Skip to main content

Rasa tak selesa

Ada sekali tu rasa macam sangat tak selesa bila macam kat fb tuh, kan ada ruang chat.. pastu adalah macam stranger yang bagi salam, nak berkenalan..  err, salah ke bro? X salah langsung sebenaqnya...


Cuma, bila macam mula setakat tanya2 khabo, nama oklah.. sekali bila meleret ke tanya kerja, status, tu yang buat rasa macam xmo je teruskan perbualan.. apa kita rasa bilamana seseorang yang baru kita nak kenali ni, tanya soalan2 peribadi? Mesti rasa awkward kan?


Maafla pada yang duk mesej2 tu, bila che' mula tak balas mesej tu bukanlah apa.. che' cuma tak selesa kalau orang yang tidak che' kenali rapat ni, bertanyakan soalan2 peribadi.. dari duk teruskan rasa tak selesa ni che' terus tamatkan perbualan.. no hard feeling okay=)


* aset pertama dalam hidup? Alhamdulilah :-)


Comments

  1. Assalammualaikum.. Tak jawab dosa, jawab sayang! Ahaks....

    Nak berkenalan muleh? Kite ni takde la cantik mane tapi boleh la sedap sedap mata memandang.

    Kalau Tak sedap takpe. Boleh mekap tebai2 ahaks lagi...

    Dah keje belum? Kalau belum, carilah keje.

    Dah kahwin belum? Kalau belum, boleh lah kite cube naseb ek ek? Hikhik

    *macam nak tampiaq ja diri sendiri kan taip begini* hikhik <--- Ketawe bajet homel homel =P

    Tulah. Kekadang memang sangat sangat tidak lah selesa kalau tetiba ada orang chat dekat chatbox tu. SO, cara terbaik nak elakkan diri dari menerima chat tersebot adalah dengan dengan dengan "chat offline". Hehe. Cheq selalu aih buat lagu tu. Bajet retis sangat kan bila offline kan chat ittew, Opps, bocoq rehsia :P

    ReplyDelete
  2. Eh fatin.. bukan dah delete fb ka.. Ang buat akaun baru yer.. Sabo jela.. bukan nak habaq mai.. Hurm, camne exam.. sume ok2 x? Lama x menyembang..

    ReplyDelete
  3. meh chat meh

    hehe

    kalo ikutkan kalau laki n pempuan bork xde tujuan atau mende sia2 pon haram kan

    jdi xpayahla rse bslah xlayan sesape kan?

    ReplyDelete
  4. sama la.. xsuka betul.. bila dilayan macam2 plak ditanya.. tp bila xlayan dikatakan sombong plak

    ReplyDelete
  5. iffah>>

    Itula.. kalau ikutkan, memang rasa bersalah..
    Tapi atas rasa terlalu peribadi, trpaksalah.. nak buat camne..
    Tak kisah jika dah lama kenal nak tanya..
    Tapi kalau baru nak berkenalan, tanyalah sekadarnya..
    Takde masaalah langsung..

    ReplyDelete
  6. Mai>>

    Takpe mai dikatakan sombong..
    Kita kena tau batas dalam nak dedahkan maklumat peribadi..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ustaz mesra remaja.

hehe.sebelum teruskan dengan entry ni.. jangan pikiaq bukan2 pulak yer.. mesra yang cheq maksudkan kat sini ialah mungkin kebolehan ustaz2 ni dalam menarik minat mereka yang berjiwa muda (x semestinya remaja,okay!) untuk datang ceramah diorang, dengar rakaman video atau mp3 ceramah2 diorang.. sekarang ni cheq perhatikan kelainan dalam persekitaran orang2 muda ni dalam mencari hiburan. nak tau beza nya bila banyak org muda yang memenuhi majlis2 ilmu yang dulunya mungkin hanya orang2 veteran je yang penuh..betul x ? kan ke sihat environment gini =) oklah..kita mulakan yer.. senarai ni cheq cuma ambil dari pemerhatian cheq jer.. hehe Ustaz Azhar Idrus cara pendekatan yang berbeza dengan ceramah yang diselang-selikan dengan pertanyaan lumrah org muda berminat dengan isu2 semasa dan diberikan alternatif untuk bertanya secara direct tanpa perlu beralas bagai mudah didekati di FB.. ramai apa yang pakat melepak kat FB.. memang terbaik ,dalam kelekaan berFB, masih boleh menuntut ilmu Ustaz Don ...

bila bicara mengenai cinta

aduss..iz benar2 x faham dengan sifat wanita..yer,iz akui,iz memang ada perangai buruk,dulu memang suka mainkan perasaan wanita..tapi itu semua dulu,bila zaman kita masih x matang dan zaman sekolah,faham jela,zaman bilamana semua nak cuba,sikap terlalu kuat sifat ingin tahunya..waktu nila baru nak belajar mengenali kehidupan.. tapi pengalaman dan umur mengajar untuk lebih menghargai seseorang wanita ini..iz jadi takut untuk menjalinkan hubungan dengan sesiapa..bagi iz cukup sekadar berkawan ,xkan lebih dari itu..iz tau terkadang memang ada sifat yang terlalu mengambil berat, suka mendengar tapi iz tak pernah tahu yang semua ni sebenarnya boleh memberi harapan buat wanita..maaf,iz x pernah bermaksud yang demikian.. tapi apa yang iz pelajari kat sini,jangan sekali-kali memberi harapan pada wanita..cukuplah kalau ala kadar saja dalam perhubungan..jelaskan sejelas-jelasnya jika hanya mahu berkawan..jika tidak dijelaskan,mungkin si dia akan mengharapkan sesuatu yang lebih dari satu2 perhubu...

lelaki pendiam, baran?

lelaki pendiam ni selalu kita beranggapan sebagai seorang yang susah marah, cool, pastu suka pendamkan perasaan.. serupa ada emas dalam mulut, takut betul nak buka mulut bersembang dengan orang sekeliling. takut emas tu terkeluar. itulah persepsi orang terhadap orang yang pendiam ni.. biasa2.. tapi pernah tak korang terfikir yang sebenaqnya ada kemungkinan orang yang pendiam ni sebenaqnya seorang yang skali dia marah, marah dia lebih daripada orang yang tak berapa nak pendiam.. bagi che', ada kemungkinan nya.. orang yang diam2 ni kadang2 tak tahu cara nak melepaskan kemarahan yang terpendam dalam hati.. biasanya, marah2 ini dikumpul macam bom jangka, dannnnnn boMMmm!! meletup.. bahaya dak? bahaya kan... jadi jangan disangka orang yang pendiam ni takde yang panas baran... kena mood nak meletup marahnya tu, abisla... beza dengan orang yang marahnya, sikit2 marah... marah yang macam ni, dia terlepas waktu dia marah je, lepastu, selang masa tak berapa lama, dia okay balik... macam xde ...