Skip to main content

ustaz itu jahat =(

alhamdulillah, sampai sudah ke penghujung ramadhan.. syukur jika ada yang mula rasa berubah (*kearah lebih baik) dan istiqamah nya dia dalam perubahan itu dapat kekal untuk tahun2 mendatang.. dalam bulan ramadhan ini , kalau per 10, berapa gaknya markah yang kita dapat? cer korang cuba memarkahkan diri sendiri.. markah plus bintang2 tak?hehe





berprasangka baik terhadap sesuatu itu sangatlah dituntut.. erk, tetiba je masuk cerita berprasangka baik.. gilo ke apo.. haha.. dak aih, che' nak kaitkan dengan tajuk kat atas tu.. ada la member2 yang anti dengan ustaz itu, ustaz ini.. untuk membenci perbuatan dan tingkah laku seseorang itu che' tak nafikan, terkadang susah untuk kita elakkan terutamanya bab pendirian..



namun, jangan sesekali kita meletakkan hukum pada sang ustaz tersebut.. sedangkan rahmat allah itu luas, apa hak kita untuk menghukum seseorang.. biaq p lah sejahat mana sekali pun ustaz, teman atau sesiapa sekali pun, jangan sekali-kali kita berputus asa untuk dia, dan sentiasalah muhasabah diri kita untuk meletakkan harapan untuk dia berubah.. angin hidayah tak pernah mengenal sesiapa kan?



oklah, entry mungkin yang terakhir sebelum che' bercuti beraya.. seminggu wooo!! hehe.. ni yang tengah duk baca ni berapa hari cuti? 3 hari je?? kesian3.. kui3.. gurau2 je la.. berapa hari cuti tak penting, berapa hari cuti kita itu dimanfaatkan lebih penting. ambil sepenuh peluang di bulan syawal yang bakal mendatang ni untuk membersihkan penyakit hati dengan meminta maaf dengan semua orang dan memaafkan semua orang agar tidak terbeban dengan dendam dalam hati, insyaallah.. mudah2an.. =)

Comments

  1. mudah mudahan laa yea..=)
    selamat hari raya aidilfirti..

    ps: perli yea?..ai memang cuti 3HARI je pon!!!..

    ReplyDelete
  2. 3 hari pon jadila..
    ada org tak cuti langung.. (*cover balik)..hehe

    selamat hari raya juga qaseh =)

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya juga kat ko alien...

    ReplyDelete
  4. kite cuti 3 bulan *dengan nada angkuh*

    Sila cemburu sekarang! Ahaks!

    ReplyDelete
  5. Waaa.. Lagi lama...
    Melampau betul... Haha
    Tapi dah nak abiskan cutinya? Haha

    ReplyDelete
  6. ustaz pun mnusia biasa..x maksum cm nabi.nobody's perfectkn..so tgk kt dri sendiri je la.ambik mana y baik je..y x elok tu..jauh2kn.Nauzubillah..

    Slmt hri raya IZ.Minal aidin wal faizin.

    ReplyDelete
  7. Betul tu.. Gitula gamaknya..
    Yang faham baguihla..
    Yang tak betapa ak faham nih.. Hehe..
    Selamat hari raya juga :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ustaz mesra remaja.

hehe.sebelum teruskan dengan entry ni.. jangan pikiaq bukan2 pulak yer.. mesra yang cheq maksudkan kat sini ialah mungkin kebolehan ustaz2 ni dalam menarik minat mereka yang berjiwa muda (x semestinya remaja,okay!) untuk datang ceramah diorang, dengar rakaman video atau mp3 ceramah2 diorang.. sekarang ni cheq perhatikan kelainan dalam persekitaran orang2 muda ni dalam mencari hiburan. nak tau beza nya bila banyak org muda yang memenuhi majlis2 ilmu yang dulunya mungkin hanya orang2 veteran je yang penuh..betul x ? kan ke sihat environment gini =) oklah..kita mulakan yer.. senarai ni cheq cuma ambil dari pemerhatian cheq jer.. hehe Ustaz Azhar Idrus cara pendekatan yang berbeza dengan ceramah yang diselang-selikan dengan pertanyaan lumrah org muda berminat dengan isu2 semasa dan diberikan alternatif untuk bertanya secara direct tanpa perlu beralas bagai mudah didekati di FB.. ramai apa yang pakat melepak kat FB.. memang terbaik ,dalam kelekaan berFB, masih boleh menuntut ilmu Ustaz Don ...

bila bicara mengenai cinta

aduss..iz benar2 x faham dengan sifat wanita..yer,iz akui,iz memang ada perangai buruk,dulu memang suka mainkan perasaan wanita..tapi itu semua dulu,bila zaman kita masih x matang dan zaman sekolah,faham jela,zaman bilamana semua nak cuba,sikap terlalu kuat sifat ingin tahunya..waktu nila baru nak belajar mengenali kehidupan.. tapi pengalaman dan umur mengajar untuk lebih menghargai seseorang wanita ini..iz jadi takut untuk menjalinkan hubungan dengan sesiapa..bagi iz cukup sekadar berkawan ,xkan lebih dari itu..iz tau terkadang memang ada sifat yang terlalu mengambil berat, suka mendengar tapi iz tak pernah tahu yang semua ni sebenarnya boleh memberi harapan buat wanita..maaf,iz x pernah bermaksud yang demikian.. tapi apa yang iz pelajari kat sini,jangan sekali-kali memberi harapan pada wanita..cukuplah kalau ala kadar saja dalam perhubungan..jelaskan sejelas-jelasnya jika hanya mahu berkawan..jika tidak dijelaskan,mungkin si dia akan mengharapkan sesuatu yang lebih dari satu2 perhubu...

lelaki pendiam, baran?

lelaki pendiam ni selalu kita beranggapan sebagai seorang yang susah marah, cool, pastu suka pendamkan perasaan.. serupa ada emas dalam mulut, takut betul nak buka mulut bersembang dengan orang sekeliling. takut emas tu terkeluar. itulah persepsi orang terhadap orang yang pendiam ni.. biasa2.. tapi pernah tak korang terfikir yang sebenaqnya ada kemungkinan orang yang pendiam ni sebenaqnya seorang yang skali dia marah, marah dia lebih daripada orang yang tak berapa nak pendiam.. bagi che', ada kemungkinan nya.. orang yang diam2 ni kadang2 tak tahu cara nak melepaskan kemarahan yang terpendam dalam hati.. biasanya, marah2 ini dikumpul macam bom jangka, dannnnnn boMMmm!! meletup.. bahaya dak? bahaya kan... jadi jangan disangka orang yang pendiam ni takde yang panas baran... kena mood nak meletup marahnya tu, abisla... beza dengan orang yang marahnya, sikit2 marah... marah yang macam ni, dia terlepas waktu dia marah je, lepastu, selang masa tak berapa lama, dia okay balik... macam xde ...