Skip to main content

modifikasi ninja 250r



err..kembali ngan entry bergambar..semestinya bukan sesi wordless wednesday ok..hehe..sila jangan salah faham yer..



saja jela wat entry ni..sebagai kenangan untuk cheq bila dah tuo2 nanti nak belek2 tengok baca entry2 lama..ke anak cheq ka,cicit cheq ka nak baca..(kalau dipanjangkan umoq..)



ni la antara modi awal yang cheq buat kat moto cheq..modi2 biasa je..2 menda yang difikirkan awal2 sejak beli..memang plan awal lagi nak tukar 2 part ni..



  1. yang part no 1 tuh, ekor mau tukar..ekor standard ninja agak kureng sikit di pandangan mata cheq nih..tu yang order dari seberang (indonesia,dr sis rika)..order,sampai je pasang sendiri.. tak susah mana pon nak pasang..dalam 6 jam je duk belek menda alah ni..haha..sabo jela..org takde pengalaman la katakan.. harga pon murah.. RM 150.. 

  2. menda alah ni dinamakan radiator cover..penting..antara part yang perlu diutamakan sebab apa? sebab dier sebagai pelindung radiator.. kang tak pasai2 kena batu ka,apa ka, nyesal tak sudah..haha..baik la pasang awal2..murah pon murah..beli dari bos Kirana..pon dier amik dari seberang.. RM 80..

  3. part no 3 ni special sikit.. tukar bukan pasal apa pon..sebab yang asal telah dikorbankan oleh seorang wanita yang cuba nak angkat  moto ni lalu jatuh gitu aje..huhu.. seb baik wanita tu tak cuba bawak lagi moto ni..baru naik je.. takpela..nak buat camne..kena ganti..amik yang nih..elok sikit..boleh laras. cari kat jalan sentul..rege,RM 300..

dalam duk jumpa geng2 moto ni..apa yang cheq perasan, dah bertambah golongan wanita yang berminat dengan dunia motor2 ni..zaman dah berubah ka? hangpa tak takut ke naik moto nih??hehe


Comments

  1. pakcik ada motor bike ka ? huu suka nengok budak laki bawak motor cam gnie :)

    ReplyDelete
  2. Pakcik?? amboi hang.. Cheq muda lagi yer.. Hehe..
    X tgk gadis bwk moto.. Lagila.. Cinonet je nampak.. Hehe

    ReplyDelete
  3. moto?..cheq xtahu pasai moto..haha..itu sama ek ngan serupabike?..haha..last naek moto masa umo 12..skunk ni daaa.........hahaha..bertahun xnaek moto..=P

    ReplyDelete
  4. Waaa.. Lamanya qaseh x naik moto.. Ni kalau naik mesti takut2 ni.. Hehe.. Xpela.. Nanti dah keja ambil keta yer.. Jangan bwk moto.. Takut kang nak tekan brake, p tekan klac pulak.. Hehe.. Qaseh2.. :)

    ReplyDelete
  5. weewiittt,

    untunglah ada ninja, aku cb400 je. =(

    ReplyDelete
  6. Waa nip.. Ko lagila.. Cb 400 teruih..
    Enjin vtec tu kan?? Wuwu
    Mantap tuh..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ustaz mesra remaja.

hehe.sebelum teruskan dengan entry ni.. jangan pikiaq bukan2 pulak yer.. mesra yang cheq maksudkan kat sini ialah mungkin kebolehan ustaz2 ni dalam menarik minat mereka yang berjiwa muda (x semestinya remaja,okay!) untuk datang ceramah diorang, dengar rakaman video atau mp3 ceramah2 diorang.. sekarang ni cheq perhatikan kelainan dalam persekitaran orang2 muda ni dalam mencari hiburan. nak tau beza nya bila banyak org muda yang memenuhi majlis2 ilmu yang dulunya mungkin hanya orang2 veteran je yang penuh..betul x ? kan ke sihat environment gini =) oklah..kita mulakan yer.. senarai ni cheq cuma ambil dari pemerhatian cheq jer.. hehe Ustaz Azhar Idrus cara pendekatan yang berbeza dengan ceramah yang diselang-selikan dengan pertanyaan lumrah org muda berminat dengan isu2 semasa dan diberikan alternatif untuk bertanya secara direct tanpa perlu beralas bagai mudah didekati di FB.. ramai apa yang pakat melepak kat FB.. memang terbaik ,dalam kelekaan berFB, masih boleh menuntut ilmu Ustaz Don ...

bila bicara mengenai cinta

aduss..iz benar2 x faham dengan sifat wanita..yer,iz akui,iz memang ada perangai buruk,dulu memang suka mainkan perasaan wanita..tapi itu semua dulu,bila zaman kita masih x matang dan zaman sekolah,faham jela,zaman bilamana semua nak cuba,sikap terlalu kuat sifat ingin tahunya..waktu nila baru nak belajar mengenali kehidupan.. tapi pengalaman dan umur mengajar untuk lebih menghargai seseorang wanita ini..iz jadi takut untuk menjalinkan hubungan dengan sesiapa..bagi iz cukup sekadar berkawan ,xkan lebih dari itu..iz tau terkadang memang ada sifat yang terlalu mengambil berat, suka mendengar tapi iz tak pernah tahu yang semua ni sebenarnya boleh memberi harapan buat wanita..maaf,iz x pernah bermaksud yang demikian.. tapi apa yang iz pelajari kat sini,jangan sekali-kali memberi harapan pada wanita..cukuplah kalau ala kadar saja dalam perhubungan..jelaskan sejelas-jelasnya jika hanya mahu berkawan..jika tidak dijelaskan,mungkin si dia akan mengharapkan sesuatu yang lebih dari satu2 perhubu...

lelaki pendiam, baran?

lelaki pendiam ni selalu kita beranggapan sebagai seorang yang susah marah, cool, pastu suka pendamkan perasaan.. serupa ada emas dalam mulut, takut betul nak buka mulut bersembang dengan orang sekeliling. takut emas tu terkeluar. itulah persepsi orang terhadap orang yang pendiam ni.. biasa2.. tapi pernah tak korang terfikir yang sebenaqnya ada kemungkinan orang yang pendiam ni sebenaqnya seorang yang skali dia marah, marah dia lebih daripada orang yang tak berapa nak pendiam.. bagi che', ada kemungkinan nya.. orang yang diam2 ni kadang2 tak tahu cara nak melepaskan kemarahan yang terpendam dalam hati.. biasanya, marah2 ini dikumpul macam bom jangka, dannnnnn boMMmm!! meletup.. bahaya dak? bahaya kan... jadi jangan disangka orang yang pendiam ni takde yang panas baran... kena mood nak meletup marahnya tu, abisla... beza dengan orang yang marahnya, sikit2 marah... marah yang macam ni, dia terlepas waktu dia marah je, lepastu, selang masa tak berapa lama, dia okay balik... macam xde ...