Skip to main content

hobi abang2

ok adik2, ni abang nak cerita hobi baru abg.. mai singgah, mai singgah.. well, dulu waktu abang kecik2 dulu time skola rendah pakai baju uniform kaler putih seluar biru panjang, hobi paling otai sekali pun abg main bola getah.. bola getah tu biasa rege singgit kot, kena tikam dapatlah.. pastu baling kat lantai pastu dia pantul ke awan tinggi.. ikut pengalaman, life cycle bola getah ni adalah dalam 5~6 kali pantul je.. lepas tu kompem hilang masuk semak.. dah membazir.. esok p skola, beli lagi bola getah tersebut dan ulang2 la.. nampak sangat hobi ni sangat sia2 dan hai.. nak wat guaner, pemikiran budak2.. layankan jela..



15 tahun kemudian, abang dah umur 24 tahun.. takkanlah abang nak main bola getah tu lagi yer dak? malulah abang sebagai pemuda harapan agama bangsa dan negara.. maka anjakan paradigma haruslah dilakukan.. abang hupgrade hobi abang minggu lepas p jalan pasar beli sesuatu untuk dijadikan hobi... sat naa abang belek gallery enfon ni sat upload gamba.......
















































niat asal abang waktu beli menda alah ni betul memang nak bagi hadiah buat anak buah tersayang.. namun segala nya meleset setelah abang bwk balik opis nak test la kunun2 nya.. tapi apakan daya, hampeh gamaknya.. anak buah abang nampaknya dapat kapal terbang kertas jela.. acik mu dah terpesona dengan menatang ni.. best, boleh buat release stress di tempat keja..kui3.. sat gamba controller dia sat naa..














nak mahir kawal menatang ni sekejap je.. jatuh mula2 tu biasalaa.. tapi tak kisah,, bahan buatan dia nampak berkualiti je.. langgar meja, komputer, lampu hiasan, langgar orang, setakat ni pass lagi.. x menunjukkan kerosakan yang ketara laa.. okaylaa... nak tau rege dia berapa? haha.. kalau gtau pong bukan percaya nih.. hanya rm 50 sahaja.. murahnya aii.. pelik2.. kot2 ada yang nak start hobi ni, nak tanya apa2, sila2 kan lah =)

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

ustaz mesra remaja.

hehe.sebelum teruskan dengan entry ni.. jangan pikiaq bukan2 pulak yer.. mesra yang cheq maksudkan kat sini ialah mungkin kebolehan ustaz2 ni dalam menarik minat mereka yang berjiwa muda (x semestinya remaja,okay!) untuk datang ceramah diorang, dengar rakaman video atau mp3 ceramah2 diorang.. sekarang ni cheq perhatikan kelainan dalam persekitaran orang2 muda ni dalam mencari hiburan. nak tau beza nya bila banyak org muda yang memenuhi majlis2 ilmu yang dulunya mungkin hanya orang2 veteran je yang penuh..betul x ? kan ke sihat environment gini =) oklah..kita mulakan yer.. senarai ni cheq cuma ambil dari pemerhatian cheq jer.. hehe Ustaz Azhar Idrus cara pendekatan yang berbeza dengan ceramah yang diselang-selikan dengan pertanyaan lumrah org muda berminat dengan isu2 semasa dan diberikan alternatif untuk bertanya secara direct tanpa perlu beralas bagai mudah didekati di FB.. ramai apa yang pakat melepak kat FB.. memang terbaik ,dalam kelekaan berFB, masih boleh menuntut ilmu Ustaz Don ...

bila bicara mengenai cinta

aduss..iz benar2 x faham dengan sifat wanita..yer,iz akui,iz memang ada perangai buruk,dulu memang suka mainkan perasaan wanita..tapi itu semua dulu,bila zaman kita masih x matang dan zaman sekolah,faham jela,zaman bilamana semua nak cuba,sikap terlalu kuat sifat ingin tahunya..waktu nila baru nak belajar mengenali kehidupan.. tapi pengalaman dan umur mengajar untuk lebih menghargai seseorang wanita ini..iz jadi takut untuk menjalinkan hubungan dengan sesiapa..bagi iz cukup sekadar berkawan ,xkan lebih dari itu..iz tau terkadang memang ada sifat yang terlalu mengambil berat, suka mendengar tapi iz tak pernah tahu yang semua ni sebenarnya boleh memberi harapan buat wanita..maaf,iz x pernah bermaksud yang demikian.. tapi apa yang iz pelajari kat sini,jangan sekali-kali memberi harapan pada wanita..cukuplah kalau ala kadar saja dalam perhubungan..jelaskan sejelas-jelasnya jika hanya mahu berkawan..jika tidak dijelaskan,mungkin si dia akan mengharapkan sesuatu yang lebih dari satu2 perhubu...

lelaki pendiam, baran?

lelaki pendiam ni selalu kita beranggapan sebagai seorang yang susah marah, cool, pastu suka pendamkan perasaan.. serupa ada emas dalam mulut, takut betul nak buka mulut bersembang dengan orang sekeliling. takut emas tu terkeluar. itulah persepsi orang terhadap orang yang pendiam ni.. biasa2.. tapi pernah tak korang terfikir yang sebenaqnya ada kemungkinan orang yang pendiam ni sebenaqnya seorang yang skali dia marah, marah dia lebih daripada orang yang tak berapa nak pendiam.. bagi che', ada kemungkinan nya.. orang yang diam2 ni kadang2 tak tahu cara nak melepaskan kemarahan yang terpendam dalam hati.. biasanya, marah2 ini dikumpul macam bom jangka, dannnnnn boMMmm!! meletup.. bahaya dak? bahaya kan... jadi jangan disangka orang yang pendiam ni takde yang panas baran... kena mood nak meletup marahnya tu, abisla... beza dengan orang yang marahnya, sikit2 marah... marah yang macam ni, dia terlepas waktu dia marah je, lepastu, selang masa tak berapa lama, dia okay balik... macam xde ...