyai keluarga itu rezeki, masih ...

refresh hobi

tetiba je rasa macam nak listingkan sume hobi2 yang selama ni tersemat sebati di dalam diri... cewahhh.. haha.. so, jom ke list yang disenaraikan di bawah. 1) hobi permotoran.. hobi ni memang dah lama ada, sejak pakai moto ninja 250r tu.. dari mula keja sampai la la nie, masih belum pudar rasa hobi naik motor ni... bila naik moto, jauh bezanya banding dengan memandu kereta... rasa angin2, rasa kelajuan yang laju jugalah walau tak seberapa, rasa agak bebas bila tempuh jem, seronok bila rem2 moto sikit (* tapi bukan dalam taman ler, ada timbang rasa ler sikit yer?,hehe), dan 1001 lagi lah kepuasan dalam menunggang motorsikal ni.. hanya bikers je yang memahaminya, cewahhhh 2) fotografi... dari dulu lagi memang minat sangat dengan dunia fotografi yang luas tu.. cuma yer la, bukan nya murah menda2 dslr ni... dulu duk pinjam kengkawan punya, la nie dah keja, simpan sikit2 mampu ler nak beli dslr.. mula dengan nikon D3200, dah tukar ke D300, lens pun dah tambah 2-3 biji, memang rasa puas dapa...