Skip to main content

menyingkap usia 22 tahun

tahun ni bagi cheq terasa begitu istimewa sekali.. mungkin pertama kali dalam hidup cheq, tarikh lahir 27 november jatuh bersamaan dengan 1 muharram 1433 hijrah.. alhamdulillah.. masih dikurniakan nafas utk terus berada dalam dunia yang penuh dengan berbagai ujian ni..


subhanallah..cheq x mengharapkan apa2 pun hadiah atau apa sekalipun ganjaran.. cukuplah sekadar doa dan ucapan yang bermanfaat.. tahun ni cukupla umur cheq,22 tahun.. terasa kerdil sangat diri ni bila muhasabah diri sendiri.. adakah menjadi lebih baik dari tahun yang sudah2.. ataupun masih di takuk yang lama..


cheq berazam untuk memperbaiki diri sendiri untuk tahun ini.. insyaallah.. doa2 kan lah ya sahabat.. haa..alang2 ni pada sesiapa yang membaca entry kali ni, cheq nak amik kesempatan untuk memohon ampun dan maaf jika ada selama ni pernah tersalah bicara, menyakitkan hati dan jika ada dendam2 lama pada hangpa semua.. itu hadiah terbaik yang boleh cheq harapkan..


akhir kata.. di awal tahun ni.. azamkan diri kita untuk menjadi yang lebih baik.. moga kita mendapat redha allah s.w.t dan moga dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.. Assalamualaikum w.b.t


*mendapat nasihat dari seorg sahabat yang betul2 menganggu fikiran dua tiga hari ini.. 'ko iz, kalau nak hilangkan kesunyian dan ruang kosong dalam hidup ko, carilah bakal zaujah ko,istikharahlah'.. erkkk..

Comments

  1. selamay hari lahir. semoga dipanjangkan umur dah murah rezeki :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih niesa. amin...

    ReplyDelete
  3. mekasih kak..
    Terasa muda pulak rasa.. Hehe

    ReplyDelete
  4. senah helwah ya syabab..
    semoga dipermudahkan segala urusan..bertambah umur,sudah tua rupanya anda..heheh

    ReplyDelete
  5. aiceh.. tua konon..
    bukan sebaya ke kita nih.. =)
    terima kasih ya eja..

    ReplyDelete
  6. kite sebaya

    tp kene bhsekan akak gak la kot haha

    happy blated besday

    ReplyDelete
  7. sebaya tapi kena panggil kakak?
    eih..pelik tuh..haha
    x kisahla kak..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ustaz mesra remaja.

hehe.sebelum teruskan dengan entry ni.. jangan pikiaq bukan2 pulak yer.. mesra yang cheq maksudkan kat sini ialah mungkin kebolehan ustaz2 ni dalam menarik minat mereka yang berjiwa muda (x semestinya remaja,okay!) untuk datang ceramah diorang, dengar rakaman video atau mp3 ceramah2 diorang.. sekarang ni cheq perhatikan kelainan dalam persekitaran orang2 muda ni dalam mencari hiburan. nak tau beza nya bila banyak org muda yang memenuhi majlis2 ilmu yang dulunya mungkin hanya orang2 veteran je yang penuh..betul x ? kan ke sihat environment gini =) oklah..kita mulakan yer.. senarai ni cheq cuma ambil dari pemerhatian cheq jer.. hehe Ustaz Azhar Idrus cara pendekatan yang berbeza dengan ceramah yang diselang-selikan dengan pertanyaan lumrah org muda berminat dengan isu2 semasa dan diberikan alternatif untuk bertanya secara direct tanpa perlu beralas bagai mudah didekati di FB.. ramai apa yang pakat melepak kat FB.. memang terbaik ,dalam kelekaan berFB, masih boleh menuntut ilmu Ustaz Don ...

lelaki pendiam, baran?

lelaki pendiam ni selalu kita beranggapan sebagai seorang yang susah marah, cool, pastu suka pendamkan perasaan.. serupa ada emas dalam mulut, takut betul nak buka mulut bersembang dengan orang sekeliling. takut emas tu terkeluar. itulah persepsi orang terhadap orang yang pendiam ni.. biasa2.. tapi pernah tak korang terfikir yang sebenaqnya ada kemungkinan orang yang pendiam ni sebenaqnya seorang yang skali dia marah, marah dia lebih daripada orang yang tak berapa nak pendiam.. bagi che', ada kemungkinan nya.. orang yang diam2 ni kadang2 tak tahu cara nak melepaskan kemarahan yang terpendam dalam hati.. biasanya, marah2 ini dikumpul macam bom jangka, dannnnnn boMMmm!! meletup.. bahaya dak? bahaya kan... jadi jangan disangka orang yang pendiam ni takde yang panas baran... kena mood nak meletup marahnya tu, abisla... beza dengan orang yang marahnya, sikit2 marah... marah yang macam ni, dia terlepas waktu dia marah je, lepastu, selang masa tak berapa lama, dia okay balik... macam xde ...

bila bicara mengenai cinta

aduss..iz benar2 x faham dengan sifat wanita..yer,iz akui,iz memang ada perangai buruk,dulu memang suka mainkan perasaan wanita..tapi itu semua dulu,bila zaman kita masih x matang dan zaman sekolah,faham jela,zaman bilamana semua nak cuba,sikap terlalu kuat sifat ingin tahunya..waktu nila baru nak belajar mengenali kehidupan.. tapi pengalaman dan umur mengajar untuk lebih menghargai seseorang wanita ini..iz jadi takut untuk menjalinkan hubungan dengan sesiapa..bagi iz cukup sekadar berkawan ,xkan lebih dari itu..iz tau terkadang memang ada sifat yang terlalu mengambil berat, suka mendengar tapi iz tak pernah tahu yang semua ni sebenarnya boleh memberi harapan buat wanita..maaf,iz x pernah bermaksud yang demikian.. tapi apa yang iz pelajari kat sini,jangan sekali-kali memberi harapan pada wanita..cukuplah kalau ala kadar saja dalam perhubungan..jelaskan sejelas-jelasnya jika hanya mahu berkawan..jika tidak dijelaskan,mungkin si dia akan mengharapkan sesuatu yang lebih dari satu2 perhubu...