Skip to main content

jika nabi masih bersama kita






pernah tak kita terfikir bila kita duk2 santai, dalam kekosongan jiwa, dalam terlalu banyak kekurangan dalam diri, hanyut dalam dosa sendiri yang tak terkira banyaknya, ketika itu nabi ada bersama dengan kita?



pasti rasa malu itu ada untuk menatap wajah nabi s.a.w. apa yang kita nak katakan ada rasullallah s.a.w? pasti terlalu banyak yang kita ingin adukan pada rasulallah s.a.w kan.. hurm.. sedih mengingatkan jika kita dapat bertemu rasulallah s.a.w dalam keadaan kita sekarang ini.. terlalu jauh dengan rasa kecintaan kepada nabi... terlalu banyak dosa.. terlalu banyak kekhilafan dalam diri..



terlalu senang untuk kita terjerumus dalam dosa.. begitu mudah untuk kita hanyut dalam kemaksiatan.. terlalu hina sebenarnya untuk kita menghadap kekasih allah s.w.t. layakkah kita untuk menjadi pencinta rasul? sunnah pun masih ada perasaan malu.. sunnah dalam perbuatan, sunnah dalam amalan seharian..



jika bolehlah diri ini yang hina dan kotor ini dapat berjumpa dengan rasullallah s.a.w, teringin nak minta didoakan untuk ditetapkan hati untuk mencintai Allah dan rasul.. sentiasa istiqamah dalam beribadah.. susah untuk kita berada dalam istiqamahnya kita dalam keadaan beriman.. terlalu banyak ujian untuk hidup dalam zaman ni.. hati yang rapuh, dengan ujian paling kecil sekalipun dapat menggoyahkan iman..



Rasullallah s.a.w, jika baginda bersama kita harini, pasti banyak masalah umat dapat diselesaikan.. namun, hakikat perlu diterima... kembalilah kepada islam.. tak pernah terlambat untuk memperbaiki diri.. tak pernah terlewat untuk bertaubat selagi nyawa belum ditarik.. tiada istilah bertangguh dalam kembali kejalan diredhai allah.. sayangilah sunnah2 nabi.. ikutla mana yang termampu..



andai rasulallah s.a.w bersama kita, apa yang ingin kita katakan??

Comments

  1. rasa sedih...
    betol apa yang awak tulis dalm entry ni... kita jauh bezanya. nak jumpa rasullullah pun segan dgn terlalu bnyak khilaf...

    Namun dlam hati mendambakan utk bertemu baginda. Masih kuat rasa rindu....

    Sama-sama kita terus hidupkan sunnah rasullullah.

    ReplyDelete
  2. Itula.. Kena biasakan diri untuk mengamalkan sunnah2 nabi, terutamanya bab akhlak..
    Moga kita sentiasa didekatkan diri untuk mencintai nabi..
    Walau tak pernah bersua, rasa rindu itu sangatlah terasa..

    ReplyDelete
  3. sedaya upaya memperbaiki diri -.-

    baginda syg kan kita walau tak pernah bersua....

    ReplyDelete
  4. tq bro. perkongsian yang baik. buat aku melihat diri.

    ReplyDelete
  5. Harap kita juga mencintai nabi., walau tak pernah bersua..

    ReplyDelete
  6. Aku pun.. Bila lihat diri, cerminkan balik..
    Alahaiii..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ustaz mesra remaja.

hehe.sebelum teruskan dengan entry ni.. jangan pikiaq bukan2 pulak yer.. mesra yang cheq maksudkan kat sini ialah mungkin kebolehan ustaz2 ni dalam menarik minat mereka yang berjiwa muda (x semestinya remaja,okay!) untuk datang ceramah diorang, dengar rakaman video atau mp3 ceramah2 diorang.. sekarang ni cheq perhatikan kelainan dalam persekitaran orang2 muda ni dalam mencari hiburan. nak tau beza nya bila banyak org muda yang memenuhi majlis2 ilmu yang dulunya mungkin hanya orang2 veteran je yang penuh..betul x ? kan ke sihat environment gini =) oklah..kita mulakan yer.. senarai ni cheq cuma ambil dari pemerhatian cheq jer.. hehe Ustaz Azhar Idrus cara pendekatan yang berbeza dengan ceramah yang diselang-selikan dengan pertanyaan lumrah org muda berminat dengan isu2 semasa dan diberikan alternatif untuk bertanya secara direct tanpa perlu beralas bagai mudah didekati di FB.. ramai apa yang pakat melepak kat FB.. memang terbaik ,dalam kelekaan berFB, masih boleh menuntut ilmu Ustaz Don ...

bila bicara mengenai cinta

aduss..iz benar2 x faham dengan sifat wanita..yer,iz akui,iz memang ada perangai buruk,dulu memang suka mainkan perasaan wanita..tapi itu semua dulu,bila zaman kita masih x matang dan zaman sekolah,faham jela,zaman bilamana semua nak cuba,sikap terlalu kuat sifat ingin tahunya..waktu nila baru nak belajar mengenali kehidupan.. tapi pengalaman dan umur mengajar untuk lebih menghargai seseorang wanita ini..iz jadi takut untuk menjalinkan hubungan dengan sesiapa..bagi iz cukup sekadar berkawan ,xkan lebih dari itu..iz tau terkadang memang ada sifat yang terlalu mengambil berat, suka mendengar tapi iz tak pernah tahu yang semua ni sebenarnya boleh memberi harapan buat wanita..maaf,iz x pernah bermaksud yang demikian.. tapi apa yang iz pelajari kat sini,jangan sekali-kali memberi harapan pada wanita..cukuplah kalau ala kadar saja dalam perhubungan..jelaskan sejelas-jelasnya jika hanya mahu berkawan..jika tidak dijelaskan,mungkin si dia akan mengharapkan sesuatu yang lebih dari satu2 perhubu...

pengakuan berani Iz

alhamdulillah..kembali lagi menghupdate..syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana masih lagi diberi peluang untuk menarik nafas, diberikan rezeki dan atas segala-galanya..hurm..tengok kan pada entry sebelum ni,alhamdulillah..ada juga yang sudi join GA iz yang x seberapa ni..jadila..hanya penghargaan iz untuk hangpa semua ler..hehe..nak join?ketik sini .. amboi,tajuk kat atas..kemain lagi..pengakuan berani iz??pulak dah..iz ada wat silap ke??adala punya pasal ni..haha..sebelum tu nak minta maaf kat kawan2 iz sume..iz bukan bermaksud pape..saje je la nak gurau senda ngan korang..lama x jumpe la katakan..kah3.. bagi yang baca entry iz sebelum ni..iz ada wat note kecik kat bawah tu..ala,yg kaler merah tu..2 hari lagi ada suprise dari cintailmu89 kan2?ni nak gtau la ni..hehe..janji mesti dikotakan...hehe..suprise yang dimaksudkan iz sebelum ni tu sebenarnya iz beli moto sebenarnya..alhamdulillah,semalam dah boleh bawak keluar dah moto tu..syukur..saba je tunggu brape hari..leh lak kena hari pek...