Skip to main content

Posts

Tuhan bukan hanya ada waktu susah

amboi.. tajuk tu, kalau boleh nak jadikan entry terus..haha.. panjang kan tajuknya.. takpe2, biaq jelas sikit maksud yang nak disampaikan dalam entry nih... =) perasan tak kalau kita muhasabah diri ni, kita hanya merasakan iman itu, ibadah itu hanya bila kita ditimpa musibah... time2 ginila kita duk cari tikaq sejadah, alqur'an... waktu2 ginila kita merasakan yang tuhan itu ada... astaghfirullah.. sahabat, tuhan itu sentiasa ada bukan hanya di sekian2 waktu.. jangan lah jadi manusia yang tak mengsyukuri diri sendiri.. beribadahlah seperti tuhan itu sentiasa melihat kita.. ingat tuhan semasa tak kiralah bilamana hidup itu baik2 aje, ataupun bila ditimpa masalah.. ibaratnya seperti kita menggunakan agama hanya untuk mengatasi keluh kesah, cabaran dalam hidup.. tak molek gitu kan.. maila renung diri kita ni yang tgh duk senang lenang ni.. sama tak tingginya nilai rasa bertuhan ketika bilamana kita dihadapkan dengan kesusahan? =)

Ramadhan 2012

Bulan ramadhan nak sampai dah.. Yaallah, rindunya nak bertemu dengan bulan yang penuh barakah ni.. Hehe.. Macam rindukan kekasih plak yer dak... Sabo jela..  Rindu dengan suasana tarawih nya, rindu dengan waktu bangun sahurnya, rindu dengan rakan2 jemaah di suraunya, rindu dengan bazar ramadhan nya! Rindu nak berbuka puasa dengan keluarga :) Masyaallah, besar sungguh ertinya ramadhan buat kita umat islam ni, hehe  Sungguh, kesibukan bekerja dalam diam tak diam membuatkan kita rasa masa ini kurang dimanfaatkan sepenuhnya untuk mendekati majlis ilmu, rumah allah.. Tu yang membuatkan ramadhan ini sebagai motivasi terbaik untuk mengubah diri menjadi yang lebih baik dari sebelum nya.. Rite?  Sahabat sekalian, manfaatkan ramadhan yang bakal kita temui ini dengan sepenuhnya.. Anggap seolah-olah inilah ramadhan yang terakhir buat diri kita.. Mana tau jika umur tak panjang..  * apa pengalaman korang dalam bulan puasa yang susah nak dilupakan? Hehe

reunion d'pangkor... =)

cubaan meng'jepun' kan diri Alhamdulillah, selamat sudah reunion kali pertama buat kami2 dari dkm nih.. Hehe.. Syukur, segalanya berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah dan dugaan.. Cabaran2 sikit tu adala.. Tapi biasalah.. Mana ada menda yang perfect yer dak? Kan2.. puas pujuk, tak dapat jugak meow2 nih.. Ni ada bawak luka2 kenangan hasil snorkeling buat pertama kali dalam hidup.. Aktiviti snorkeling aka sesi menelan air laut akibat kekurangan pengalaman la katakan..kui3.. Kalau sape yang reti guna mask tu, syokla melayan ikan2 dari dekat2 walaupun tak lah jernih mana pong air kat pangkor tu.. macam che' nih, mask tu dah macam straw duk sedut air laut.. tu tersedak-sedak tu.. =) photographer terlatih dkm  Seronok bila masing2 dapat jumpa, menyembag tepi pantai, luangkan masa bersama bersembang perkembangan masing2 dengan student cara student nya, yang keja dengan cara kerjanya.. Apapun, syukur alhamdulillah dikurniakan dengan sahabat sebegini.. Nikmat yang bukan semua o...

Genting bersama tempoyak =)

alhamdulillah, kembali sesi bersama keluarga, kali ni bukan dekat Jeram, tapi tempat yang lebih cool sikit, Genting Highland..hehe.. err, selalu beraktiviti bersama family, nampak sangat che' ni seorang yang banyak luangkan masa bersama keluarga kan? xpe2.. insyaallah, hujung minggu ni masa untuk bersama member2, reunion di Pangkor pulak.. hehe.. syukur, dikurniakan dengan family dan sahabat yang baik =) Lamborghini Murcielago =) ingatkan nak naik genting naik keta ni, sekali boleh bawak 2 orang je.. camne nak bawak family ni, yer dak? hehe.. terpaksa ler bawak persona tu (*sila jangan percaya).. memang semulajadi minat la tempat tinggi2 ni.. sejuk, nyaman je udara.. kita ni dah biasa sangat hirup udara penuh habuk, kotor2 asap kenderaan.. memang boleh sebab penyakit macam2 ler.. itu yang orang ramai sekarang suka cari tempat2 yang ada hutan2 sikit.. buat tempat tinggal.. Peserta konvoi =) tu dia, dengan mak sedara and the gang.. mak sedara masak pulak tu.. memang mantop ler! seron...

apa lelaki tahu tentang wanita?

dah lama dah cari buku men are from mars, women are from venus sejak disarankan oleh salah seorang ustaz yang memang che' minati, ustaz hasrizal @ saifulislam.. memang lah boleh dikatakan buku ini bukanlah kitab2 yang biasa dibawa ke majlis2 ilmu, ditulis pulak tu oleh John Gray namun pengisian nya ternyata memang mantop, hehe.. sebelum che mula membaca buku ni, che' sedaq yang pengetahuan che' tentang wanita ini terlalu sikit.. namun sebenaqnya che' tersilap.. bukan nya che' tau sikit tentang wanita, tapi sebenaqnya che' tak tau apa2 tentang wanita, perasaan wanita, cara berkomunikasi wanita etc2.. hehe.. betapa rendahnya pengetahuan kita lelaki2 ni kat luaq sana tentang apa yang wanita perlukan sebenarnya.. akui jela geng.. itulah punca nya che' bila baca buku ni, sambil duk baca sambil duk senyum2 macam kena sindir pulak dengan penulis buku ni.. satu buku yang sangat 2 berbaloi untuk dimiliki dan boleh dijadikan panduan buat mereka yang sudah berkahwin ma...

jeram, bukan sekadar ikan bakar

Wajah penulis cintailmu89.. jelas x? hehe Alhamdulillah.. makan besaq bersama keluarga tercinta di jeram semalam... pernah pegi tempat nih? Kalau tak pernah pegi memang rugila.. kita yang duduk belah2 kl ni kalau nak makan ikan bakar, mesti terus terfikirkan sekinchan ikan bakar kan? Fakta yang perlu anda ketahui tentang sekinchan ikan bakar ialah, satu harga nya yang mahal, dua harganya yang mahal... ada ke patut kira ikut 100 gram? Memang x puas langsung kalau bawak family makan kat sana.. Untung depa2 yang jual mainan kat sini..haha Errr, tetiba je melalut pasal sekinchan ikan bakar.. sorry.. hehe.. x sengaja.. btw, kalau angpa semua dah sampai kat jeram ikan bakar ni, insyaallah x menyesal.. walau agak jauh, namun pasti berbaloi dengan harga dan sedapnya, fuhhhhh.. sehingga menjilat alas meja yang ada. ( ok, terlebih- lebih pulak, haha).. hehe.. alang2 sampai sini, menu yang menjadi sasaran ialah ketam, sotong , kerang bakar, udang galah etc... bayang kan makan 10 orang dengan menu...

ada atau tiada iman?

Static Player! iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertaqwa, ia tak dapat dijual beli, ia tiada di tepian pantai... lalala~~ ok, sudah cukup2 sudah (macam lagu pulak) dengan nyanyian di atas... sedaq kah kita, jika dimusahabah diri ini, sesungguhnya kita tau sekiranya iman kita di tingkat yang mana..dan taukah anda juga bahawa iman ini ada naik dan turun nya.. ya, kita ini bukanlah seorang yang sempurna.. dengan amalan yang ala kadar je, apa yang kita harapkan.. teringat kata2 oleh siapa ntah, jika kita rasa iman kita sedang berada di tahap yang baik2 aje, lakukan amal sunat sebanyak mungkin, dan jika iman kita berada di level rendah, jangan ditinggalkan amalan yang wajib.. * sape setuju nasyid makin hari makin berkubur? =(