Skip to main content

Posts

sj4000 malaysia

action cam yang bernama sj4k ni dah lama wujud pun sebenaqnya... sebagai seorang yang slow poke macam wa ni, biasalah... dah lama ada dalam pasaran, barulah nak terhegeh-hegeh nak cuba sj4k ni... buat mereka yang tak tau, sj4k ni adalah alternatif untuk action cam popular seantero dunia, go pro hd yang ramai sedia maklong, memang mahal ya amat.. dekat2 1.5k, belum termasuk aksesori... kotak pun special., tapi dtg dengan harga yg agak special jugak jadi sebagai seorang yang amat terkenal di balakong sebagai seorang yang bijak berbelanja dan mempunyai pertimbangan yang waras, beliau pun belilah satu unit sj4k dengan dealer terus pada harga yang amat murah nak dibandingkan dengan harga pasaran.. biasa mereka2 penjual akan jual satu unit dengan rege 320++ untuk seunit, saya dapat cuma dengan harga 270 untuk full set dengan aksesori.. ni pulak sj4k... penuh aksesori.. dah macam pasang2 lego =) setakat ni sangat2 berpuas hati dengan kualiti video dan sangat berbaloi dengan harga yang camtu.....

tips diet di bulan ramadhan bersama kevin zahriruddin

tips kali ni adalah tips untuk berdiet di bulan ramadhan... tau, ramai yang pasang cita2 untuk menurunkan berat badan di bulan pose ni.. yela, dapat dua dalam satu.. selain beribadah ,dapat jugak turunkan berat badan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya bmi yang lebih sihat dan seimbang... jadi, mai terus kita ke list di bawah. 1) dapatkan supplement yang betul dan mempunyai pengiktirafan dari kkm... berapa penting supplement ini? takdela penting sangat pun...takde supplement apa pun dalam muka bumi ni yang mampu menurunkan berat badan dengan segera.. dadah mungkin, cuma cepat sikitla ke tanah kubur. ia hanya sebagai semangat dan omputeh kata kick start, motivasi untuk mind set kita ni mengatakan 'boleh' untuk menurunkan berat badan.. jangan main2, jika kita dah setkan target, ditambah sokongan moral dari supplement ini, insyaallah.. berat tu boleh turun. cuma pastikan dapat nasihat dari pakar diet, ataupun dr. 2) terlalu cliche' , tapi itulah hakikatnya.. kurangkan makan n...

mata boleh senyum

situasi: di trafik light yang padat dengan motor berada di hadapan barisan kereta yang panjang di tengah ibukota.. berdiri segaknya seorang mamat dengan moto besaq tak berapa besaq sangat dengan berfullface helmet dan kebetulan di sebelah beliau pula terdapat seorang lagi minah berskuter ingin p keja gamaknya memandang mamat tersebut berulang kali.. mamat tersebut yang berfullface tadi, dengan perasan nya ingat minah tu syok kat beliau kot, memang sesungguhnya beliau perasan semata-mata.. dan dengan yakin nya melemparkan senyuman yang tersembunyi di sebalik fullface mengharapkan senyuman beliau diterima oleh minah tadi.. dan minah tersebut tersenyum kembali =) * senyuman itu walau tersembunyi, namun boleh disampaikan melalui keikhlasan dan mata juga boleh jadi medium menyampaikan senyuman =)

rezeki

dah tetiba harini saya tersedaq dari lamunan yang panjang, apa ertinya rezeki... ehem,...dah ko ni kenapa ? terhantuk ke apa... eh, lek luuu.....takpe2, pelan2 saya akan terangkan ... seringkali kita tersalah tafsir, apa itu rezeki yang sebenaqnya.. sebut aja rezeki, jujurlah... apa yang mula2 kita bayangkan? sah2, duit yang muncul dalam fikiran, sambil simbol $ keluar secara automatik di mata kalian.... benaq kah rezeki itu, hanyalah wang semata-mata? nak tak nak, kita ni hidup dalam zaman yang benaq2 mencabar... takde duit, apa pun tak boleh, kan? itulah realiti nya... namun, kalau dipikiaqkan dengan lebih mendalam, duit bukanlah segalanya... dah terlalu lama kita menyempitkan erti dan makna sebenaq apa itu rezeki dengan menganggap rezeki=duit=harta... luaskanlah pengertian kita terhadap rezeki tu sendiri.. dengan rasa bersyukur, insyaallah, hati kita akan mendefinasikan rezeki dengan skop yang lebih luas... mempunyai masa yang lapang itu rezeki, mempunyai keluarga itu rezeki, masih ...

refresh hobi

tetiba je rasa macam nak listingkan sume hobi2 yang selama ni tersemat sebati di dalam diri... cewahhh.. haha.. so, jom ke list yang disenaraikan di bawah. 1) hobi permotoran.. hobi ni memang dah lama ada, sejak pakai moto ninja 250r tu.. dari mula keja sampai la la nie, masih belum pudar rasa hobi naik motor ni... bila naik moto, jauh bezanya banding dengan memandu kereta... rasa angin2, rasa kelajuan yang laju jugalah walau tak seberapa, rasa agak bebas bila tempuh jem, seronok bila rem2 moto sikit (* tapi bukan dalam taman ler, ada timbang rasa ler sikit yer?,hehe), dan 1001 lagi lah kepuasan dalam menunggang motorsikal ni.. hanya bikers je yang memahaminya, cewahhhh 2) fotografi... dari dulu lagi memang minat sangat dengan dunia fotografi yang luas tu.. cuma yer la, bukan nya murah menda2 dslr ni... dulu duk pinjam kengkawan punya, la nie dah keja, simpan sikit2 mampu ler nak beli dslr.. mula dengan nikon D3200, dah tukar ke D300, lens pun dah tambah 2-3 biji, memang rasa puas dapa...

DiSC test

baru2 ni la yang dalam team building tu, yang entry lepas tu... kan saya ada ceritakan tentang ujian karakteristik yang diorang panggil DiSC, so saya pun ambikla test ni dengan jayanya... dan hasil dari test tersebut, saya dikategorikan dalam 'i'... tengokkan pada list karakter kat atas, tak taula nak cakap betul ke idak.. tapi bolehla.. adalah yang sipi2 kena.... takdela nak kata semua betul.. tapi iyela... menda kajian2 ni bukan amik masa yang kejap2 yer tak.. makan tahun jugak diorang menda2 kajian ni... bagi saya, kita ni manusia, sikap pasti sentiasa berubah-ubah.. xder maknanya sikap yang statik je... mesti berubah tengokkan pada keadaan kita masa tu.. kan? btw, more concern to popularity? wah.... glamer u... kui3... mana ada mengejar populariti sangatlah.... cuma iyelaa..saya akui, saya suka menda2 teamwork ni... suka minta tolong, upkan semangat orang lain... bukan nya nak membuli... orang je selalu salah faham... greatest fear tu memang saya akui sangat2lah... memang, ...

team building KPJ HQ

buat kali pertama nya lah kami berjaya jugak buat team building setelah lama jugakla bersama kpjwellness... walaupun takla jauh sangat peginya, buat dekat hq ni je... tapi okayla... dapat la jugak menaikkan semangat ke tahap fuhhhh... semangatnya nak p keja... rasa macam nak duk opis je xmo balik dah.. kih3... tahun ni operation meeting, nampak dah bertambah keluarga wellness ni haaa... dari dulu kecik je, adalah dalam 20++ lebih orang, tahun ni je nak dekat 40 orang dah... ni pun nak tambah bukak cawangan kat kpj2 lain nya... makin bertambah manpower, harapnya makin bertambah la profit kat kpj, makin bertambah la bonus nya untuk kami staff2 ni haa... simple matematik... kih3... salah satu yang paling penting dalam teambuilding ni, ujian karakterisitik tu.. 4 pecahan karakteristik, yang selama ni mungkin kita tak pernah perasan... menda2 nilah yang membuatkan kita ni selalu je salah faham kan.. ingatkan konflik dari gen x,y yang bertahun-tahun merupakan punca yang selalu dipersalahkan....