Skip to main content

Posts

yahooo!! raya..

lah, ada blog rupanya.. lupa sudah ada blog kecintaan ni. sampai lama tak berhupdate.. nak2 dekat pose barula teringat nak login.. so, kesimpulanya, silalah ingat kan blog anda walaupun apa sekali yang berlaku, kerana sekali ia dilupakan, maka beratlah terasa nak sign in dan menulis... so, apa cerita? yesza, 3 hari lagi nak masuk bulan ramadhan.. yahoooo.. alhamdulillah, moga diberikan usia untuk sampai ke bulan yang perlu kita pulon, bantai abis.. bukan dengan makanan tapi dengan amal ibadah, insyaallah.. tau bulan2 pose ni, makanan2 pelik akan datang.. hatta makanan dari planet musytari pun akan muncul, buat kita terasa nak mencuba.. tapi rileks la brader.. jangan ikut sangat nafsu durjana tu.. apa hupdate yang ada eh? sat naaa.. haaa!, semalam duk pegi mydin cari baju raya utk mak abah dengan anak buah sorg, dah terbeli kad raya.. macam biasalah tahun lepas2.. kad raya kompem la tak lari dari tentatif program menyambut syawal.. terlalu awal beli?? haha.. malas nak kuar nanti time po...

tutorial mengenali pasangan anda mithali ataupun tidak..

entry ringkas untuk mereka wanita2 diluar sana untuk mendapatkan suami yang mithali...dipersilakan untuk membaca okay =) suka bertempik, menjerit dan berbahasa dengan anda dengan kata2 yang kurang sopan, dan boleh menghampiri level biadap.. lagi kasar bahasa yang digunakan, lagi baguih.. ini menandakan dia sayang anda, tak kira lah betapa lama dia mengenali anda.. suka meminjam duit dari anda, sehingga boleh dikatakan hampir tetiap kali anda keluar dating bersamanya asyik nak meminjam aje.. apa ada hal.. duit anda yang berlebih itu.. bagi jela pinjam.. sekali sekala burn dilupakan begitu saja apa salahnya kan.. melayan anda dengan sifat acuh tak acuh.. beria kita mesej, dia balas nak x nak je.. asal ada rupa replynya seperti k, yerla..tu pun dah memadai ler kan.. nak apa lagi.. suka mengambil kesempatan terhadap anda dengan penuh rasa tidak bersalah.. well.. sentuh2 sikit tu biasalah.. takkanlah dengan anda dia berani sentuh2, dengan orang lain dia nak buat perkara yang sama, kan? deng...

dengar lagu Moldovan-Romanian lagi baguih.

dalam dunia ni, memang kita dah cukup serabut dengan masalah sehari-hari.. sampai satu tahap, bilamana kita rasa yang tak perlulah nak tambah apa2 lagi masalah yang ada, walaupun dalam sekecil-kecil hal..ini termasuklah dalam mendengar lagu.. kadang2 rasa baik dengar lagu yang langsung kita tak faham maksud dia dari dengar lagu yang perlu untuk kita hayati maksud2 dia.. ke che' sorang je yang rasa gini..kih3.. lirik2 lagu harini, amboih!! bahasa sastera tahap dewa.. memerlukan muhasabah diri ataupun bertapa untuk memahami setiap bait2 lirik lagu tersebut.. alahai, betapa serabutnya.. baiklah dengar lagu yang tak faham.. asal bunyi best sudaaa.. sebab tu macam dah jadi hobi pulak sekarang mencari lagu2 daripada sepanyol ke, sweden mana ke, bahasa ibunda uganda ke, yang penting tak faham lirik dia.. irama ni tak perlu untuk kita fahami maksudnya pun kadang2.. irama yang sedap ini universal.. entah2 lagu dari ceruk dunia yang tak pernah kita sampai itu lagi best dari lagu2 kat radio n...

Entry pilihanraya lupa nak publish haritu

harini wa nak ulas pasal pilihanraya.. tau, dengar perkataan pilihanraya, lu orang sume mesti rasa nak termuntah kan.. wa, pun rasa perkara yang sama.. tapi apakan daya,.. sebagai seorang yang mempunyai blog dan blog ni wa punya, wa nak lepaskan rasa yang terpendam.. wa betul2 rasa kecewa dengan result pilihanraya kali ni.. namun, apa yang wa nak sampaikan ialah, wa dah tunaikan tanggungjawab wa sebagai warganegara malaysia dengan pergi mengundi di area umah wa kat sek men cheras jaya dan alhamdulillah, wa tengok ramai yang bersemangat turun p mengundi seawal pukul 7 sengah.. Wa kira antara mereka2 yang terawal laaa.. Apa pun, wa pasti, apa sahaja yang wa undi, undi itu adalah berdasarkan ilmu, pendedahan dan persekitaran wa sekarang. As long as wa respek pandangan lu orang dengan pegangan dan pilihan yang lu orang dah pilih, macam tu jugala wa mengharapkan perkara yang sama dari lu orang... Kini, tanggungjawab wa dah selesai, dan sekiranya ini adalah keputusan yang terbaik, wa terima ...

duk majlis ilmu main pesbuk.

simple entry for today... che' dalam satu majlis ilmu bersama dengan UAi baru2 ni terperasan something yang sangat awkward dalam majlis2 ilmu.. alhamdulillah, memang ramai anak2 muda yang join majlis ilmu gini..penuh.. sampai tak muat rasanya dalam masjid saujana impian kajang aritu..nak parking pun sampai ke tesco.. hebat2.. gelombang pencari2 ilmu kalangan muda remaja dekat kajang ni hebat betul.. ada perkara2 yang perlu kita jaga dalam menuntut ilmu di masjid malah mana sekalipun laaa.. ini dipanggil adab.. ada perkara perlu kita buat, ada perkara perlu kita hindarkan dari buat.. 1) Bermain handphone.. social tak sudah2.. fb &etc.. 2) Sembang2 kosong, ganggu fokus orang lain kat sebelah.. 3) duduk jarak2.. sebenaqnya, macam mana rapat nya kita dalam saf solat, camtu jugaklaaa dalam majlis ilmu.. baru syok ! =) kan best bila kita ikut adab2 yang tak berapa banyak ni bila menghadiri majlis ilmu.. lagi la cantik perjalanan satu2 majlis ilmu tu.. apapun, buat yang pergi majlis2 ...

Masa

Masa.. begitu pantas berlalu kan.. sedaq tak sedaq kita sebenarnya telah melalui tempoh masa yang tertentu dan dalam masa yang sama terlalu banyak yang telah kita persiakan jika nak dibandingkan dengan apa yang kita manfaatkan dalam masa2 yang kita lalui.. Dalam blog ini sendiri menunjukkan kepada che' apa yang membezakan diri ni pada masa yang dulu dengan apa perubahan yang berlaku harini.. well, tergelak tersenyum sorang2 adalah biasa untuk blogger apabila dia baca balik entry lama2 awal2 dulu.. Kematangan, cara penulisan, gaya bahasa keanak anakan, tu semua adalah sesuatu yang terekod didalam blog sebagai kenangan yqng manis.. Dalam blog ni tersimpan begitu banyak rahsia, jika kita belek2 balik entry lama.. maka che' rasa perlu nak letakkan index entry lama2 untuk memudahkan balik che' mengenang balik peristiwa2 pahit manis yang pernah che lalui.. :) I luv my blog, my personal diary.. do you?? =)

Dejavu di Kinabalu la sangat..

width="320" height="266" bgcolor="#FFFFFF" flashvars="flvurl=https://redirector.googlevideo.com/videoplayback?requiressl%3Dyes%26id%3Debb89529d95769a8%26itag%3D5%26source%3Dblogger%26app%3Dblogger%26cmo%3Dsecure_transport%253Dyes%26cmo%3Dsensitive_content%253Dyes%26ip%3D0.0.0.0%26ipbits%3D0%26expire%3D1491110098%26sparams%3Drequiressl,id,itag,source,ip,ipbits,expire%26signature%3DA78C9AAD9D7202B4488A0077EDFEE7D388784304.1947BEBA6FAB2F75AF1FEDA9684027A04D606818%26key%3Dck2&iurl=http://video.google.com/ThumbnailServer2?app%3Dblogger%26contentid%3Debb89529d95769a8%26offsetms%3D5000%26itag%3Dw160%26sigh%3D_jSKRiynqdRZmwpKhqw9Fg0042Q&autoplay=0&ps=blogger" allowFullScreen="true" /> cer play lagu ni khas utk entry ni =)) kita ni nak xnak kena akui, pada satu2 ketika, pasti akan ada titik2 dimana kita rasa kita perlukan rehat dalam apa jua yang kita lakukan.. belajar, kerja etc2.. kan? memang itula yang che' rasakan.. bukan ...