Sesi muhasabah diri muncul balik.. Hehe.. Kali ni che' nak ceritakan perihal mengsyukuri nikmat allah s.w.t. Pernah tak dalam hidup kita secara tidak sengaja menyalahkan takdir dan mempersoalkan mengapala ak tak dapat itu, mengapakah ak tak dapat ini... Mungkin perkara ini dah sebati dengan kita hingga kita tak sedar yang perbuatan keluh kesah ini sebenaqnya adalab sesuatu perbuatan yang salah dan tak elok.. Sahabat, takdir itu adalah suatu ketentuan.. Kita kena yakin bahawa setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya.. Setiap apa yang terjadi dalam hidup kita ini adalah satu ketentuan.. Ada dua pilihan untuk menghadapi masalah dalam hidup.. Menerima nya dengan hati yang sabar dan akal yang waras, ataupon menerimanya denga keluh kesah dan menyalahkan diri serta meletakkan kesalahan itu kepada orang lain.. Berulang kali che' ingatkan diri agar apabila ingin menyalahkan takdir, istighfar namun adakalanya terbabas juga.. Biasalah, manusia, terlalai, yer dak? Hehe.. Perbuatan k...