Skip to main content

Mata duitan?

Assalamualaikum sahabat..lama x berkunjung ke blog,x sangka dah 99 follower..alhamdulillah..makin bertambah kwn dari hari ke hari..walaupun masa untuk berblogging ni dah agak sempit,terhimpit ngan kerja2 yang ada..namun iz akan tetap untuk meluangkan masa pada blog cintailmu89 ini,insyaallah...pada yang follow ini, juga,iz akan berkunjung balik dan follow balik...insyaallah..


mungkin lepas ni leh la jenguk2 balik blog ni..kawan ni ada broadband,pjam dia punya dulu..speed pon ok je..x der masalah..walau x selaju streamyx,namun masih ok dan memuaskan..hehe..jadilah dari xder langsung kan..hurm..cerita apa nak kongsi yer..hurm,hari ni iz wat ot..kerja, ulang alik kereta2 perodua yang baru lepas, keluar dari kilang ke tempat parking belakang kilang..merasa bawak, rasmi kereta2 baru..sume kereta perodua dapat merasa..hehe..


walaupun kerja ni tak termasuk skop kerja iz,namun buat je..leh tambah duit sikit2..keja ari minggu..muda2 nilah kena keja kuat2..latih diri dan pemikiran agar jangan malas2..tak elok perangai malas2 ni..jangan sampai jadi tabiat..eloklah dihindar kan perasaan malas..apabila malas ni dah melanda,mulalah memberi seribu alasan untuk membenarkan sifat malas kita itu..kan2?ha,jadi eloklah dibiasakan dengan sifat yang kontra dengan kemalasan yer adik2..hehe..nasihat dari seorang abang..


err,semalam p makan ngan bos..banyak sangat dier nasihat iz..seronok je dengar..walaupun dia adalah bos besau,namun sikit pon x berlagak..hurm,antara pesan dan nasihat yang dier bagi,muda2 ni iz kenalah jangan boros..tetapkan matlamat..jangan nak enjoy je..fikirkan masa depan..bonus yang ada,simpan tuk wat beli rumah..pastu dier suruh amik insurans dan simpan duit dalam asb..sebab perodua ada buat simpanan asb dari pemotongan gaji..hurm..seronok dengar pengalaman dier dulu..hehe..untung2 kuar makan ngan dia..dapat nasihat..hehe..amik jangan x amik nasihat tuh..pengalaman x boleh belajar dari kelas,kena laluinya..so jalan terbaik,dgr cakap org lamo..hehe..


hurm,cukupla setakat ni..iz berundur diri dulu..besok pon iz ot juga..ada peluang tuk ot,otkan aja..hehe..mana leh lepas peluang keemasan camnie..matlamat dah ada..tinggal usaha dan tawakkal..insyaallah..kan...pesan iz kali ini,*jangan sekali-kali bergantung pada orng lain untuk mendapatkan sesuatu..nak apa2,usahakan sendiri,bergantung dan tawakkal pada Allah..itu yang sebaiknya..hehe..Assalamualaikum..

Comments

  1. bila lg nk amek insuran...aku ada plan insuran yg lebih baek utk ko ni..huhuhu

    ReplyDelete
  2. memang ak ngah usya2 insurans yang paling sesuai..ko antalah dier nya pakej..leh ak belek2..kalau ok,amik aje..malaih nak cari lain..ko bank apa eh?lupe lak ak..

    ReplyDelete
  3. aku nyer amassurance, gn ambank.. ko nk jnis cmne? insurans + investment + dividen ke nak yg just insurans je?huhu (terpromote kt cini la plak)hohoho...

    ReplyDelete
  4. ada x islamik nya insurans kalau ambank??kalau ok,antakan ak dier nya maklumat,leh bro??

    ReplyDelete
  5. islamik la, ada panel syariah..da lame da dpt lesen takaful..nk bg cmne? nt anta msj kt fb aku...

    ReplyDelete
  6. ok2..anta je info2 dier..ak survey t..mesej fb ke,email ke..pon boleh..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ustaz mesra remaja.

hehe.sebelum teruskan dengan entry ni.. jangan pikiaq bukan2 pulak yer.. mesra yang cheq maksudkan kat sini ialah mungkin kebolehan ustaz2 ni dalam menarik minat mereka yang berjiwa muda (x semestinya remaja,okay!) untuk datang ceramah diorang, dengar rakaman video atau mp3 ceramah2 diorang.. sekarang ni cheq perhatikan kelainan dalam persekitaran orang2 muda ni dalam mencari hiburan. nak tau beza nya bila banyak org muda yang memenuhi majlis2 ilmu yang dulunya mungkin hanya orang2 veteran je yang penuh..betul x ? kan ke sihat environment gini =) oklah..kita mulakan yer.. senarai ni cheq cuma ambil dari pemerhatian cheq jer.. hehe Ustaz Azhar Idrus cara pendekatan yang berbeza dengan ceramah yang diselang-selikan dengan pertanyaan lumrah org muda berminat dengan isu2 semasa dan diberikan alternatif untuk bertanya secara direct tanpa perlu beralas bagai mudah didekati di FB.. ramai apa yang pakat melepak kat FB.. memang terbaik ,dalam kelekaan berFB, masih boleh menuntut ilmu Ustaz Don ...

bila bicara mengenai cinta

aduss..iz benar2 x faham dengan sifat wanita..yer,iz akui,iz memang ada perangai buruk,dulu memang suka mainkan perasaan wanita..tapi itu semua dulu,bila zaman kita masih x matang dan zaman sekolah,faham jela,zaman bilamana semua nak cuba,sikap terlalu kuat sifat ingin tahunya..waktu nila baru nak belajar mengenali kehidupan.. tapi pengalaman dan umur mengajar untuk lebih menghargai seseorang wanita ini..iz jadi takut untuk menjalinkan hubungan dengan sesiapa..bagi iz cukup sekadar berkawan ,xkan lebih dari itu..iz tau terkadang memang ada sifat yang terlalu mengambil berat, suka mendengar tapi iz tak pernah tahu yang semua ni sebenarnya boleh memberi harapan buat wanita..maaf,iz x pernah bermaksud yang demikian.. tapi apa yang iz pelajari kat sini,jangan sekali-kali memberi harapan pada wanita..cukuplah kalau ala kadar saja dalam perhubungan..jelaskan sejelas-jelasnya jika hanya mahu berkawan..jika tidak dijelaskan,mungkin si dia akan mengharapkan sesuatu yang lebih dari satu2 perhubu...

pengakuan berani Iz

alhamdulillah..kembali lagi menghupdate..syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana masih lagi diberi peluang untuk menarik nafas, diberikan rezeki dan atas segala-galanya..hurm..tengok kan pada entry sebelum ni,alhamdulillah..ada juga yang sudi join GA iz yang x seberapa ni..jadila..hanya penghargaan iz untuk hangpa semua ler..hehe..nak join?ketik sini .. amboi,tajuk kat atas..kemain lagi..pengakuan berani iz??pulak dah..iz ada wat silap ke??adala punya pasal ni..haha..sebelum tu nak minta maaf kat kawan2 iz sume..iz bukan bermaksud pape..saje je la nak gurau senda ngan korang..lama x jumpe la katakan..kah3.. bagi yang baca entry iz sebelum ni..iz ada wat note kecik kat bawah tu..ala,yg kaler merah tu..2 hari lagi ada suprise dari cintailmu89 kan2?ni nak gtau la ni..hehe..janji mesti dikotakan...hehe..suprise yang dimaksudkan iz sebelum ni tu sebenarnya iz beli moto sebenarnya..alhamdulillah,semalam dah boleh bawak keluar dah moto tu..syukur..saba je tunggu brape hari..leh lak kena hari pek...